HR Abu Daud sabda Nabi s.a.w. Ular besar berkepala botak
licin akan menelan manusia kedekut dengan lebihan rezekinya.
Sahih Muslim, sabda Nabi s.a.w. Ular gergasi akan menelan
manusia yang tidak bayar zakat.
14-4-14 Nurul Ehsan jilid 4 ms209
ayat 22 surah 67 Al-Mulk, Surau Tmn Kerian syarah Ustaz Shamsuri
67:22) Kenapa manusia memilih untuk tidak terima hidayah? ---Allah bertanya dalam QuranNya
67:23) Padahal Allah biakkan seluruh manusia bumi berasal
bermula kejadian dari Adam as dengan lengkap anggota tubuh badan tetapi
malangnya hanya sedikit yang bersyukur.
67:24) Dan kepada Allah seluruh manusia dari Adam sehingga
kiamat berhimpun di mahsyar.
67:25) Kafir mempersoal tarikh kiamat. Katakanlah wahai
Muhammad kepada yang bertanya itu, ia urusanKu.
Al-Israa', ayat 85.Yang bermaksud: Dan mereka bertanya
kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan
kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja"
67:26) Kafir cabar, datangkan azab sekiranya Islam ini
benar.
67:27) Allah tidak akan turunkan azab selagi Rasul
kesayanganNya bersama mereka. Apabila azab bala bencana Allah turun, maka itu
adalah kemurkaan Allah.
Hadis Qudsi. Firman Allah; Jika tidak kerana ada warga tua
yang rukuk solat, anak muda yang kusyuk beribadah, bayi yang menyusu susu ibu
dan binatang ternakan. Sudah lama Aku tukarkan langit menjadi besi agar menjadi
azab pada semua manusia di bumi oleh kerana sikap keingkaran manusia.
67:28) Bila tiba hari kiamat yang dicabar kafir, kafir akan
ketakutan pucat biru pada wajah mereka.
67:29) Tuhan yang muslim sembah ialah Allah tempat manusia
berserah nyawa. Bila tiba masa hari azab seksa, kafir akan tahu siapa benar
siapa salah!
No comments:
Post a Comment