Nota Cinta

Tuesday, May 27, 2014

Pembedahan dada Nabi s.a.w. & Bacaan bangun Rukuk

Ustaz Shamsuri - 27.5.2014 Masjid Padang Temusu  
Menurut Ulama besar Ibnul Harabi, pada zamanku terdapat seketul batu besar  yang tergantung tiada tiang dan tiada tali di tengah masjid baitulmaqdis. Arah puncak selatan, disitulah Nabi s.a.w. pijak batu tersebut untuk menaiki buraq sewaktu peristiwa Isra’ Mi’raj.

Sahih Muslim dari Anaz b Malek ra. Jibril melakukan pembedahan pertama untuk membersihkan darah kotor syaitan menggunakan air zam-zam ketika Nabi s.a.w masih kanak-kanak. Kali kedua semasa Isra’ Mi’raj dengan tambahan dimasukkan iman dan hiqmah.
Hadis-hadis Sahih ketika Rasulullah s.a.w. di Sidratul Muntaha, selepas menuruni langit ke-7 Nabi Ibrahim as dan tiba di langit ke-6, Nabi Musa as menasihati Rasulullah s.a.w agar mengurangkan solat 50 waktu kepada 1 waktu. Setelah Nabi Muhammad s.a.w. berulang alik bertemu Allah sehingga dikurangkan menjadi 5 waktu, akhirnya baginda memberitahu yang dirinya sangat malu kepada Allah.  

BM 2 Bab Bacaan Selepas Bangun Dari Rukuk,


HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra. Sabda Nabi s.a.w. Bangkit rukuk, “sami Allah huliman hamidah”. Makmum menyahut “robbana walaqalham/rabbana laqalham”. (Diterima Allah, bagi Allah segala puji memenuhi 7 petala langit dan memenuhi bumi. ) Sesiapa yang sama menyebut bersamaan mala’ikat maka diampunkan semua dosa kecil telah lalu. 

No comments:

Post a Comment