Nota Cinta

Tuesday, February 20, 2007

Bila Bersin



20-02-07 Sahih Bukhari Muslim, Sahih Muslim dari Abi Musa ra, Sahih Muttafakun Alai dari Anaz bin Malek ra. Sebut Alhamdulillah dan yang mendengar sebut Yarhamukallah

Sahih Bukhari. Pembersin sebut Yahdikumullah bila pendengar sebut Yarhamukallah

Sahih AtTirmizi dan Abu Daud dari Abu Hurairah ra. Perlahankan suara dan tutup mulut.

Tuesday, February 6, 2007

Fitnah 2007

 Muqaddimah Ustaz Shamsuri "SABDA RASULULLAH SAW"

6-2-7 Sahih Muttafakun Alai Ibu Abbas ra, Hanya 70'000 terpilih dari umatku yang tidak pernah khurafat dan sentiasa tawakkal pada Allah akan masuk syurga tanpa hisab. Sahabat bernama Ukhasyah ra telah mengisi 1 tempat maka kini tinggal baki 69,999 dinasihatkan Rasulullah saw supaya umatnya berlumba berusaha merebut tempat tersebut.

TAWAQQAL Sahih Bukhari dari Ibnu Abbas. Hazbunallah walniqmal wakil disebut 2 rasul iaitu. Nabi Ibrahim as menyebut "cukup bagiku Allah menjagaku" ketika dibakar oleh Namrud. Nabi Muhammad saw ketika dikepung musuh menyebut "cukup Allah menjagaku". (muqaddimah DatoShamsuri Ahmad.) 

6-3-7 Sahih Buklhari. Di hari kewafatan Rasulullah saw. Abu Bakar ra terus memecut kudanya ke teratak Nabi saw apabila mendengar khabar tersebut. Setelah menenangkan A'isyah, Abu Bakar kucup wajah Rasulullah saw sambil berkata, "aku rela kehilangan ibubapaku dari kehilangan kamu wahai Rasulullah saw" Di luar rumah, kelihatan Omar Al-Khattab ra tengah berpidato di khalayak seolah-olah tidak dapat menerima hakikat kefawatan Nabi saw. Abu Bakar keluar cuba mententeramkan keadaan tetapi tidak diendahkan Omar. Akhirnya, Abu Bakar bertasyahud, serentak dengan itu, semua para sahabat beralih pada Abu Bakar meninggalkan Omar. Ucapan Abu Bakar As Siddiq ra. "Hari ini Muhammad telah mati tetapi Allah tidak mati sampai bila-bila." 

3-4-7 Sahih Al-Muwattaq Imam Malek dari Abi Idris Al-Qhaulani. Muaz bin Jabbal ra merupakan pemuda yang manis sentiasa tersenyum. Beliau sentiasa dikelilingi ramai kerana menjadi pusat rujukan agama. Isi kutbahnya seminggu menjadi perbualan. Zaman Rasulullah saw dan para sahabat, masjid merupakan Universiti ILMU dan pusat riadah. Dari Muaz bin Jabbal ra. Hadis Qudsi, wajib Allah sayang pada seseorang yang sayangkan sesuatu kerana Allah.

1-5-7 Sahih Muslim Abi Hurairah ra, ROH beriman yang ketika di dunia mengamalkan Quran dan Hadis akan disambut malaikat untuk dibawa ke hadrat Allah dengan wanginya seharum kasturi. Penduduk langit yang terdiri dari para malaikat berdoa, "semoga Allah limpahkan rahmat kepada jasad yang penduduk bumi ini duduk sebelum ini." Allah berfirman, "bawakan roh ini ke tempat yang baik sehingga tiba hari kiamat."
Sekiranya roh yang bantah, kafir, ingkar, ketika di dunia tidak pedulikan halal haram. Penduduk langit yang terdiri dari para malaikat berkata. "Roh busuk ini roh keji" Allah berfirman, "kurungkan dia dalam penjara sehingga hari kiamat."

Surah An'Am ayat 93. Orang yang zalim diri iaitu akal waras senang di dunia tetapi memilih jalan sesat. Alangkah dasyatnya ketika sakaratul maut atau mabuk hendak mati atau ketika hendak terbit nyawa dari jasad. Malaikat hentam belakang badannya sambil berkata, "kamu akan dibalas dengan penuh penghinaan nanti." orang takabur ini berkata benda salah ketika atas dunia, "orang Islam ni mundur sebab banyak sangat pantang larang"  
AtTaubah Kami azab orang jahat ini 2 kali iaitu diazab ketika mati dan selepas mati di bumi. AdDhukan 47-50 Malaikat heret dia ke neraka sambil berkata, "kamu ketika di dunia dulu rasa mulia sangat dengan kedudukan pangkat kemewahan harta. Hari ini rasakan, ini adalah balasannya akibat ragu-ragu hukum Quran Hadis."

3-7-7 Sahih Muslim dari Ibnu Abbas ra. Rasulullah saw yang ketika sedang solat menjadi imam tiba-tiba baginda menarik menolakku dari berdiri makmum sebelah kiri ke sebelah kanan.

7-8-7 Sahih Muttafakun Alai dari Abi Mas'Ud ra. AtTaubah 79 Yang menghina, memandang lekeh, kondem, caci, cela orang yang cuba buat kebaikan sekadar termampu. Maka dia dihina dicela Allah dan bagi mereka azab pedih di akhirat. 

Sahih Muslim HITUNG DIRI Syaddad ra sabda Nabi saw. yang bijak ialah yang sentiasa menghitung kebaikan dan dosa dirinya. Orang lemah ialah memberi peluang pada nafsunya. Yang paling teruk ialah angan-angan ahli syurga tetapi dia tidak berusaha ke arah itu.

Sahih Muslim Amalan belum tentu menyelamatkan diri di neraka kecuali yang ikhlas. Aku diselamatkan Allah oleh kerana rahmatNya dan dengan kelebihan yang dikurniakan olehNya.

4-9-7 Sahih Muttafakun Alai Bukhari Muslim Said b Zubair b Nufail salah seorang dr 10 dijamin syurga telah dituduh menipu tanah. Beliau telah berdoa agar penuduh dihukum oleh Allah. Dari Said b Zaid sabda Rasulullah saw, penipu tanah walaupun sejengkal akan menanggung 7 lapis bumi di akhirat. Setelah beberapa lama kemudian, penuduh yang menuduh Said menjadi buta sengsara.

6-11-07 Firman Allah ayat 153 surah Al-An'Am, hanya Islam satu-satunya jalanKu yang lurus. 
Ta'Ha Kami turunkan Quran sebagai peringatan buat manusia. 

Sahih Bukhari Muslim, seorang lelaki menuntut HUTANG pada Rasulullah saw dengan cara kasar di hadapan para sahabat. Nabi saw menahan para sahabat dari bertindak sambil bersabda, "dia berhak untuk bercakap kasar kerana aku berhutang dengannya." Salah seorang sahabat secara sukarela melangsaikan hutang baginda dan meminta pemiutang itu segera beredar.

Sahih Muslim dari Abi Mas'Ud ra sabda Nabi saw. Seorang manusia umat terdahulu lalai solatnya tetapi dia suka menolong orang lain yang dalam kemiskinan. Dia akhirnya dilepaskan Allah dari api neraka.

Pengajian bahrulmazi jilid 15 bab fitnah syarah Ustaz Shamsuri

6-2-7 ms24 Sahih At Tirmizi dari Abu Bakar As Siddiq ra, JANGAN SALAH FAHAM AYAT QURAN akan jaga ibadah diri saja tanpa pedulikan masyarakat sekitar akan selamat dari neraka, maksiat terang-terangan wajib ditegur dan tidak boleh dibenarkan berleluasa. Sekiranya tidak menegur mungkar, bala Allah akan kena semuanya termasuk golongan soleh. Golongan yang paling bertanggungjawab untuk menegur ialah para Ulama. 

6-3-7 HR AtTirmizi. Rasulullah saw menyebut ketika baginda sedang nazak menunggu kewafatannya. La ila ha illallah, Allahu akbar, La ila ha illallah huwahdahu la syarikalah, Lahulmulku walahulhamdu wahuwa ala kullisyai'in qadir. Lahaw lawala kuwata illa billah. Allah menjawab setiap lafaz hambaNya tersebut.

3-4-7 Gharib AtTirmizi. Umi Salamah ra sabda Nabi saw. Muslimin yang dipaksa dan terpaksa memerangi sesama muslim akan dibangkitkan berdasarkan niat.
huraian us shamsuri:
Sekiranya orang Islam tiada ambil bahagian untuk memajukan umat, kita ambil bahagian walaupun sedikit pun cukup. Kalau tak ambil bahagian langsung, ini memang tak terpakai dan yang paling tak terpakai ialah yang asyik komplen. Kita sumbang derma untuk tabung masjid itu adalah untuk kita.

Orang hari ini kalau di kerajaan dia asyik nampak tangga gred 54 Jusa C Jusa B, dia tak tahu sekiranya dia tidak memenuhi amanah itu, dia akan menjawab depan Allah nanti. Kalu dia memenuhi, Alhamdulillah.

1-5-7 CARA TEGUR CEGAH MUNGKAR Firman Allah (Ali-Imran 3:159), wahai Muhammad, sekiranya kamu jenis tegur orang cara keras, maka lari orang sekeliling. Tegur tegas tetapi bukan cara mengaibkan. Tegur tetapi cara lembut.

GUNA AMANAH Ahli parlimen non muslim menentang mana boleh polis wanita bukan Islam pakai tudung, tetapi jawab ketua polis negara pada masa itu Tan Sri Mohd. Bakri Hj. Omar "itu uniform polis wanita" orang-org macam ni mati esok, masya'Allah, penduduk langit mengatakan ini roh penghuni bumi iaitu orang yang baik-baik.

Imam Abu Hanifa (mazhab hanafi) disebat sehari 10 rotan di penjara. Jawab Imam Abu hanifa pada ibunya yang sedang memujuk. "rotan ini sakitnya tidak seperti dirotan di neraka." Imam Abu Hanifa diracun khalifah masa itu akhirnya beliau mati ketika mencari tempat sujud.

Imam Malik (mazhab maliki) dihukum seksa kerana pendapatnya yang menurut nas dalil Rasulullah saw berbeza dengan pendapat khalifah. Imam Malik dirotan dan diarak di kota Madinah. Ketika mayatnya dimandikan, darah tidak berhenti keluar. Nampak macam dia tewas tetapi dia menang disisi Allah. Masyarakat Madinah tabik 2 tangan kepada lidah ulama sebegini.

3-7-7 ms 35 Hududullah / Berdiri atas Sempadan Allah.

Nuqman ibni Basyir. sabda Nabi saw. Hidup bermasyarakat ibarat hidup dalam sebuah kapal. Tidak mempedulikan dengan tidak saling menasihati disamping tiada bertolak ansur akan menyebabkan kapal tersebut karam. Bala atau ujian Allah turun menghancurkan masyarakat. Maka, mestilah benarkan penduduk dek bawah mengambil air di dek atas supaya kapal tidak karam akibat digerudi penduduk dek bawah kapal.
huraian us shamsuri:
Hari ni bukan saja di M'sia, bukan saja anak melayu, anak cina anak india juga rosak bahkan satu dunia keruntuhan akhlak kemusnahan nilai budi pada anak muda. Kita asyik cakap pasal Islam tapi isteri tak pakai tudung.

Jihad yang utama ialah cakap benar depan pemerintah yang berpotensi buat zalim padanya.

7-8-07  Hasan Sahih AtTirmizi dari Abu Hurairah ra. 2 doa Rasulullah saw untuk umatnya akhir zaman dimakbulkan Allah iaitu tidak akan tenggelam dunia seperti zaman Nabi Nuh as dan tidak akan kemarau seperti zaman Nabi Yusof as. Hanya 1 doa Rasulullah saw tidak dimakbulkan Allah yang Maha Mengetahui iaitu pergaduhan perbalahan dan peperangan sesama muslim.

4-9-7  Hasan Gharib At Tirmizi Dari Ummu Malik r anha pesan Nabi saw. Jangan terlibat dan jauhilah diri sekiranya berlaku peperangan pertumpahan darah sesama saudara muslim. Sekiranya muslim berperang dengan kafir, wajib bersedia untuk panggilan jihad.

6-11-07 HR AtTirmizi Huzaifah Al Yaman ra sabda Nabi saw. AMANAH telah bermula semenjak manusia dilahirkan di dunia. Quran dan Hadis diturunkan bagi peringatan amanah. Amanah hilang diangkat ke langit dengan cara manusia tidak percaya penuh pada manusia lain kerana masing-masing berkhianat dan bertipu-tipu. Sehingga akhir zaman nanti akan wujud, harapkan pagar, pagar makan padi, haruan makan anak dan sebagainya. 

Huraian:
"Seorang datang mengadu, ustaz macamana ni? saya beli 5 lot tanah dia bagi 2 saja. Dia kata, Aku tak tau, Aku tak tau, semua dua, semua dua, pi balik pi balik aku pening kepala ni. Jangan macamtu. saya bercerai nyawa cai duit nak beli 5 lot tiba-tiba dapat 2. Saya tak buat la hitam putih sebab dia Haji. Sebab itu. Tujuan hitam putih seperti disuruh Quran Al-Baqarah 282 kerana mengelakkan masalah di kemudian hari."

Dari Ibnu Omar r anhuma bapanya Omar Al-Khattab menggunakan lilin lain dengan memadamkan lilin milik kerajaan untuk perbincangan keluarga kerana takut diseksa di akhirat.

Sahih muslim, Satu hari, musuh menghunus pedang pada Nabi saw sambil berkata, "siapa yang boleh menyelamatkan kamu." kalimah sebutan lembut "Allah" membuat musuh tersentak terkejut lalu terlepas pedang yang diletak pada leher baginda.

Kata Nabi saw. Tenang itu dari Allah dan kelam-kabut itu dari syaitan.
Ketika dikepong musuh di gua Hira' sabda rasulullah saw pada Abu bakar As Siddiq. Tenang kerana Sesungguhnya Allah bersama kita.










Monday, February 5, 2007

Zuhud 2007

Muqaddimah Ustaz Shamsuri sabda Rasulullah saw.

5-2-7 Sahih muslim Nabi saw memohon pada Allah supaya Abu Talhah diberi keberkatan selepas  kematian anak beliau. Selepas Talhah bersama isterinya, mereka dikurniakan seorang anak lelaki. Anak lelaki tersebut kemudian dikurniakan 9 cahayamata yang kemudiannya menjadi penghafaz Quran dan tokoh dakwah yang hebat. 

5-3-7 Sahih At Tirmizi dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. BELI SALAM apabila pulang ke rumah kerana ia berkat ke atas isi keluarga. 

2-4-7  DOA NAIK KENDERAAN dalam musafir Hadis riwayat Imam Abu Daud dan AtTirmizi dari Ali bin Rabi'ah kata Saidina Ali Karamulla huwajha sabda Rasulullah saw.
Budayakan naik kereta bersama anak isteri sambil membaca Bizmillahirohmanirrahim, Subhanallazi Sakhralana haza, Wama kunnalahu mukhrinin, Wa inna illa robbina lamun kholibun. 
Alhamdulillah 3x Allahu'akhbar 3x
Maha suci Tuhan yang menundukkan kenderaan ini yang mana kenderaan ini kita tak boleh tundukkannya melainkan pertolongan Allah, Sesungguhnya kepada Tuhan kami, kami kembali.
Selepas baca, maka senyum dan dongak ke langit kerana Allah kagum akan hambaNya yang meminta pertolongan dariNya.

7-5-7 Sahih Muttafakun Alai Tasbih Tahmid Takbir 33x, jadi kaya lebih beruntung kerana kelebihan ikhlas bersedekah dengan jumlah kuantiti besar.

6-8-7 Fathiir 37 Tidakkah Aku berikan umur cukup semasa di dunia. Telah datang peringatan uban di rambut. Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra. Allah terima alasan keuzuran tetapi umur 60 tiada alasan kepada Allah untuk tidak menjadi hamba Allah.

TAFSIRAN & MAKSUD AYAT QURAN Muqaddimah Us Shamsuri 6-8-7 Fathiir 37 Tidakkah Aku beri umur yang cukup, mustahil kamu masih tidak memahami Islam. Telah datang peringatan uban di rambut. Surah AnNasr (Apabila datang pertolongan Allah, maka Islam menang. Ramai manusia memeluk Islam, maka bila Islam sudah kuat, maka berstasbihlah memuji Allah dan minta ampunlah pada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat.) Sahih Bukhari dari Ibnu Abbas ra. Seluruh ahli mesyuarat Syura veteran tidak puas hati dengan lantikan pegawai muda Ibnu Abbas. Khalifah Omar menjawab "kamu semua takkan tidak kenal Ibnu Abbas." Omar membacakan surah AnNasr dan minta ahli veteran tafsirkan dari maksud ayat yang disebutkan. Setelah ahli semyuarat memberitahu, Omar minta Ibnu Abbas mentafsirkannya. Kata Ibnu Abbas. "Bukan begitu tafsiran dari maksud ayat tersebut, Maksud tafsir AnNasr sabda Rasulullah saw ialah ajal sudah dekat." Jawab Saidina Omar Al-Khattab ra, "aku juga faham tafsiran ayat itu sepertimu wahai Ibnu Abbas." Akhirnya mereka akur dengan lantikan dari Saidina Omar.

3-9-7 HR AtTirmizi Pesan Rasulullah saw pada Muaz bin Jabal, syarat masuk syurga ialah sembah Allah jangan syirik Allah, jangan tinggal solat 5 waktu,  puasa bulan Ramadhan, Zakat sekiranya cukup infak dan Haji sekiranya mampu. 3 pintu kebaikan solat sunat tengah malam itu ketenangan, puasa itu cegah buat jahat dan sedekah itu melenyapkan dosa. Kemuncak ialah jihad jalan Islam. Segalanya ini dikawal oleh lidah maka kawal lidah.

Bahrulmazi jilid 16

5-02-07 ms176 BURUK SANGKA TUHAN jangan sesekali ingat "Kenapa Tuhan timpakan bala pada aku / Tuhan tak tolong aku bila sedang dilanda ujian / Kenapa Tuhan tidak berikan apa yang aku minta / Betulke Tuhan nak tolong aku / Kenapa Tuhan pilih aku untuk diturunkan bala ujian. Mesti percaya Tuhan 100% Tuhan mesti tolong" Menurut Syeikh Idris Al-Marbawi dengan dalil nas yang dikeluarkan oleh Imam Abu Isa At Tirmizi dengan isnad yang hasan lagi sahih dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. HADIS QUDSI, Kalau hambaKu yakin, maka Aku tolong, Kalau tidak yakin, maka Aku tidak tolong. 

Hasan Sahih AtTirmizi dari Samurah bin Sam'an sabda Nabi saw. sekiranya ada WAS-WAS dalam hati, lebih baik jangan.  
Hadis Qudsi, Allah kurniakan mimbar singgahsana syurga kepada mereka yang ketika hidup di dunia membuang prasangka untuk menyayangi saudara sesama Islam sehingga para nabi dan para syuhada kagum akan dirinya. 
Hasan Sahih At Tirmizi. MAHABBAH atau tiada prasangka dengan berkasih sayang sesama muslim. 

5-03-07 Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw. 7 golongan mendapat teduh di mahsyar. 
  1. Pemimpin yang tegakkan hukum Allah.
  2. Dari kecil hingga akhir hayat istiqamah Ibadah.
  3. Hatinya sentiasa mengingati tempat sujud.
  4. Berkawan, berkasih, bercinta kerana Allah. 
  5. Mengalirkan air mata mengingati Allah ketika berseorangan. 
  6. Lelaki yang menolak pelawaan zina dengan wanita cantik dan kaya. 
  7. Sedekah yang disembunyikan.   
2-04-07 ms 185 Hasan Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw menyuruh genggam tanah dan lemparkan dihadapan  ORANG MEMUJI BERLEBIHAN tersebut sambil menyatakan manusia dijadikan dari tanah. Puji melampau itu seperti menyembelih leher kerana boleh merosakkan mereka yang dipuji.

Pujian tidak akan menggugat dan merosakkan para sahabat yang kental seperti Abu bakar dan Omar:
Sabda Rasulullah saw. "Sekiranya Allah timbang amal Abu Bakar dengan amal seluruh dunia, lebih berat lagi amal Abu bakar As Siddiq. Wahai Omar, Sekiranya aku tidak dilantik menjadi Nabi, tentu kamu akan menjadi Nabi untuk umat akhir zaman ini."

7-05-07 Hasan gharib AtTirmizi Anaz bin Malek ra, Allah bagi kesusahan pada hambaNya kerana Dia menyayangi hambaNya. Tidak mahu ditegur itu sejahat-jahat manusia.

Sahih Bukhari. Belalang emas jatuh atas badan Nabi Ayub as. Firman Allah pada Nabi Ayub as "wahai Ayub, kenapa tolak belalang emas sedangkan manusia cari emas." jawab Ayub "aku tidak mencari emas sebaliknya aku hanya cari keredaanMu dan keberkatan dariMu ya Allah. "

6-08-07 ms 196 Hasan Sahih At Tirmizi sabda Rasulullah saw.   
Aanaz bin Malek ra, SABAR REDHA dengan ujian sepasang mata yang dibutakan Allah akan dijanjikan syurga. Abu Hurairah ra, REDHA ketentuan Allah akan dijanjikan syurga. Jabir ra, MANUSIA SESAL DI AKHIRAT kerana tidak tambah kebaikan dan tidak tinggalkan kejahatan. Abu Hurairah ra, Seluruh manusia mesti menyesal di akhirat.

3-09-07  Hasan gharib At Tirmizi Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Akan datang akhir zaman, ada manusia yang GUNA AGAMA UNTUK MENIPU orang ramai mencari kekayaan dunia. Firman Allah "kamu tipu orang dengan agamaKu yang suci, ini golongan kurang sopan padaKu maka maka dengan kebesaranKu, Sekiranya bala ujian Aku turunkan padanya, maka tiada jalan keluar lagi."

SEBAB LIDAH BADAN NERAKA
Hasan AtTirmizi Uqbah bin Amir ra. Amal untuk selamat dunia akhirat ialah tahan dan jaga lidah, ruang rumah yang lapang dan luas dan hendaklah menangis mengenangkan kejahilan dosa lampau.
Hasan AtTirmizi Abi Said Al-Qudri ra. Setiap pagi anggota tubuh badan lain merayu pada lidah supaya kawal dari bercakap mengumpat, mengutuk, mengeji, cerca, maki, marah, fitnah dan segala perkataan tidak elok kerana anggota tubuh tersebut takut akan seksa neraka bahkan di dunia disebabkan lidah, badan merana.
Hasan Sahih AtTirmizi sabda Rasulullah saw. Siapa boleh beri jaminan jaga lidahnya dan kemaluannya, aku jamin syurga padanya.

Bahrulmazi jilid 16 Huraian ustaz Shamsuri 3-9-2007: Ketua Hakim Negara Tun Fairuz " Kita belum merdeka kerana 50 tahun Merdeka masih merujuk Common Law, saya cadangkan kita pinda kepada undang-undang yang sesuai dengan mengambil kira syariat Islam." Selang sehari, Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail pula berkata "Sudah sampai masanya undang-undang di Malaysia mengambil kira syariat Islam." Masya'Allah tuan-tuan, kita baca ni nak keluaq ayaq mata terharu kegembiraan.