21-10-14 Masjid Bandar Darul Aman
BM14 ms 30 syarah Ust Shamsuri
ZIKRULLAH
Sahih Muslim Muawiyah Abu
Sufian ra. Sabda Nabi s.a.w. Majlis zikir adalah kebanggaan Allah dihadapan
mala’ikatNya.
Sahih Muslim Sabda Nabi
s.a.w. zikir subhanallah wabihamdih x100 setiap hari pagi petang akan mendapat
pengiktirafan Allah di hari kiamat.
Sahih Muslim Sabda Nabi
s.a.w. “La ila ha illallah huwahdahu la syarikalah lahulmulku walahulhamdu
wahua ala kullisyai in qadir x10.” Allah anugerahkan pahala memerdekakan 4
orang dari keturunan Nabi Ismail as.
HADIS BERKAITAN ANJING
Sebaik-baik petunjuk ialah Quran dan
perinciannya adalah hadis.
Sahih Muslim Abi Hurairah
ra, sabda Nabi s.a.w. memelihara anjing tujuan binatang kesayangan bukan tujuan
berburu akan ditolak pahala sebanyak dua kali ganda bukit Uhud.
Sahih Muslim Maimunah r
anha. Sabda Nabi s.a.w. Mala’ikat rahmat tidak masuk ke rumah yang dipelihara
anjing.
Sahih Muslim Jabir ra. Nabi
s.a.w. mengarahkan para sahabat membunuh anjing yang mempunyai 2 titik putih
kerana ia adalah jelmaan syaitan.
Anjing, binatang yang dijadikan Allah untuk kegunaan berburu |
Sahih Muslim sabda Nabi
s.a.w. Bekas jilatan anjing akan kembali bersih setelah 7 kali basuhan air
dengan pertama sekali basuhan air tanah.
Hasan Sahih AtTirmizi Abu
Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. dibuka pintu syurga setiap Isnin dan Khamis.
Setiap manusia akan dapat pengampunan dan masuk ke pintu syurga kecuali manusia
yang menduakan Allah dan tidak berdamai dalam pergaduhan.
No comments:
Post a Comment