Nota Cinta

Monday, October 16, 2023

Al-Jinn Iblis Syaitan dan Jin

Tafsir Nurul Ihsan jilid 4 ms 227 (Surah 72) Al-Jinn Maqiah 28 ayat. 72:01-72:07 Katakanlah wahai Muhammad, telah diwahyukan Allah kepada Nabi Muhammad saw, berlaku satu jemaah 8 makhluk jin dari negeri Nasibain mendengar bacaan Al-Quran surah Ar Rahman oleh Rasulullah saw yang ketika itu berusia 51 tahun dan tengah mengimamkan solat Subuh di satu kawasan Bathnu Nahlin kira-kira perjalanan 1 malam dari Mekah. (Tahun 11 Setahun sebelum Hijrah ke Madinah) Sahih Muslim daripada Amir ra melalui Al-Qomah merujuk Ibnu Mas'ud ra. Terdapat kesan terbakar di kawasan Rasulullah saw berdakwah dengan makhluk jin dan ketika malam kejadian sebelumnya, berlaku riuh rendah bunyi bising di kawasan tersebut yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. (jin anak jaan bukan syaitan) Surah Al-Kahfi 18:50, Ar-Rahman dan Al-Araf 7:14-7:15, jin dan mala'ikat asalnya 1 komuniti di syurga dan diperintahkan Allah untuk sujud(TUNDUK HORMAT)kepada Adam. iblis(makhluk kecewa putus asa) merupakan dari kalangan jin, derhaka Allah kerana SOMBONG Meninggi Diri Enggan Hormat(sujud kepada) Adam kerana Adam dijadikan dari tanah sedangkan jin dari percikan api. Syaitan pula adalah anak iblis. Mereka tidak mati sehingga tiupan sangkakala pertama berlainan dengan jin kerana jin akan mati setelah usia sangat tua ratusan atau ribuan tahun. Doa Rasulullah Nabi Muhammad saw usir jin di kawasan usang atau rumah yang lama tidak diduduki manusia. Assalamualaina wa ala ibadillah-his-sollehin (selamat ke atas kami dan ke atas hamba-hamba yang salihin) Manusia yang syirik(mendustakan Allah) seperti meminta pertolongan jin akan menambah kesombongan dan menjahatkan lagi makhluk tersebut. Betapa ramai manusia dan jin tidak percaya terhadap hari pembalasan.

Wednesday, October 11, 2023

Menyayangi Rasulullah saw Mestilah Melebihi Menyayangi Diri Sendiri

Dari Abdillah b Hisyam ketika para sahabat tengah duduk bersama Rasulullah saw. Tiba-tiba Nabi Muhammad saw memegang tangan Saidina Omar Al-Khattab ra dan Omar Al-Khattab ra terharu lalu bersuara, Demi Allah, Ya Rasulullah saw, aku sangat menyayangimu melebihi segalanya kecuali diriku, sabda Nabi saw, itu tidak benar. Ya Rasulullah saw, aku menyayangimu melebihi diriku, jawab Nabi saw. Itu yang benar. Sahih Bukhari. Anaz b Malek ra. sabda Rasulullah saw, kita akan bersama dengan orang yang kita sayang di akhirat. Pengajian kitab Bahrul Mazi jilid 21 ms157 (rumi ms190) syarah Dato'Shamsuri Hj.Ahmad. Sahih Ibnu Majah, hanya jasad para nabi tidak reput. Sahih Al-Bukhari, Sabda Rasulullah saw. Membaca Al-Quran dan Menghafaz diganjarkan gandaan 1 pahala tetapi Kesungguhan bagi mereka yang tidak tahu membaca tetapi berusaha itu digandakan 1 lagi pahala. Riwayat Ali b Abi Talib ra, sabda Nabi saw. Hafaz Al-Quran dan mematuhi halal haram akan masuk syurga. Riwayat Ibni Mas'ud ra, sabda Nabi saw, Firman Allah, Jangan kamu sangka mati syahid itu mati sedangkan mereka hidup disisi Allah, dikurniakan rezeki dan dimuliakan di dalam syurga. Sahih Imam At Tirmizi dari Ibni Abbas ra, sabda Nabi saw, batu Hajar Aswad di Mekah itu adalah permata dari syurga dan cahaya sinaran yang terpancar dari Timur ke Barat melalui batu tersebut telah dihilangkan oleh Allah.