Nota Cinta

Monday, November 10, 2014

Al-Qalam 68:44-52 What You Give You Get Back

Sahih Bukhari dari Abi Hurairah r.a. Sabda Nabi s.a.w. 
Setiap manusia yang bangun pagi dari tidur setiap hari akan didoakan oleh dua mala'ikat yang pertama "Ya Allah, gantikan yang baik baginya yang derma atas jalan Allah." 1 lagi berbunyi "Ya Allah, binasakan mereka yang bakhil kedekut."

Hadis riwayat imam Ahmad dari Abi Qatadah ra sabda Nabi s.a.w. kerana kamu menjagaku, Allah akan menjaga kamu. 

Sahih An Nasa'i dari Anaz b Malek ra sabda Nabi s.a.w. 
Siapa yang meminta pada Allah untuk masuk syurga 3 kali, syurga akan jawab, ya Allah berilah dia ini masuk syurga. 

Sahih Bukhari dari Osman b Affan ra sabda Nabi s.a.w.
Bina masjid mencari keredhaan Allah akan mendapat hadiah bangunan dari Allah di syurga. 

Sahih Muslim dari Anaz b Malek ra sabda Nabi s.a.w. 
Allah tidak akan menzalimi orang beriman yang melakukan kebaikan. 

Sahih Muslim dari Sahal b Saad As Sa idi sabda Nabi s.a.w.
Syurga ialah tempat yang tidak terlintas di hati serta fikiran, tidak ternampak pada bayangan dan tidak pernah dengar di dunia. 

Ciri-ciri ahli syurga ialah rajin bangun tidur tengah malam untuk solat dan berdoa memohon seperti yang dijanjikan dalam Quran manakala tangannya ringan derma atas jalan Allah. Tiada manusia dunia tahu nikmat sebenar syurga. 

Al-Qalam 68:44-52 Pengajian kitab tafsir Quran Nurul Ihsan jilid 4 ms 214 Surah Nun

Manusia yang dimasukkan ke neraka sakar menjawab "kami di dunia tidak solat, kami tidak pernah beri makan orang miskin, kami menyertai golongan mengumpat dan pertikai hal agama dan kami tidak percaya adanya hari akhirat sehingga tiba hari keyakinan iaitu kematian"

68:44 Mereka yang dustakan Quran ini zahirnya kelihatan bahagia dan senang tetapi batinnya menderita dengan seisi keluarga bergelumang dosa. 
68:45 Lihatlah umat terdahulu yang dibinasakan akibat dosa mereka dan digantikan dengan umat lain. 
Al-Ankabut 40.  Kaum Ad dengan taufan batu yang kuat. Kaum Samud di Utara Madinah (Mada'in Saleh) dibinasakan dengan 1 Jerkahan. Qarun ditelan bumi. Firaun ditenggelami laut merah. Allah tidak menzalimi mereka tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri. 
68:46) Jangan kenakan harga pada dakwah islamiah wahai Muhammad. 
Sahih Bukhari dari Ibni Abbas ra. Atas bacaan fatihah Abu Said Al-Qudri ra, ketua puak badwi menghadiahkan kambing padanya. sabda Nabi s.a.w. Boleh menerima saguhati tetapi jangan meminta atas upah kerja dakwah. 
Sahih Abu Daud dari Osman b Abil As ra. sabda Nabi s.a.w. Mengambil pemberian saguhati penghargaan selepas pengorbanan berdakwah tidak salah tetapi sekiranya tidak ambil itu lebih baik. 
68:47) Adakah mereka dapat ilmu terus dari langit Luh Mahfuz menyebabkan mereka enggan ikut kamu wahai Muhammad? 
gambar sekadar hiasan
68:48) Bersabarlah dan jangan putus asa dalam kerja dakwah seperti Nabi Yunus as yang putus asa dengan kaumnya kemudian ditelan ikan. 
68:49) Atas rahmat Allah, Yunus diselamatkan terdampar ditepian pantai selepas berdoa penyesalan di dalam perut ikan "La illa ha illa Anta Subha naka inni kuntuminazzalimin @Maha Suci Allah sesungguhnya aku menzalimi diri."
68:50) Dengan nikmat Allah, Yunus dipelihara dari kekejian
68:51) Sekiranya Allah tidak pelihara kamu wahai Muhammad, sudah pasti kamu kecewa akibat pandangan kafir Mekah dipenuhi kebencian dengan tohmahan Muhammad ini sesat lagi gila. 
68:52) Quran itu pengajaran bagi jin dan manusia yang sihat mental untuk jalan maslahat dunia akhirat. 



Tuesday, November 4, 2014

Sunnah makan daging arnab. HARAM CELA MAKHLUK

4-11-14 Masjid Sultanah Bayah BM12 ms171 hukum makan arnab syarah Ustaz Shamsuri 
Sahih Muslim Abi Sarihah ra sabda Nabi s.a.w. Kiamat akan terjadi selepas 10 tanda iaitu

  1. gempa bumi sebelah timur 
  2.  gempa bumi sebelah barat
  3.  gempa bumi semenanjung arab
  4. kabus hitam meliputi muka bumi  
  5. keluarnya binatang berkaki empat
  6. keluarnya yajud majud
  7. matahari terbit sebelah barat
  8.  keluar dajal
  9.  keluar api negeri Yaman halau orang ramai
  10. Turunnya Nabi Isa as membunuh Dajjal (10-riwayat lain) Ribut putung beliung melemparkan manusia ke dalam laut. 

HARAM CELA MANA-MANA MAKHLUK CIPTAAN ALLAH

Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Angin menjadi rahmat apabila meniup lembut tetapi angin boleh berubah menjadi bencana atas perintah Allah maka jangan sesekali memarahi angin itu sebaliknya mohon  perlindungan dari Allah.
Sahih Abu Daud Ibni Abbas ra sabda Nabi s.a.w. Jangan cela mana-mana makhluk kerana akan dicela oleh Allah.
Sahih Muslim sabda Nabi s.a.w. Apabila berlaku gerhana atau bencana, solatlah minta perlindungan pada Allah sehingga ianya selesai.
Sahih Muslim dari A’isyah ra. Nabi s.a.w. segera berdoa minta perlindungan apabila tiba-tiba angin meniup kuat. “ya Allah, aku berlindung dari kejahatan yang ada pada angin ini”



Hasan Sahih AtTirmizi Anaz b Malek ra. Nabi s.a.w. makan daging arnab hadiah dari para sahabat.

Tuesday, October 28, 2014

Sujud Solat Rasulullah s.a.w.

23 Sujud bagi kena dahi hidung & 28-10-14 Masjid Padang Temusu BM2 Kedudukan tangan semasa sujud SYARAH Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Sahih Bukhari dari Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Setiap pergerakan solat mesti ada tenang atau tamaqninah.

gambar hiasan
Sahih Bukhari dari Ibnu Abi Laila (Tabi’e) dari Ummu Haniq binti Abu Talib r anha kakak kepada Saidina Ali ra. Pada pagi pembukaan kota Mekah, Rasulullah s.a.w. mandi sambil dikepung kain oleh anak baginda Fatimah r anha sebelum solat sunat 8 rakaat.

Hasan Gharib AtTirmizi Al-Barraq. Nabi s.a.w. sujud solat dengan 2 tangan berhampiran telinga baginda.

Hasan Sahih AtTirmizi, Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah, Ibnu Abbas, Jabir & Abi Said Al-Qudri. sabda Nabi s.a.w. bermula 7 anggota sujud solat iaitu 1)1x Dahi Muka 2)2x tapak tangan 3)2x lulut 4)2x Hujung kaki dilipat menghadap kiblat.


Sahih Muslim dari Ibnu Abbas, lelaki berambut panjang mengikat sanggul umpama solat dengan tangan diikat.

Thursday, October 23, 2014

Sujud solat Rasulullah s.a.w.

23-10-14 Al-Fajr ayat 2 Demi waktu Subuh 10 malam (Majoriti ulama 1-10 Zulhijah), ada sumpah di dalamnya. Sahih At Tirmizi Said b Jubair (tabi’in) sabda Nabi s.a.w. Allah sangat suka amal soleh 10 hari bermula 1-10 Zulhijjah kerana pahalanya lebih besar dari hari-hari lain.

Sahih AnNasai Hunaidah b Khalid ra dari Aisyah sabda Nabi s.a.w. Allah membebaskan hamba-hamba terpilih dari neraka pada hari Arafah.
gambar sekadar hiasan
Quran- Allah tidak mahukan daging korban tetapi ialah ikhlas taqwa amalan korban itu sendiri.
SUJUD NABI S.A.W. 
Hasan lagi Sahih At Tirmizi Abi Humaid As-Sa’idi ra Nabi s.a.w. sujud dengan dahi, hidung menyentuh lantai, 2 siku direnggangkan, dua tapak tangan berbetulan 2 bahu.

Sahih Abu Daud dari Abi Said Al-Qudri ra. Nabi s.a.w. sujud solat dengan memakai sandal, kemudian meletakkan kasut di sisi kiri ketika sedang sujud solat kerana terdapat najis setelah diberitahu mala’ikat Jibril as. Zaman Rasulullah s.a.w. Masjid berlantaikan tanah. 

Tuesday, October 21, 2014

Daripada isu Anjing lebih baik berZikir

21-10-14 Masjid Bandar Darul Aman BM14 ms 30 syarah Ust Shamsuri
ZIKRULLAH
Sahih Muslim Muawiyah Abu Sufian ra. Sabda Nabi s.a.w. Majlis zikir adalah kebanggaan Allah dihadapan mala’ikatNya.
Sahih Muslim Sabda Nabi s.a.w. zikir subhanallah wabihamdih x100 setiap hari pagi petang akan mendapat pengiktirafan Allah di hari kiamat.
Sahih Muslim Sabda Nabi s.a.w. “La ila ha illallah huwahdahu la syarikalah lahulmulku walahulhamdu wahua ala kullisyai in qadir x10.” Allah anugerahkan pahala memerdekakan 4 orang dari keturunan Nabi Ismail as.

HADIS BERKAITAN ANJING
Sebaik-baik petunjuk ialah Quran dan perinciannya adalah hadis. 

Sahih Muslim Abi Hurairah ra, sabda Nabi s.a.w. memelihara anjing tujuan binatang kesayangan bukan tujuan berburu akan ditolak pahala sebanyak dua kali ganda bukit Uhud.
Sahih Muslim Maimunah r anha. Sabda Nabi s.a.w. Mala’ikat rahmat tidak masuk ke rumah yang dipelihara anjing.
Sahih Muslim Jabir ra. Nabi s.a.w. mengarahkan para sahabat membunuh anjing yang mempunyai 2 titik putih kerana ia adalah jelmaan syaitan.
Anjing, binatang yang dijadikan Allah untuk kegunaan berburu 
Sahih Muslim sabda Nabi s.a.w. Seorang pelacur telah memberi minuman pada anjing yang terjelir sangat dahaga dan Allah ampunkan dosanya. (Hadis ini bukan dalil untuk selfie)
Sahih Muslim sabda Nabi s.a.w. Bekas jilatan anjing akan kembali bersih setelah 7 kali basuhan air dengan pertama sekali basuhan air tanah. 


Hasan Sahih AtTirmizi Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. dibuka pintu syurga setiap Isnin dan Khamis. Setiap manusia akan dapat pengampunan dan masuk ke pintu syurga kecuali manusia yang menduakan Allah dan tidak berdamai dalam pergaduhan. 

Monday, October 13, 2014

Hari ini Allah lupakan manusia (Al-Qalam 68:34-43)

Sabda Nabi s.a.w. kepada sekumpulan pemuda yang tidak puas hati dengan pembahagian harta rampasan perang. Tujuan dilebihkan pada Puak Quraisyh kerana mereka baru memeluk Islam sedangkan Ansar bawa pulang aku iaitu seorang Nabi Allah yang jauh istimewa berbanding harta. Bersabarlah walau apapun yang terjadi kerana yang bersabar akan jumpaku di telagaku di hari akhirat.
kata Anaz b Malek ra. hari ini manusia tetap tidak bersabar.

Al-Qalam 68:34-43 Tafsir Quran pengajian kitab Nurul Ihsan syarah Ut Shamsuri
gambar sekadar hiasan
68:34 Muttaqin (mukmin bertaqwa) akan dijanjikan syurga Naim.
68:35 Adakah muslim dan tidak muslim itu sama? 
68:36 Sudah tentu tidak kerana tidak muslim akan ke neraka.
68:37 Tanya mereka wahai Muhammad kenapa mereka berfikiran akan dapat layanan lebih baik dari orang Islam sedangkan Quran memansuhkan kitab-kitab terdahulu dari langit. 
68:38-39 Adakah kitab yang mereka pilih beritahu bahawa mereka dijamin masuk syurga
68:40 Bawakan penjamin kebenaran mereka sekiranya kafir mengatakan mereka benar
68:41 Buktikannya di Akhirat!
68:42 Mahkamah mahsyar akan mengadili, bukankah diberi penglihatan pendengaran dan berbagai kemudahan lagi. 
68:43 Berapa kali manusia mendengar Quran HadisKu?
Akhirnya manusia mengakui kesilapan diri. Kata Allah: "Hari ini Aku lupakan kamu kerana semasa di dunia kamu lupakan Aku."

Monday, September 8, 2014

Al-Qalam 68:17-33 Tuan Kebun kedekut. SEBUTLAH DENGAN IZIN ALLAH

MUQADDIMAH sebelum pengajian oleh Dato'Shamsuri Hj Ahmad. 
Sahih Bukhari dari Abdullah b Amru b Al-Az radialla hu anhu. Ketika awal zaman permulaan Islam, Nabi s.a.w. menunaikan solat di hadapan ka'bah. Datang sekumpulan samseng kafir Quraisyh yang diketuai Abu Jahal meletakkan perut unta busuk di atas belakang badan Rasulullah s.a.w. semasa baginda sedang sujud. Selepas itu, mereka ketawa terbahak-bahak sambil bertepuk tampar antara satu sama lain. Berita Nabi s.a.w. dibuli oleh kumpulan samseng tersebut sampai kepada anak baginda, Fatimah. Fatimah yang ketika itu merupakan kanak-kanak kecil perempuan bergegas menuju ke ayahnya lalu membersihkan perut unta busuk tersebut sambil memarahi kumpulan samseng yang menganiayai bapanya. Nabi s.a.w. berdoa mengulangi 3 kali meminta kemarau panjang termasuk pembalasan pada perbuatan keji kumpulan samseng Abu Jahal. Allah memakbulkan doa kekasihNya, Mekah dilanda kebuluran teruk. Wakil kafir Quraisyh Abu Sufyan yang ketika itu belum memeluk Islam, merayu pada Rasulullah s.a.w. agar menghentikan kemarau panjang tersebut. Kafir Quraisyh akur dengan kekuasaan Allah. Turun ayat Quran, Ad Dukhan ayat 15" Sesungguhnya sekiranya Kami mengangkat azab ini, manusia akan kembali ingkar."Setelah kemarau dan kebuluran teruk yang melanda Mekah berakhir, kafir Quraisyh kembali mengingkari Nabi s.a.w. dan menolak Quran Hadis. Turun ayat Quran, Ingat suatu hari nanti Kami akan turunkan hari pembalasan dan sesungguhnya Allah itu Maha Pemberi Balasan."Akibat keingkaran mereka, Allah turunkan pembalasan kafir Quraisyh ditewaskan muslim dalam perang Badar beberapa lama kemudian. 

Sahih Ibnu Majah dari Abi Lailah Al-Khindi ra, Khabbab bin Al-Arad ra dari Bani Ta'Mim. Khabbab merupakan hamba abdi dan 10 orang terawal memeluk Islam. Abdullah b Mas'ud ra merupakan sahabat yang selalu merujuk Khabbab kerana kemahiran tafsiran Quran. Khabbab ditakdirkan menjadi kaya dermawan dan mendapat pengiktirafan oleh Khalifah Omar Al-Khattab ra sebagai setanding dengan Amar b Yasir ra. 

Pengajian kitab Nurul Ihsan jilid 4 ms 211 surah Nun Makiah ayat 17-33 Surau Taman Kerian syarah Ustaz Shamsuri 8-9-2014. 

AL-Qalam 68:17-33

68:17) Terdapat satu kisah benar dahulu, Kami beri pembalasan pada tuan-tuan kebun kurma yang bercadang untuk memetik tanaman awal keesokan pagi kerana kedekut dipetik oleh golongan miskin.
68:18) Mereka juga lupa menyebut "dengan izin Allah" untuk sesuatu pekerjaan. 
Sahih Bukhari, sabda Nabi s.a.w. akibat tidak menyebut "dengan izin Allah", 90 isteri Nabi Sulaiman gagal melahirkan anak untuk dijadikan tentera jihad fisabilillah. 
68:19) Allah menghantar api membakar tanaman kebun kurma mereka pada malam sebelum keesokan hari. 
68:20) Akhirnya kebun mereka hangus musnah kesemuanya. Kejadian ini berlaku di Yaman. 
68:21) Keesokannya, mereka mengejutkan antara satu sama lain.
Rezeki yang kita dapat hasil usaha kita ada bahagian untuk si miskin!
68:22) untuk ke lokasi seperti yang dirancang. 
68:23) Sambil menuju ke kebun, mereka berbisik sesama mereka. 
68:24) Di hati masing-masing mengatakan jangan harap si miskin dapat memetik buah lagi selepas ini.
68:25) Mereka dengan sombong merasakan merekalah yang berkuasa disamping berjaya mengecewakan golongan miskin yang mengharap dapat memetik buah-buahan tanaman mereka. 
68:26) Tiba di lokasi, mereka seakan-akan tidak percaya dan mengatakan kemungkinan mereka sesat jalan.
68:27) Tetapi setelah diteliti, akhirnya mereka mengakui kebun mereka telah musnah.
68:28) Salah seorang dari mereka tiba-tiba memberitahu perbuatan kedekut mereka ini salah.
68:29) Mereka menyesal 
68:30) sambil menyalahkan antara satu sama lain kerana cuba menganiayai golongan miskin.
68:31) Akhirnya mereka semua faham dan sepakat mengakui kesalahan diri.  
68:32) Kesemua mereka bertaubat dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi lalu berdoa agar Allah dapat mengembalikan kebun tanaman mereka seperti asal. Allah memakbulkan doa mereka dengan mengembalikan tanaman kebun mereka kembali subur seperti asal.  
68:33) Demikian azab Allah di dunia dan sesungguhnya azab akhirat jauh lagi dasyat. 

Tuesday, September 2, 2014

Nabi saw tidak baca doa makan tapi baca "Bizmillah"

2-9-14 Masjid Sultanah Bayah BM12 Sunnah makan syarah Ustaz Shamsuri 
Adab makan Sunnah
Riwayat Anaz b Malek ra. Anaz pernah melihat makanan yang keluar dari celahan jari Rasulullah s.a.w. ketika hidangan yang sedikit menjadi barakah sehingga mengenyangkan 40 orang ahli Jemaah masjid. Sabda Nabi s.a.w. Menjamu makanan untuk tetamu akan didoakan para mala’ikat.
Sahih Abu Daud Huzaifah ra. Sunnah Nabi s.a.w. baca bizmillah sebelum makan. Doa makan dicipta oleh ulama terkemudian.

Hasan Gharib AtTirmizi Qatadah ra. Rasulullah s.a.w. menjamu makanan di atas kain hamparan sambil duduk di atas lantai.

Thursday, June 12, 2014

AnNahl 61-63 Manusia tiada di dunia & Haji Rasulullah s.a.w.

Ustaz Shamsuri - TN 2 Tafsir Surah An Nahl Ayat 61-63,Masjid simpang empat 12.6.2014

WAJIB MENANGIS DI KAWASAN KEBINASAAN ALLAH KE ATAS UMAT INGKAR TERDAHULU.

Sahih Bukhari dari Abdillah b Omar Al-Khattab r anhuma, Nabi saw ketika tentera muslim melintasi Al-Hijir, Nabi saw meminta sekiranya air dari kawasan tersebut telah digunakan untuk makanan dan bekalan minuman maka mestilah dibuang kerana kawasan Al-Hijir/Mada’in Soleh tersebut pernah dihuni oleh golongan kaum Samud yang ditimpa bala akibat bantah Nabi Soleh as. Kaum Nabi Soleh hebat dalam senibina kediaman mewah di dalam gunung seperti di Petra Jordan.  Sabda Nabi s.a.w. Sekiranya ada urusan penting, hanya yang boleh menangis saja dibenarkan masuk dalam keadaan menangis kerana dikhuatiri, apa yang menimpa mereka akan kena ke atas kamu.

HAJI Istimbat hukum dari nas Nabi s.a.w. IBADAH UBUDIAH-ABDI DIRI KEPADA ALLAH-IBADAH Sunnah menurut Hadis SEPERTI RASULULLAH S.A.W.
Riwayat Muhammad b Ali b Al-Husain b Ali b Abi Talib karamalla huwajha iaitu piut Nabi Muhammad s.a.w. daripada Jubir b Abdillah r anhu.
gambaran hiasan serangan burung ababil
Solat sunat apa saja 2 rakaat apabila tiba di Bir Ali. Kemudian, Nabi s.a.w. naik unta ke Mekah sambil bertalbiah bersama para sahabat yang adakalanya senyap dan adakalanya bertalbiah.  Talbiah bermula niat ihram sehingga berhenti di sisi ka’bah. Di Baitullah, Nabi s.a.w. masuk berdoa mengangkat kedua belah tangan. Nabi ke Hajar Aswad untuk mengucup, kemudian 3 round pertama, Nabi berlari anak dalam keadaan ber iqtibaq, pusingan ke 4 menutup ihram kembali berjalan sehingga tamat pusingan ke 7. Tamat 7 pusingan, Nabi s.a.w. menuju ke makam Ibrahim membaca “Wattahizu mimmakami Ibrahima musollah” Nabi Solat 2 rakaat belakang makam Ibrahim@ rakaat pertama (Fatihah dan Qulya) dan kedua( Fatihah dan Qulhuwalla). Kemudian sekali lagi, Nabi s.a.w. mengucup hajarul aswad. @(ulama ambil kesimpulan ada hadis lain-Ke Multazam untuk berdoa antara bucu hajarul aswad dan pintu ka’bah.) Kemudian menuju ke Bukit Safa dan apabila hampir maka Nabi membaca, “Innassafa walmarwataminsya irillah” Nabi s.a.w. mula berjalan Safa ke Marwah ulang-alik 7 kali, bermula satu lembah dengan berlari anak (hari ini-isyarat lampu hijau). Hari ke -8, Nabi s.a.w bertolak ke Mina (hari tarwiyah@hari bagi unta puas minum air) Kemudian Nabi s.a.w bertolak ke Arafah pada 9 Zulhijjah hampir masuk waktu Maghrib untuk berdoa bersungguh-sungguh sambal menangis sehingga nampak putih ketiak baginda. Selepas itu, baginda bertolak dari Arafah ke Muzdaliffah untuk solat maghrib dan Isya’ dan tidur sehingga bangun solat Subuh keesokannya. Selepas solat Subuh, Nabi s.a.w. bertolak dari Muzdalifah ke Mina dan ketika melintasi kawasan madi muhassir dengan tenang dan perlahan. Pada masa yag sama baginda menegur sahabat-sahabat yang kelihatan gopoh. Ketika melintasi madi muhassir, Nabi sa.w. memacu untanya agak laju sambil menutup kepalanya agar segera meninggalkan kawasan tempat kebinasaan tentera Abrahah kerana menurut Allah “Tarmihim bihijaratim minsijjil faja alum ka asfir maQqul.” Burung ababil diperintahkan Allah melemparkan batu ke atas kepala tentera Abrahah maka jadilah mereka seperti daun yang dimamah ulat.
Laut mati ke Jericho Isra’el dipercayai kaum Nabi Lut diterbalikkan hasil kajian berdasarkan nas dalil Quran Hadis. Dipercayai tidak boleh confirm kerana tiada terangan jelas dari nas dalil Quran Hadis.

AN-NAHL 61-63 
gambaran hiasan tiada manusia di muka bumi
61) Sekiranya Allah menuntut pembalasan azab segera selepas manusia melakukan dosa, sudah tentu tiada manusia lagi yang tinggal di muka bumi. Yang ingkar bukan saja diazab di dunia malah kemudian diazab lagi di akhirat kecuali keampunan dari Allah sekiranya bertaubat.  Apabila tiba saat kematian, tiada lewat dan awal walaupun sesaat.
62) Golongan ingkar merasakan mereka benar dan mengatakan golongan kebenaran itu salah, hakikatnya kafir tetap di neraka. (dalil haram muslim sebut "rest in peace" pada yang bukan Islam)

63 Allah bersumpah dengan namaNya sendiri “Demi Allah”, Tuhan telah mengutus para Nabi dan Rasul tetapi umat mereka memilih jalan kesesatan yang dirasakan mereka jalan kebenaran akibat bisikan iblis. Sekiaranya mahu melepaskan diri mereka, carilah pemimpin mereka yakni syaitan, syaitan yang dirasakan hebat juga tidak terlepas dari neraka jangan ingat manusia dapat melepaskan diri dari neraka.  

Tuesday, May 27, 2014

Pembedahan dada Nabi s.a.w. & Bacaan bangun Rukuk

Ustaz Shamsuri - 27.5.2014 Masjid Padang Temusu  
Menurut Ulama besar Ibnul Harabi, pada zamanku terdapat seketul batu besar  yang tergantung tiada tiang dan tiada tali di tengah masjid baitulmaqdis. Arah puncak selatan, disitulah Nabi s.a.w. pijak batu tersebut untuk menaiki buraq sewaktu peristiwa Isra’ Mi’raj.

Sahih Muslim dari Anaz b Malek ra. Jibril melakukan pembedahan pertama untuk membersihkan darah kotor syaitan menggunakan air zam-zam ketika Nabi s.a.w masih kanak-kanak. Kali kedua semasa Isra’ Mi’raj dengan tambahan dimasukkan iman dan hiqmah.
Hadis-hadis Sahih ketika Rasulullah s.a.w. di Sidratul Muntaha, selepas menuruni langit ke-7 Nabi Ibrahim as dan tiba di langit ke-6, Nabi Musa as menasihati Rasulullah s.a.w agar mengurangkan solat 50 waktu kepada 1 waktu. Setelah Nabi Muhammad s.a.w. berulang alik bertemu Allah sehingga dikurangkan menjadi 5 waktu, akhirnya baginda memberitahu yang dirinya sangat malu kepada Allah.  

BM 2 Bab Bacaan Selepas Bangun Dari Rukuk,


HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra. Sabda Nabi s.a.w. Bangkit rukuk, “sami Allah huliman hamidah”. Makmum menyahut “robbana walaqalham/rabbana laqalham”. (Diterima Allah, bagi Allah segala puji memenuhi 7 petala langit dan memenuhi bumi. ) Sesiapa yang sama menyebut bersamaan mala’ikat maka diampunkan semua dosa kecil telah lalu. 

Tuesday, May 20, 2014

Jangan menentang keputusan hadis

20-5-14 Masjid Bandar Darul Aman syarah Ustaz Shamsuri

JANGAN MENENTANG KEPUTUSAN HADIS RASULULLAH S.A.W. 

gambar sekadar hiasan
Sahih Bukhari Ketika pertelingkahan perebutan air antara Zubair dan seorang sahabat Ansar, Rasulullah s.a.w. meminta  Zubair gunakan air kemudian berikan pada sahabat Ansar ini.”Sahabat Ansar menegur Turun firman Allah AnNisa 65 memihak pada kekasihNya, sesiapa memilih melawan keputusan hakim Nabi s.a.w. termasuk keputusan dalam hadis baginda, maka orang itu tidak beriman.
“Wahai Muhammad, adakah sebab dia sepupu kamu, kamu lebihkan dia?” Rasulullah s.a.w tiba-tiba murka meminta Zubair jangan menyerahkan terus air tersebut.
Sahih Muslim, Abdillah b Mas’Ud r anhu. Seorang sahabat tidak puas hati dengan pembahagian harta rampasan perang lalu menegur Rasulullah s.a.w., “ini tidak adil!” Nabi s.a.w. dengan wajah murka kemudian membalas, “siapa lebih adil dari Allah dan RasulNya?”

Bahrulmazi Ms25 Pemarah itu tabiat Manusia.

TAHAN MARAH
gambar hiasan 

Sahih At Tirmizi sabda Nabi s.a.w. Jangan mendatangkan penyebab marah dan sekiranya marah maka tahan kemarahan itu.
Hadis Hasan Sunan Abu Daud 4251 Ibnul Mussayyip r anhu. Ketika Abu Bakar bangun untuk mempertahankan diri akibat 4 kali dimaki dengan tuduhan palsu oleh seorang muslim, Rasulullah s.a.w. menjauhkan diri kemudian bersabda. “Allah hantar mala’ikat menafikan tuduhan tersebut ketika kamu mendiamkan diri, tetapi setelah kamu bangun untuk menjawab, syaitan datang kepadamu.    

Bukhari Muslim sabda Nabi s.a.w. Orang yang kuat bukan yang kuat bertumbuk tetapi yang menundukkan kemarahannya 

Monday, May 19, 2014

QISAS / Hukum Balas Adil

gambar hiasan
19-5-14 Masjid Tmn Brown syarah Ustaz Shamsuri
HUKUM QISAS / BALAS ADIL Tafsir Al-Ma’idah 33-34 Pengajian kitab Nurul Ihsan jilid 1 ms 221

Al-Ma’idah 33) HUKUMAN KE ATAS MELAKUKAN KEROSAKAN@UNTUK KES SAMUN. Samun merupakan memerangi Allah dan Rasul.  Sahih Bukhari Muslim Dalam hukum Qisas atau hukum balas adil, Nabi saw mengerat tangan kanan dan kaki kiri serta mencungkil mata penjenayah samun kerana 8 penjenayah Puak Urainah ini buat cara demikian pada seorang pengembala unta. 

Wednesday, May 14, 2014

Ibnu Zubair Al-Awwam anak Pengiring Rasulullah saw

Ibnu Zubair Al-Awwam (Tokoh Besar Islam)

14-5-14 Sahih Bukhari Ibn Zubair Al-Awwam merupakan Tokoh Besar Islam anak kepada Pengiring Rasulullah saw iaitu salah seorang dari 10 sahabat Utama dijamin syurga. Beliau ditahmid oleh bapa angkatnya NabiMuhammadSAW selepas dilahirkan. Ketika usianya 7 tahun, beliau telah berbai’ah kepada RasulullahSAW. Apabila memegang jawatan gabenor Mekah, beliau ingin melunaskan cita-cita RasulullahSAW yang tidak kesampaian selepas kewafatan Baginda iaitu menjadikan ka’bah seperti asal yang dibina oleh Nabi IbrahimAS. Berita meruntuhkan ka’bah menimbulkan kemarahan Hajjaj selaku gabenor Iraq ketika itu. Sepasukan tentera Islam Iraq pimpinan Hajjaj kemudiannya menawan tentera Islam Mekah pimpinan Ibn Zubair. Ibn Zubair kemudian dipancung, disula,  disalib dan dicampakkan ke perkuburan yahudi. Ka'bah seperti impian RasulullahSAW yang dalam proses pembinaan baru tersebut kemudian diroboh. Hajjaj kemudian membina semula bentuk yang asal dan kekal sehingga hari ini.
BM21 ms28 syarah Ustaz Shamsuri 
SOLAT SUNAT BOLEH MANA_MANA KIBLAT
Hasan Sahih At Tirmizi, Said b Jubair bertanya Ibnu Omar ra, Nabi s.a.w. mengadap mana-mana kiblat untuk solat sunat atas sebab tertentu. Ibnu Omar kemudian membaca dalil firman Allah, Al-Baqarah 115, milik Allah timur & barat. Firman Allah baru dalam Quran, Solatlah menghadap kiblat Baitullah Masjidil Haram.

Imam Syamsudin Muhammad b Ahmad @Khatib AshSyarbini, masuk menetap di Masjidil Haram dari 1 Ramadhan sehingga selepas Aidilfitri untuk solat malam Ramadhan . 

Monday, May 12, 2014

Al-Qalam, Nun 1-16 Muhammad Makhluk Terbaik

12-5-14 Muqaddimah Ustaz Shamsuri di Masjid Tmn Kerian, P.Buntar Perak.

Surah Qaf 50:18 , Sabda Nabi s.a.w. Mala'ikat rakib & atib sentiasa bertukar shif Subuh & Asar dan mereka seperti biasa sentiasa ditanya Allah apabila sampai ke langit sebagai formaliti makhluk ciptaanNya sedangkan tanpa bertanya mala'ikat, Allah Maha Mengetahui segalanya. Firman Allah "Bagaimana keadaan hambaKu sepeninggalan kamu?" jawab mala'ikat, hambaMu sedang solat sekiranya solat sekiranya tidak, maka sebaliknya.  

Sahih Muslim, Abi Hurairah r anhu sabda Nabi s.a.w. Setiap Isnin & Khamis, dibuka pintu syurga, Allah mengampunkan hamba-hambaNya yang tidak syirik Allah kecuali yang bergaduh bermasam muka sesama muslim melainkan setelah mereka berdamai. 

Sahih Muslim Abdullah b Amru b Al-Az ketika Nabi s.a.w. baca surah ayat doa Nabi Ibrahim as, wahai Tuhanku, tokong berhala ini telah menjadi punca kesesatan manusia, siapa ikut aku maka dia golonganku. Nabi Isa as pula berdoa, Ya Allah, sekiranya Engkau hendak azab pada penyembah-penyembah berhala ini, ianya hak Engkau, tetapi sekiranya Engkau mengampunkan mereka, Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Selepas itu baginda berdoa sambil menangis, Umatku, umatku. Firman Allah, wahai Jibril sampaikan pada Muhammad, umatnya akan masuk syurga terdahulu berbanding umat-umat lain. 

Pengajian kitab Tafsir Nurul Ehsan jilid 4 ms210 Surah Nun Makiah 52 ayat. Al-Qalam 68

68: 1 Nun, dengan kehendak Allah, demi qalam yang menyurat pada Luh Mahfuz oleh mala'ikat Hafazah mahupun mala'ikat Rakib dan Atib. 
68:2 Wahai Muhammad, mereka mengatakan kamu gila tetapi disisiKu, kamu tidak gila. 
68:3-4 Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. makhluk ciptaan terbaik dengan akhlak yang sangat terpuji. 
68:5-7 Kesusahan manusia di Padang Mahsyar nanti akan membuktikan siapa benar siapa salah.
68:8 Tetapkan iman dan jangan terpengaruh
68:9 Jangan tolak ansur dengan saling bertukar sembah dengan agama lain. 
68:10-12 Jangan bergaul dengan yang suka bersumpah, pengumpat, pemfitnah, menegah buat kebaikan, menzalimi orang lain, kasar, kering hati, suka buat dosa, langgar hukum Allah
68:13 Jauhi dari mereka yang sangat jahat kejam ini seperti Al-Walid dan Abu Jahal. 
68:14 Hartawan Al-Walid Al-Mughirah tersebut tidak bersyukur dengan kurniaan anak ramai malah menentangKu, menentang Islam dan menentang RasulKu. 
68:15 Mereka mengatakan Quran itu cerita dongeng
68:16 Akhirnya mereka mati dibinasakan dalam perang Badar sehingga belahan pedang pada hidung mereka. 



Tuesday, May 6, 2014

Selidik terdahulu kebenaran berita


muqaddimah sebelum pemngajian BahrulMadzi jilid16 tarikh 060514 syarah Ust Shamsuri  dari Riwayat Yazid b Hayyan r anhu. Rasulullah s.a.w mempercayai kata-kata munafik sehingga mengenepikan kebenaran laporan kanak-kanak bernama Zaid b Arqam.  Allah menurunkan ayat Quran membenarkan kata-kata Zaid b Arqam setelah masyarakat memandangnya sebagai penipu.

Tuesday, April 22, 2014

Syahid hidup disisi Allah.

220414 BM2 Masjid Padang Temusu Sg Petani.

SYAHID HIDUP DISISI ALLAH

Sabda Nabi s.a.w. Allah menghidupkan bapa Jabir yang syahid dan Allah memerintahkan Abdullah bapa Jabir untuk minta apa saja. Abdullah meminta untuk hidup dan berjuang hingga syahid sekali lagi. Allah berfirman, mana-mana manusia yang telah dimatikan tidak akan kembali ke dunia lagi. 169 Ali Imran: “Jangan sangka orang syahid itu mati, mereka hidup disisi Tuhan mereka bahkan mereka dilayani diberi rezki pada mereka.”  
sekadar hiasan
HUDUD TUJUAN KEINSAFAN BUKAN UNTUK SEMATA-MATA HUKUMAN

Sahih Muslim Abi Umamah AL-Bahili r anhu.  Seorang sahabat mengadu pada Rasulullah s.a.w. untuk menjalankan hukuman ke atas pengakuan dosanya. Nabi s.a.w tidak melayannya dan sabda Nabi s.a.w. Wuduk dan solat yang sempurna kamu tadi telah menghapuskan dosa.

BERJEMAAH ISYA' DAN BERJEMAAH SUBUH

Sahih Muslim AbdurRahman b Abi Amrah r a. Setelah selesai berjemaah maghrib. Osman duduk seorang diri di penjuru masjid. Osman b Affan pernah bangkit sedekah 100 ekor unta untuk Islam setelah pengumuman infak harta oleh Rasulullah s.a.w. Petang Khamis 16 Zulhijjah 35 Hijrah Osman dibunuh oleh kumpulan pemberontak muslim, jenazah dikebumikan hari Jumaat . Menurut Osman sabda Nabi s.a.w. Berjemaah Isya’ seolah-olah solat sepanjang separuh malam tidak tidur dan sekiranya berjemaah Subuh seolah-olah solat sepanjang malam tidak tidur.

TEGAH PAKAIAN KUNING, DAN RUKUK SUJUD BACA QURAN SERTA HARAM PAKAI CINCIN EMAS DAN SUTERA BAGI LELAKI. 

Bahrulmadzi jilid 2 ms 166 Tegah baca Quran dalam rukuk dan sujud.
HR At Turmuzi dari Ali ibni Talib r anhu, Nabi saw tegah lelaki memakai kain campuran sutera, pakaian warna kuning ketika solat, cincin emas & baca Quran ketika rukuk dan sujud. TEGAH samada Haram/Makruh. Haram dibuat sengaja.  Sahih Muslim sabda Nabi s.a.w. haram lelaki memakai emas.
Hasan Sahih At Turmuzi dari Abi Mas’Ud al-Ansari sabda nabi s.a.w. Tidak sempurna solat apabila sujud dan rukuknya tidak menyamai solat Rasulullah s.a.w

Mazhab Sya’fie rukuk tidak 90 darjah maka batal solat. Mesti berdiri iqtidal walaupun 2 saat apabila mampu berdiri solat sebelum duduk di kerusi. Jangan terus duduk di kerusi kerana solat tidak sah kecuali sakit. (WARNING UNTUK SOLAT FARDU SAHAJA)

Monday, April 21, 2014

Habil Qabil & Nabi Syif anak Adam as@alaihisallam.

210414 NE1 A’isyah r ha, Rasulullah s.a.w solat jenazah sahabat di masjid.
Sahih Bukhari Ibnu Abbas, Allah perlihatkan syurga neraka pada Rasulullah s.a.w.

17 AL-Ma’idah Habil dan Qabil Hanya Nabi Syif dilahirkan tunggal dengan adib-beradik 39 orang anak Nabi Adam as yang lain semuanya kembar. Sehingga cicit Adam ketika itu, manusia berjumlah 40,000 orang.  Umur Adam 1000 tahun. Ketika Adam mengahwinkan Qabil dan Labuda yang kurang cantik (kembar Habil) manakala Habil dan Labuda yang cantik (kembar Qabil atas perintah Allah. Adam memerintahkan Habil dan Qabil mempersembahkan qurban pada Allah dan pemilik qurban yang dipanah api putih akan memilih Iqlima untuk dijadikan pasangan. Qabil mempersembahkan qurban berkualiti rendah manakala abangnya Habil mempersembahkan qurban bermutu tinggi. Qabil tidak puas hati setelah Allah memilih qurban Habil. Iblis berjaya membisikkan pada hati manusia dan akhirnya Qabil menghempaskan batu pada kepala Habil hingga mati. Qabil menginsafi perbuatannya dan Allah menghantar burung menunjukkan cara mengebumikan mayat. Qabil menyembah api akibat kesesatan yang berjaya diserapkan oleh iblis. Bunuh manusia seorang seolah-olah bunuh semua manusia. 4000 Rasul antara Musa dan Isa dan jangan melampau dalam batas hukum. 

Monday, April 14, 2014

Al-Mulk 67:22-30 Kiamat itu urusan Allah

HR Abu Daud sabda Nabi s.a.w. Ular besar berkepala botak licin akan menelan manusia kedekut dengan lebihan rezekinya. 
Sahih Muslim, sabda Nabi s.a.w. Ular gergasi akan menelan manusia yang tidak bayar zakat. 
gambar hiasan

14-4-14 Nurul Ehsan jilid 4 ms209 ayat 22 surah 67 Al-Mulk, Surau Tmn Kerian syarah Ustaz Shamsuri
67:22) Kenapa manusia memilih untuk tidak terima hidayah? ---Allah bertanya dalam QuranNya
67:23) Padahal Allah biakkan seluruh manusia bumi berasal bermula kejadian dari Adam as dengan lengkap anggota tubuh badan tetapi malangnya hanya sedikit yang bersyukur.
67:24) Dan kepada Allah seluruh manusia dari Adam sehingga kiamat berhimpun di mahsyar.
67:25) Kafir mempersoal tarikh kiamat. Katakanlah wahai Muhammad kepada yang bertanya itu, ia urusanKu.
Al-Israa', ayat 85.Yang bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja"
67:26) Kafir cabar, datangkan azab sekiranya Islam ini benar.
67:27) Allah tidak akan turunkan azab selagi Rasul kesayanganNya bersama mereka. Apabila azab bala bencana Allah turun, maka itu adalah kemurkaan Allah.
Hadis Qudsi. Firman Allah; Jika tidak kerana ada warga tua yang rukuk solat, anak muda yang kusyuk beribadah, bayi yang menyusu susu ibu dan binatang ternakan. Sudah lama Aku tukarkan langit menjadi besi agar menjadi azab pada semua manusia di bumi oleh kerana sikap keingkaran manusia.
67:28) Bila tiba hari kiamat yang dicabar kafir, kafir akan ketakutan pucat biru pada wajah mereka.

67:29) Tuhan yang muslim sembah ialah Allah tempat manusia berserah nyawa. Bila tiba masa hari azab seksa, kafir akan tahu siapa benar siapa salah!

Wednesday, April 9, 2014

Wajah Allah, AL-Baqarah 115

9/4/14 Sahih Muslim Hamzalah Al-Husaidi r anhu @Antara kalangan penulis wahyu Rasulullah s.a.w. Penceritaan Rasulullah s.a.w. tentang syurga neraka membuatkan para sahabat merasakan seperti sedang berada di dalamnya. Sabda Nabi s.a.w. Mustahil manusia sentiasa bertaubat setiap detik, kerana sekiranya terdapat manusia sedemikian rupa maka mala’ikat akan berjabat tangan dengannya.

ALLAH TUKAR MAKHLUK LAIN SEKIRANYA MANUSIA TIDAK BUAT DOSA

Sahih Muslim Abi Ayub r anhu. Allah yang bersifat Maha Pengampun akan menukar dengan makhluk lain yang buat dosa sekiranya manusia yang sekarang ini tidak berbuat dosa. Sahih Muslim Anaz b Malek r anhu. Sabda Nabi s.a.w. Nafsu manusia yang sentiasa mengejar dunia akan berhenti apabila tiba ajalnya. Allah sentiasa bersedia menerima taubat mereka sewaktu mereka masih hidup.'

Bahrulmazi jilid 21 tarikh 9/4/14 syarah ustaz Shamsuri ayat 115 Al-Baqarah ayat hukum

Solat mengarah kiblat. Hadis Gharib At-Tirmizi dari Amir b Rabi’ah sabda Nabi saw. Sekiranya kamu tidak yakin dengan mana-mana arah kiblat maka solatlah dari arah manapun kerana wajah Allah ada di mana-mana. Ibnu Omar ra, Nabi saw solat sunat tidak menghadap kiblat. Solat wajib Rasulullah s.a.w. sentiasa mengarah kiblat. 

Monday, April 7, 2014

An Nahl 51-60 Manusia mencari Allah bila susah

7-4-14 Nurul Ehsan jilid 2 ms306 AnNahl 51 Masjid Simpang Empat Permatang Buluh
(51-52) Takutlah pada yang satu iaitu hanya Allah, Pencipta seluruh alam meliputi langit dan bumi.
(53) Segala nikmat pada manusia semuanya dari Allah dan apabila manusia ditimpa kesusahan, kepada Allah jua manusia meraung memohon pertolongan. (54-55) Selepas kesusahan dihapuskan, manusia kembali kufur lalu berterusan hanyut terus menantikan balasan neraka di akhirat.
(56-57) Arab Jahiliah mengatakan Allah ada anak perempuan sedangkan mereka menanam anak perempuan mereka hidup-hidup.

(58- 59) 2 suku arab Jahiliah iaitu Bani Tamim dan Bani Asad kufur nikmat dengan tanam anak perempuan hidup-hidup kerana rasa malu. (60) Tidak beriman itu memiliki sifat buruk dan hanya bagi Allah sifat tetpuji

Tuesday, April 1, 2014

AL-Ikhlas = 1/3 Quran, SUNAT TASBIH

GAMBAR HIASAN
1-4-2014 Pengajian bahrulmazi jilid 16 syarah Ustaz Shamsuri ms28 
Sahih Abu Daud ibnu Abbas sabda Nabi saw pada ibnu Abbas. Solat sunat tasbih akan menghapuskan dosa terdahulu dan dosa lepas samada dosa kecil mahupun dosa besar. Kalau boleh lakukan setiap hari atau seminggu sekali atau sebulan sekali atau setahun sekali atau sekali seumur hidup.

Takbir, niat sunat tasbih 4 rakaat kerana Allah. Fatihah, surah, (TASBIH: tasbih & tahmid & tahlil & takbir) lahawlawalaQuwata illabillah hil aliyil azim (Tasbih x15). Rukuk (x10) Iqtidal (tasbih x10) Sujud (x10) Duduk antara 2 sujud (x10) Sujud (x10) Istirahah sebelum bangkit berdiri qiam (x10)

Sahih Bukhari Abi Said Al-Qudri sabda Nabi saw. Surah Al-Ikhlas menyamai sepertiga Quran.

BM16 ms28 Sahih At Tirmizi Ibnu Omar r anhuma, Abu Bakar bermimpi mencedok air telaga selepas giliran Rasulullah s.a.w. diikuti giliran Omar kemudian Osman. Tafsiran dari Nabi s.a.w. akan mimpi Abu Bakar: Saidina Abu Bakar As Siddiq bakal menggantikan Rasulullah s.a.w untuk menguruskan pentadbiran Negara umat Islam pada zaman itu. Timba semakin besar bila bertukar tangan pada Omar Al-Khattab seperti dimimpi Abu Bakar ialah dengan empayar pemerintahan Islam akan lebih besar dibawah pimpinan Omar kelak. 

Hasan Sahih Gharib AtTirmizi Mimpi Nabi saw seorang perempuan tua rambut mengerbang keluar dari Madinah ialah penyakit berjangkit/hawar di Madinah akan berpindah ke tempat Juqfah. 

Tuesday, March 18, 2014

Jenazah berpeluh & Mengenang Budi disuruh syarak



Masjid Darul Aman pengajian Bahrulmazi jilid 14 18-3-4 Muqaddimah hadis-hadis oleh Ustaz Shamsuri Sahih Ibnu Majah Buraidah ra sabda Nabi s.a.w. Tanda beriman pada jenazah ialah dahinya berpeluh.
Sahih, sibukkan kalimah syahadah ketika pesakit nazak. 
WARNING! HADIS DAIF DILARANG BERHUJAH Hadis Daif sabda Nabi s.a.w. Sebahagian manusia yang sedang sakaratul maut, matanya sibuk memerhatikan sekeliling tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Hadis Daif Ibnu Majah Bacakan Yassin untuk pesakit nazak dan kematian. Hadis Daif Ibnu Majah Jabir mengirim salam pada Rasulullah saw ketika Jabir sedang sakaratul maut.

KABLIAH+BAGHDIAH MENGHARAMKAN API NERAKA MENYENTUHNYA. 

Sahih AnNasa'i Ummi Habibah r anha sabda Nabi s.a.w. Kabliah Zohor 4 rakaat dan Baghdiah Zohor 4 rakaat, Allah haramkan dagingnya disentuh api neraka.

Pengajian Bahrulmazi jilid 14 ms21 Mengingati memori hanya perkara baik dan kenangan indah itu disuruh Islam.

Hasan Gharib Sahih At Tirmizi dari A’isyah r ha, Rasulullah s.a.w. selalu mengenangkan kenangan indah isteri pertamanya kerana Khadijah adalah manusia pertama berjuang bersama Rasulullah s.a.w dan Khadijah satu-satunya wanita terpilih di muka bumi yang dikirim salam secara peribadi oleh Allah s.w.t sejak zaman Nabi Adam alaihisalam sehingga kiamat.

Monday, March 17, 2014

Adam sedekah umur pada Daud (muq) Al-Ma'idah 21-26

Muqaddimah
Sahih At Tirmizi Imam Al-Albari sabda Nabi s.a.w. Sebelum Hawa dijadikan, Allah menunjukkan pada Nabi Adam as umat yang terkemudian iaitu anak cucu Adam. Belakang badan Nabi Adam as disapu lantas luruh jiwa-jiwa manusia yang bakal lahir ke dunia sehingga hari kiamat. Di khalayak ramai manusia, Adam tertumpu pada sepasang mata paling bercahaya dan ditanya pada Allah, siapakah manusia yang matanya paling bercahaya itu. Allah berfirman, dia ialah Daud as dan umurnya sehingga 60 tahun. Adam meminta Allah menerima sedekah 40 tahun umur baginda pada Daud as. 

Apabila sampai ajal Adam as, mala'ikat maut datang pada Adam as. Tiba-tiba Adam bertanya mala'ikat maut, bukankah umurku berbaki 40 tahun lagi? Disebabkan Nabi Adam as mengingkari janji tersebut, manusia hari ini atau anak cucu adam akan ada yang berperangai sebegitu. 

Sahih Muslim Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Hukum takdir basi kepada makanan diturunkan oleh kerana sikap bani Israel terdahulu. Kerana Hawa khianati Adam as dengan mengingkari memakan buah pohon larangan, maka hari ini isteri khianati suami. 

Pengajian kitab Nurul Ihsan surah Al-Ma'idah ayat 21-26 jilid 1 syarah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad bertempat di Masjid Al-Taqwa Taman Brown P.Pinang bertarikh 17-3-14

ms216 Kronologi Musa masuk Baitulmaqdiz (Quran & Sahih Muslim) 
gambar hiasan

Bani Israel mengatakan mereka adalah anak kesayangan Allah dan hanya bangsa mereka kekasih Allah, maka pembunuhan bangsa lain selain mereka adalah biasa. Nama Nabi Musa as disebut 136 kali dalam Quran sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. hanya disebut 5 kali saja. 
Musa dilahirkan ditengah kegemilangan amalan sihir pada zamannya. Setelah Nabi Musa as menampar seorang tukang masak dari kaum kibti bangsa Fir'Aun. Musa melarikan diri dan kemudian ditakdirkan berkahwin dengan anak Nabi Syu'aib as di Madyan. Setelah Musa menghadapi ramai penyihir Fir'Aun, akhirnya Musa berundur. 
Allah menurunkan bala ujian dengan seluruh kemudahan air termasuk minuman di kampung Mesir bertukar menjadi darah, serangan belalang pemusnah tanaman dan seluruh kampung dipenuhi katak. Allah menarik kembali bencana setelah didoa oleh Musa as bagi setiap ujian. 

Akibat keingkaran pengikut Musa untuk tidak menyerang kaum bangsa gagah kaum Ad di Baitulmaqdiz, Musa dan pengikutnya 600'000 orang disesatkan di padang pasir Sinai selama 40 tahun. Allah menjanjikan kemenangan pada bani Israel tetapi mereka tetap enggan berperang. Mala'ikat maut datang menyeru maut kepada Musa dalam bentuk manusia tetapi ditampar oleh Nabi Musa as. Musa tidak menyedari itu adalah mala'ikat maut. Mala'ikat maut kembali melaporkan pada Allah dan malaikat maut diperintah kembali oleh Allah supaya bertanyakan pada Musa berapa lama lagi baginda Musa mahu hidup. Akhirnya, Musa wafat dan kubur Musa tidak jauh dari Baitulmaqdiz. Kuburnya di kawasan tanah kemerah-merahan sempadan Jericho tepi jalan utama menuju ke Juruselem. SAHIH AT TIRMIZI menurut sabda Rasululllah s.a.w

3 Nabi yang Allah tahan matahari akibat doa mereka---Nabi Yusyaq, Musa dan Nabi Muhammad s.a.w. 

Tuesday, March 11, 2014

Ijtihad Kiblat

Pengajian Masjid Abdullah Fahim 11-3-2015 syarah Ustaz Shamsuri 

Sahih Abu Daud, Omar Al-Khattab ra tidak dapat melupakan kata-kata Nabi s.a.w. yang meminta beliau mendoakan untuk baginda ketika Omar hendak pergi menunaikan um

Hadis Hasan Abu Daud dari Abi Umamah ra sabda Nabi s.a.w. Pahala berwuduk dengan niat untuk keluar solat sunat Dhuha dan kemudian solat Dhuha seperti pahala menunaikan umrah. Pahala sudah ditulis bagi yang berniat untuk menunaikan solat.

Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. solat fardu 5 kali sehari akan memadamkan dosa seharian.

Sahih Bukhari dari A'isyah r anha. Ya Rasulullah s.a.w. . Jawab Rasulullah s,a.w. Allah juga suka akan kamu.

Bahrul Mazi jilid 21 Hukum berijtihad arah kiblat dengan beberapa tanda 

Al-Baqarah 180 wajib menulis wasiat ketika hampir maut kepada ibu bapa atau kaum kerabat
Hadis Rasulullah s.,a.w. Tidak boleh menulis wasiat kepada waris kerana waris sudah berhak mendapat pusaka.
Jumhur ulama memansuhkan Quran dengan Hadis Rasulullah s.a.w. 

Imam Syafi'e berpegang pada ayat 106 Al-Baqarah Pasti Kami bawa ayat lain untuk menggantikan ayat Quran yang Kami mansuhkan.


Tuesday, March 4, 2014

Sibuk tajwid, lupa suruhan Quran

Muqaddimah
Sahih Al-Muwattaq Imam Malek, Abdullah b Mas’Ud ra. Umat akhir zaman sibuk memelihara tajwid, taranum dan huruf Quran.Dalam masa yang sama mensia-siakan suruhan dalam Quran. Banyak persoalan di dalam kepala, amat sedikit yang betul-betul alim yang dapat menjawab persoalan tersebut.  Zaman itu, kutbah panjang berjela manakala solatnya pendek sekali. Berbeza pada zaman kami, para sahabat. Kutbah ringkas tetapi melekat di kepala. Orang pada zaman itu mendahului nafsu dari amalan.

Sahih Imam Ahmad, Abdillah b Amru b Al-Az ra sabda Nabi saw. Akhir zaman, Allah mematikan orang-orang baik dan yang tinggal hanya yang tidak amanah. Ummah akan berbeza pendapat dan sering bertelagah. Mereka longgar pegangan Hadisku tidak tahu mana benar mana batil.

Sahih Abu Daud sabda Nabi saw. Akhir zaman, tinggalkan kenyataan yang dirasakan ada sesuatu tidak kena dengan Quran hadis dan jangan terima bukan hak kita.

Bahrulmadzi jilid 16 Masjid Sultanah Bahiyah 4-3-14
Hasan Sahih At Tirmizi Abi Baqrah ra. Seorang sahabat melaporkan mimpi sebuah penimbang gergasi turun dari langit dihadapan Rasulullah s.a.w dan ramai para sahabat. Timbangan iman Nabi saw lebih berat berbanding Abu Bakar As-Siddiq, timbangan Abu Bakar melebihi berbanding Omar dan Omar melebihi Osman sebelum tiba-tiba timbangan tersebut kembali ke langit.

Hadis status Grahib At Tirmizi. A’isyah ra, sabda Nabi s.a.w pada Khadijah r ha bahawa baginda pernah bermimpi allahyarham Waraqah b Nawfal berpakain putih. Sabda Nabi saw. Mimpi allahyarham berpakaian putih tandanya ahli syurga.

Monday, March 3, 2014

AnNahl 43-50 RASUL/HADIS PETUNJUK QURAN

Muqaddimah Sahih Imam Ahmad, Anaz b Malek ra. NABI S.A.W pernah BERGURAU cuit pinggang Zahid ra sambil bersabda “siapa nak beli hamba ini” Jawab Zahir, “saya tiada harga lagi tidak laku ya Rasulullah saw.” Balas Nabi saw.”Tidak, kamu mahal disisi Allah.”
Sahih An Nasa’e sabda Nabi saw. Allah berfirman, Aku TAKDIRkan seorang hambaKu sebagai pengembala kambing miskin tetapi dia tetap jaga solat dan taat segala perintahKu, Aku jamin Aku hapuskan segala dosa-dosanya dan dia bakal masuk ke syurgaKu.
Julaibib ra tidak disukai masyarakat kerana rupanya tidak kacak. Selepas peperangan, seluruh jenazah dilaporkan pada Rasulullah saw kecuali Julaibib. Sabda Nabi saw, carikan jenazah Julaibib yang tertimbus oleh mayat musuh kerana beliau berjaya bunuh 6 orang musuh.

AN-NAHL 16:43-50 Pengajian kitab Tafsir Nurul Ihsan jilid 2 Masjid Simpang 4, 3-3-14
43-44) Rasul/Hadis baginda adalah petunjuk Quran:-
Huraian: Rasul dilantik dikalangan manusia bukan mala’ikat dan mesti lelaki bukan perempuan. Para ingkar Nabi saw/Hadis Nabi saw berkata,” kenapa nabi dipilih dikalangan manusia? Kenapa nabi tidak dipilih dikalangan malaikat. Allah berfirman “sekiranya nabi dikalangan malaikat, mereka akan persoal” “bagaimana kami nak ikut sedangkan malaikat tidak makan tidak tidur tidak ke tandas.” Kesimpulannya mereka memilih untuk ingkar.
Golongan antihadis sesat berkata Quran dah lengkap kenapa perlu hadis tetapi firman Allah “Quran lengkap dari segi umum manakala petunjuk hadis itu penerangan bagi Quran sebagai tatacara muslim. Puak AntiHadis pertikai “Kenapa syirikkan Allah dengan 2 kalimah syahadah? Cukup sekadar la ila ha illallah. Hakikatnya, memuliakan Nabi saw itu arahan Allah kerana malaikat dan Allah sepanjang masa berselawat memuliakan Nabi Muhammad saw.
45) Banggakah manusia mengingkari Allah dengan merasakan tiada tindakan dikenakan ke atas mereka sedangkan Qarun terkaya dunia, Kami tenggelamkannya ditelan bumi.
46) Allah boleh binasakan secara bencana mengejut dan tiada siapa dapat halang.
47) Atau secara wabak sedikit demi sedikit menunjukkan Allah Maha Mengasihani memberi kesempatan agar bertaubat.
48) Tidakkah manusia melihat bukti bayang yang sentiasa sujud pada Allah atas kehendak Allah.

49-50) Terdapat makhluk langit dan bumi termasuk mala’ikat sujud takut pada Allah.

Monday, February 3, 2014

ISLAM "Quran Hadis"

"Aku anugerahkan 2 petunjuk dikalangan kamu iaitu kitabKu, Quran dan sunnah RasulKu, Hadis. Berpegang teguhlah 2 panduan ini nescaya kamu tidak akan sesat." pesanan dari ALLAH

Sunday, January 12, 2014

MAHU SYURGA MAKA IKUTLAH HADIS RASULULLAH SAW

Pengajian tafsir Quran menurut Hadis surah AtTaubah 2003 syarah Dato' Shamsuri 

TAAT PEMERINTAH

26 Mac 03 Sahih AtTirmizi & Abu Daud Al-Irbaq b Sariyah ra, Pesan Nabi saw. Takutlah pada Allah, taat pemerintah selagi mana pemerintah tersebut taat perintah Allah dan Rasul. Sekiranya banyak perselisihan pendapat, rujuk Quran dan Hadisku termasuk Khulafa Ar-Rasyidin. Bid'ah atau rekaan dalam ibadah khusus itu sesat.   


SENGAJA BANTAH HADISKU TIDAK MASUK SYURGA

Sahih Bukhari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Setiap umatku akan masuk syurga kecuali yang sengaja bantah hadisku. 


JANGAN LEPAK DI JALANAN 

23 April 03 Sahih Muttafakuhn Alaigh Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw. Jangan liar pandangan mata dan jangan berkata apabila terpaksa melepak di jalanan dan kalau boleh jangan lepak di jalanan. 


BENCANA ALAM & JENAYAH & DOA TIDAK MAKBUL

Sahih AtTirmizi Huzaifah Al-Yaman ra @penyimpan rahsia Rasulullah saw. Demi Allah yang nyawaku di tanganNya, sekiranya kamu meninggalkan menyuruh orang buat kebaikan dan melarang kemungkaran, bala Allah turun kena semuanya. Doa penduduknya tidak akan makbul akibat perbuatan kemungkaran di tempatnya. 

PEMERINTAH BUAT LARANGAN ALLAH

Sahih Muslim Hindon bt Umaiyah r ha sabda Nabi saw. Akhir zaman akan datang pemerintah yang buat suruhan Allah dan juga buat larangan Allah. Maka tolaklah kemungkaran dengan hati, memadai melepaskan diri dengan seksaan Allah. Sekiranya bercakap maka dia selamat di akhirat. Tetapi sekiranya redha, maka nantikan seksa Allah. Tidak boleh menentang melawan berperang bunuh mereka selagi mana mereka mendirikan solat. 

Wednesday, January 8, 2014

ADAM as EQUALITY IN ISLAM

Sahih Muslim Anaz b Malek ra sabda Nabi saw. Manusia berhenti mengejar dunia setelah dijemput ajal. 
Sahih Ibnu Majah Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Umur umatku 60-70. Sangat sedikit melepasi 70. 
Sahih Muslim Jabir ra sabda Nabi saw. Manusia dibangkitkan di akhirat berdasarkan saat akhir kematiannya. HR AtTirmizi Ibni Omar ra sabda Nabi saw. Mati di Madinah akan tentu dapat syafaatku. 

Bahrulmazi jilid 21 tafsir Al-Baqarah ayat 30 menurut Syeikh Idris Al-Marbawi (gabungan pelbagai riwayat) syarah oleh Dato' Shamsuri Hj Ahmad pada kuliah pengajian bertarikh 8-1-14

Mala'ikat Jibril diperintahkan Allah untuk mengutip tanah dari bumi tetapi bumi enggan bekerjasama memberikan tanah. Kini, Mikail pula diperintahkan oleh Allah dengan tujuan yang sama tetapi juga menerima nasib yang sama. Akhir sekali, Izrail diperintahkan Allah bagi memikul tugas tersebut dengan ucaptamanya pada bumi berbunyi, "hamba mesti laksanakan tugas dan berlindung dari murka Allah". Akhirnya bumi akur. Izrail menggauli tanah dengan pelbagai jenis 7 lapisan tanah liat yang diperam dengan campuran air masin, tawar dan busuk. Sebuku tanah liat Nabi Muhammad saw dan sebuku tanah liat Adam as dicampur untuk ditempa di pintu syurga selama 40 tahun. walla hu alam. 

Iblis ketika itu sebelum menjadi iblis meresap ke tubuh anatomi Adam untuk melihat-lihat struktur saraf dan rongga-rongga yang belum lagi ditiupkan roh. 

Roh dimasukkan secara dipaksa menerusi ubun-ubun kepala turun pada mata. Kemudian turun ke hidung lalu bersin dan turun ke lidah lalu ucapan kalimah, "Alhamdulirabbil alamin." Bila roh sampai ke lutut, tubuh manusia pertama cuba bangun tetapi tidak mampu buat kali pertama sebagai tanda manusia sememangnya bersifat terburu nafsu dan gopoh. 

7 pintu atas bermula 2 telinga, 2 mata, 2 lubang hidung dan 1 mulut.
2 pintu bawah iaitu Kubul dan Dubur untuk hampas makanan dan minuman. 
Dijadikan akal di otaknya untuk berfikir, hati untuk perasaan dan nafsu syahwat di pinggangnya. 
Dijadikan sifat marah di hatinya dan sifat gemar di paru-parunya. 
DIjadikan sifat tertawa, pura-pura dan sukacita pada wajahnya. 

Maha suci Allah memberi dengar dengan tulang, lihat dengan lemak, tutur dengan daging, tahu dengan darah, cacaknya syahwat dan pendinding syahwat itu ialah sifat malu. Tinggi Nabi Adam as atau manusia pertama ialah 60 hasta.