Nota Cinta

Tuesday, January 22, 2002

CACI SESAMA MUSLIM tanda Orang Jahat & Haram Syurga kecuali berbaik semula

Bahrulmazi 14 Silaturahim kuliah pengajian Ust Shamsuri 22/1/02

Hadis AtTirmizi Dari Abi HurairahRA Sabda NabiSAW Memadai seorang itu jahat apabila dia menghina sesama muslim. Pintu syurga tertutup untuk dua orang yang saling membenci dan mengkhianati satu sama lain. Mereka ini tiada pengampunan kecuali mereka berbaik semula.



Monday, January 21, 2002

Taurat dan Nabi Allah Musa Alaihis Salam

UsShamsuri NurulIhsan Al-Baqarah 92-101 -21/1/02
Nabi Allah Musa telah dipanggil Allah bermunajat ke Bukit Tursina untuk menerima wahyu Taurat. Musa AsSamiri yang iri hati mengambil peluang tersebut menyesatkan pengikut Nabi Musa AS dengan membuat patung anak lembu emas sambil menyeru Bani Israel supaya menyembah patung tersebut dengan alasan tuhan telah menjelma dan muncul di depan mata kasar. Sekembalinya Nabi Musa, para pengikutnya telah berubah arah menyembah patung lembu emas. Maka seru Nabi Musa pada pengikutnya yang terpedaya itu supaya taat kepada Taurat tetapi ditolak oleh Bani Israel itu. Kemudian Allah mengarahkan malaikatNya mengangkat bukit Tursina bertujuan mengugut menghempas kepada mereka. Takut akan keadaan sedemikian, Bani Israel pun berjanji menurut akan perintah Allah. Setelah sekian lama hati Bani Israel kembali menyembah patung sebagai tuhan mereka seperti mempercayai bomoh yang boleh menyembuhkan penyakit dan menjumpai benda yang hilang. Sabda Nabi Musa AS sekiranya kamu betul beriman dengan Taurat sudah pasti kamu mempercayai kewujudan Nabi Muhammad SAW pada akhir zaman seperti diceritakan Taurat. Dan Bani Israel itu mengetahui tindakan mereka ke neraka tetapi mereka masih sengaja membantah Nabi MuhammadSAW seperti orang yang tahu bahaya rokok dan masih menurut nafsu ketagihan. Allah Maha Mengetahui hati Bani Israel walaupun mereka kelihatan seolah-olah taat pada Taurat sedangkan manusia itu tidak mengetahui akan hati manusia yang lain. Bani Israel atau yahudi menolak Malaikat Jibril kerana dikatakan membawa bencana tetapi mempercayai Malaikat Mikail sebagai pembawa rahmat. Allah memberi peringatan pada Bani Israel atau Yahudi dan seterusnya umat akhir zaman barangsiapa melawan salah satu isi kandung Al-Quran maka kafir akan ia.

Al-Baqarah 92-101

Pengajian kitab Nurul Ihsan ms 29 ayat 92-101 Al-Baqarah 21-01-02
QS 2:92 Sepeninggalan baginda Nabi Musa as ke bukit Tursina atas perintah Allah untuk wahyu taurat, Musa AsSamiri menempa patung lembu emas sehingga disembah oleh para pengikut Nabi Musa as yang terpedaya. 
93 Sekembalinya Nabi Musa as, Allah mengarahkan malaikatNya mengangkat bukit Tursina untuk menghempas kepala bani Israel. Bani Israel takut lalu akur perintah Allah tetapi di hati mereka telah sebati dengan sembahan berhala lembu emas. 
94 Sekiranya syurga hak Yahudi, kenapa masih takut pada mati? 
95 Sebenarnya, mereka takut ke neraka akibat menolak Nabi Muhamamd saw sebagai Nabi akhir zaman seperti tertulis dalam taurat.  
96 Sabda Nabi saw, antara tanda jahat manusia ialah seperti yahudi iaitu bersifat ego, keras hati, air mata susah mengalir, tamak harta dan banyak berangan-angan. 
97 Yahudi menolak Jibril dan menerima Mikail kerana mala'ikat Mikail pembawa rezeki tetapi Allah memberi amaran sesiapa memusuhi Jibril maka dia merupakan musuh Allah. 
98 Allah memberi peringatan pada Bani Israel atau Yahudi dan seterusnya umat akhir zaman barangsiapa melawan salah satu isi kandung Al-Quran maka jatuh kafir. 
99 Tidak percaya Quran itu fasik. 
100 Tolak Quran dan mengekali taurat itu salah di sisi Allah. 
101 Kafir menerima Muhammad sebagai manusia mulia pada awalnya tetapi apabila Muhammad dilantik menjadi Rasul pembawa fahaman baru melalui kitab Al-Quran, mereka menolak. 

Friday, January 18, 2002

Buraq RasulullahSAW melintasi jahanam

Kuliah pengajian kitab bahrulmadzi bab 18 topik neraka part 2 18/1/2 syarahan Ustaz Shamsuri. Sahih AtTirmizi dari Abdullah bin Mas'UdRA sabda NabiSAW neraka jahannam mempunyai 70,000 tali yang setiap satunya ditarik 70,000 malaikat. Sahih AtTirmizi dari AbuHurairahRA dan AbiSaidAlQudriRA sabda NabiSAW neraka boleh bertutur dan ia memberitahu akan mengazab 3 golongan iaitu yang pertama 1) Orang yang sombong lagi degil tak boleh dinasihati 2) Orang yang syirik atau menyembah Tuhan lain selain Allah. 3) Orang yang melukis potret atau menukang benda bernyawa.

Dari AbiHurairahRA Sabda NabiSAW Tahap kelajuan kenderaan Buraq atau Kuda Terbang Syurga mempunyai kepantasan satu langkah sejauh mata memandang. Diikuti Malaikat Jibrail Alaihis Salam yang terbang di belakangnya. Ketika sampai di satu lembah, kedengaran ngauman neraka Jahannam yang sentiasa meminta-minta pada Allah supaya memberi ahli untuk mengisi di dalamnya. Di dalamnya itu sudah bersedia azab cecair didihan hasil leburan besi panas. Dari khutbah Utbah bin RazuanRA sabda NabiSAW Kedalaman dasar neraka ialah batu besar yang dicampak ke dasarnya mengambil masa 70'000 tahun. Dari Abu Said AlQudriRA tafsir Quran oleh NabiSAW manusia yang menjadi penghuni neraka dipaksa menaiki api yang menjadi gunung dan apabila setiap kali menyentuh gunung itu maka akan hancur tangannya kemudian tangannya dielokkan kembali dan dipaksa lagi memanjat api setinggi gunung itu. 

Wednesday, January 16, 2002

Azab Kubur tidak jaga kencing dan sebar berita palsu

Azab kubur
kuliah syarahan ustaz Shamsuri kitab Bahrulmazi bab 17 tajuk kiamat 16/1/02 & Al-Mukminun 57-77 Nurul Ihsan 15/1/02

Muttafakkun Alai sabda NabiSAW ketika melintas di kawasan 2 kubur pada para sahabat "Mereka berdua sedang diazab seksaan dasyat ini mengganggap dosa mereka itu kecil tetapi besar di sisi Allah. Yang seorang ini membawa berita tidak benar melagakan orang dan baginya itu perkara kecil. Yang seorang lagi cuai menjaga kebersihan air kencingnya sehingga kekotoran najis itu dibawa bersolat."


TUDUHAN PALSU TERUS KE NERAKA

Sebab mulut badan di neraka
BM17 kiamat 16/1/02 usShamsuri.  FIRMAN ALLAH (Al-Qalam 68:10-11Dan janganlah engkau menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina. Yang suka mencaci, lagi suka menyebarkan fitnah hasutan  Hadis Sahih Muttafakun Alai (Sepakat Ulama Bukhari, Muslim, AtTirmizi, AbuDaud, Ibnu Majah dan AnNasa'i) Riwayat Huzaifah bin Yamman Ridhuanullahi alaihim Ajmain merangkap Penyimpan Rahsia RasulullahSAW sabda NabiSAW tidak akan masuk syurga orang yang membawa cerita tidak betul bertujuan melagakan masyarakat.


Telaga Kautsar & Hebatnya wajah RASULULLAH SAW

Sahih AtTirmizi Sabda NabiSAW-Golongan mendahului minum kolamku ialah fakir Muhajirin yang meninggalkan kekayaan mereka diikuti sekalian fakir miskin ketika kehidupan mereka di dunia. 

Khalifah Omar bin Abdul Aziz adalah tabi'e yang digelar Omar Al-Khattab ke 2 kerana perwatakan peribadinya mirip khulafa ArRashidin ke 3 itu. Beliau telah mengubah kehidupan senangnya setelah mendengar Hadis RasulullahSAW yang menceritakan orang yang mula-mula mendahului minum telaga Kautsar terdiri dari mereka yang susah ketika di dunia. Khalifah pemimpin besar ini hidup semata-mata keredhaan Allah dan hanya memakai sehelai pakaian seumur hidupnya. Apabila khalifah Omar Abdul Aziz meninggal dunia, rakyatnya meminta isterinya menyalin pakaian kerana terlalu sedih akan keadaan pemimpin besar kesayangan mereka. Begitulah riwayat pemimpin agung yang dijanjikan syurga Allah.  Pengajian Bahrulmadzi bab17 Kiamat UsShamsuri 16/1/02

Telaga RasulullahSAW - Dari Anaz bin Malek, Ibnu Omar, Abi Zar, Abd bin AmruAl-Az, Huzaifah bin Yamman, Abu Hurairah, Jabir bin Abdillah, Abu Said Al-Qudri dan puluhan sahabat periwayat-periwayat besar atau perawi-perawi hadis sahih yang lain.

KEHEBATAN WAJAH RASULULLAH SAW
AbuZar Al-Ghifari meninggal dunia langsung tidak mempunyai kain kafan. Sebelum memeluk Islam, dia merupakan samseng perompak jalanan yang dahagakan harta tetapi seluruh kejahatan pada hatinya runtuh apabila melihat wajah RasulullahSAW yang suatu hari lalu di situ.

Dari AbuZar sabda NabiSAW Telagaku seluas sebuah negara besar. Cantiknya cebuk telagaku yang banyak tidak terkira itu seperti gemerlapan bintang. Air kolamku itu sedap dan warnanya lebih putih dari susu. Barang siapa meminum seteguk airnya yang lebih manis dari madu itu akan hilang dahaga sampai bila-bila tiada batasan masa.

Tuesday, January 15, 2002

Al-Mukminun 57-77 Mukmin vs Kafir

Azab Allah amat pedih dan sengsara
Tafsir Al-Mukminum 57-77 kuliah UsShamsuri 15/01/02 AL-QURAN AYAT TUHAN/AYAT ALLAH
FIRMAN ALLAH - Orang tiada Iman itu takabur kerana tidak mahu menerima 100% ayat Al-Quran. Kafir itu ialah tidak mendapat pengajaran dari Quran.
  1. Orang beriman itu takut Tuhan, kafir tidak takut Allah. 
  2. Orang beriman taat setiap ayat Quran, Kafir ingkar Quran. 
  3. Orang beriman tidak syirik Allah, Kafir banyak Tuhan.
  4. Orang beriman berkebajikan kerana Rasul dan Allah manakala kafir berkebajikan mencari publisiti. 
Manusia mesti menurut Al-Quran. Al-Quran tidak boleh menurut nafsu manusia. Sekiranya Al-Quran menurut nafsu manusia maka malang bagi manusia itu kerana mereka pasti menerima azab seksa keras. Tiada sesiapa lagi mampu menolong walaupun menangis merayu pada Allah.

Al-Mukminun 57-77 TEGAH UPAH DAKWAH & CERITA AZAB KUBUR Kemajuan Islam

Syarah pengajian tafsir Quran kitab Nurul Ihsan bab 3 surah Al-Mukminun 57-77 UsShamsuri 15/1/02
FIRMAN ALLAH "Adakah Nabi Muhammad SAW itu mengenakan caj upah sehingga kamu tidak suka pada Islam? Ketahuilah Ganjaran Aku itu lebih baik dari ganjaran dunia ini" Bermula Aib Islam itu ialah meletakkan harga pada Ajaran Islam Al-Quran dan Hadis.

Cerita soal azab kubur bukanlah kemunduran malah ia merupakan kemajuan bagi Umat Islam kerana kesedaran kubur itu merupakan permulaan kehidupan sebenar dan setiap pekerjaan akan berlandaskan ketaatan perintahNya apabila manusia takut akan azab Allah.

AL-Mukminin 23:57-100

15-1-02 Al-Qalam ayat 18, jangan dengar pengumpat pencela dan kerja-kerja merosakkan masyarakat@mengadu domba. Sahih Muttafakun Alai sabda Nabi saw, tidak akan masuk syurga pembawa berita bertujuan melaga-lagakan orang yang tidak bersalah.

Hanya Islam jalanKu yang lurus, maka jangan selain Islam "Quran Hadis" nescaya kamu ke lembah kesesatan- Allah

19-2-02 Us Shamsuri 
Sahih Muslim Abu Hurairah ra sabda Nabi saw, demi Allah sekiranya semua manusia tidak buat dosa, Allah akan lenyapkan semua manusia di muka bumi dan adakan satu kaum yang buat dosa, yang kaum itu selepas buat dosa akan minta ampun pada Allah dan Allah akan ampunkan dosa mereka.
QS Ali Imran 3:135 Manusia apabila buat dosa menzalimi diri akan teringat dan akan minta ampun pada Allah, tiada kuasa lain boleh halang Allah ampunkan dosa mereka dengan syarat tidak mengulangi dosa yang mereka sedari.
Sahih Muslim Al-Arar Al-Muzzani ra sabda Nabi saw, hatiku diterangi cahaya kerana setiap hari, aku beristifar tidak kurang 100 kali.

23:1-56

Nurul Ihsan ms112 Surah 23 Al-Mukminun 
23:57-60 Orang beriman tidak buat laranganNya, mengamalkan Quran, tidak syirik dan menyerahkan lebihan rezeki dengan harapan diredhai Allah.
61 Mereka inilah mati dalam husnul hatimah dengan ungkapan wahai jiwa yang tenang.
62 Kitab amalan menulis setiap amal baik jahat walaupun sehalus debu.
63 4 perkara 57-60 itu merupakan beza antara kafir dan beriman.
64 Sekaranglah masa memahami Quran kerana di akhirat sudah tidak berguna.
65-68 Setelah di neraka barulah sedar. Dahulu, tidak mahu dengar ayatKu dan tidak beramal Quran.
69 Wahai kafir Quraisyh Mekah, benarkah kamu kenal benar Rasul kamu?
70 Atau kamu kata Rasul itu tidak benar? Sebenarnya dahulu lagi kamu telah kenal Muhammad itu al-amin yang terkenal dengan budi pekerti mulia.
71 Kalau nafsu melebihi Quran maka binasa langit dan bumi.
72 Padahal Rasul itu tidak mengenakan upah dan dakwahnya mengharapkan ganjaran akhirat.
73 Sesungguhnya Muhammad itu pembawa jalan lurus buat umat manusia.
74 Yang tidak beriman itu mendahului dunia dari akhirat.
75-76 Kami berikan rezeki mereka tidak bersyukur tetap dengan perangai tidak juga insaf.
77 Bila Kami turunkan azab kematian mereka setelah dikalahkan dalam perang Badar, barulah mereka sedar tetapi ketika itu sudah tiada guna.
Nurul Ihsan jilid 3 ms 12 surah Al-Mukminun yang diturunkan di Mekah
QS 23:78 Allah pemberi nikmat pendengaran dan penglihatan serta hati tetapi sedikit yang syukur.
79: Ambil ikhtibar akan kematian dan akan dihimpun di hari pembalasan.
80: Allah penentu tempoh siang malam.
81: Kenapa yang kafir tidak mahu berfikir? Manusia akhir sekali akan minta tolong pada satu kuasa tidak nampak di hari kesusahan dan kuasa itu hanya dari Allah
82-83: Seperti umat terdahulu, kafir menganggap hidup selepas mati ini kisah dongeng dahulu kala.
84-85: Fitrah naluri manusia mengaku bumi ini hak Allah tetapi kenapa masih tidak insaf?
86-87: Sekiranya mengaku langit itu milik Allah kenapa tidak takut dengan masih buat dosa?
88-89: Sekiranya sudah mengaku seluruhnya hak Allah kenapa masih BUAT LARANGANNya?
90-91: Bukan setakat ingkar malah menuduh Allah ada anak!
92: Allah Maha Mengetahui isi hati setiap manusia sebelum, sedang dan selepas.
93-95: Sekiranya Allah turunkan azab bencana alam, bila-bila masa saja Allah boleh lakukan!
96: Sekiranya ditohmah, pertahan diri dengan cara berhemah seperti diam kerana cukup hanya Kami yang mengetahui.
97-98: Mintalah berlindung dari bisikan syaitan dan dari gangguan syaitan dalam diri.
99-100: Mintalah mati dalam keadaan beriman dan jangan dalam keadaan hendak balik semula untuk beramal kerana roh simati terdinding dari kembali ke dunia sehingga hari kebangkitan.

100-118











Monday, January 14, 2002

Jenis Hadis

Kuliah syarahan pengajian kitab Bahrulmazi 1 jenis hadis part 2 14/1/02 oleh Ustaz Shamsuri
Menurut Syeikh Idris Al-Marbawi penulis kitab BahrulMazi, asas penulisan kitab berdasarkan hujah dalil sahih mualif AtTirmizi untuk ringkas, padat dan mudah memahami. Pindaan keserasian contoh kebudayaan Arab disesuaikan dengan masyarakat tempatan. Kaedah susunan BahrulMazi bermula Hassan lagi Sahih dan ditambah Hadis Gharib. Berikut senarai hadis menurut AtTirmizi.
  • Hadis Hasan boleh dipakai dan kedua selepas Hadis Sahih
  • Hadis Garib ialah riwayat tunggal tiada pada perawi lain dan atas sedikit dari Hadis Daif. 
  • Hadis Mauduk/Hadis Palsu/BUKAN HADIS tidak boleh dipakai. contohnya Fadhilat kelebihan pahala Bulan Ramadhan hari pertama sehingga hari akhir. Allah pelihara hadis kekasihNya dengan KITAB HIMPUNAN HADIS PALSU.  
  • Hadis Sahih ialah sekiranya periwayat atau perawinya sangat adil jika diperli, dipersoal, dibantah, dipertikai atau dimain-main MAKA DIA JATUH KAFIR. HATI-HATI! contohnya riwayat Imam Muslim dan Al-Bukhari.
  • Hadis Muttafakun Alai atau Sahih Sepakat Ulama Bukhari, Muslim, AtTirmizi, AbuDaud, Ibnu Majah dan AnNasa'i 
  • Hadis Daif ialah hadis lemah tetapi masih boleh dibuat beramal
MASALAH IALAH SEJAUH MANA MUSLIM MENGGUNAKAN HADIS NABI. SESAT JIKA MANUSIA PEGANG QURAN DAN MENOLAK HADIS. TIDAK BOLEH JUGA MERUJUK HADIS DAN MENGENEPIKAN AL-QURAN. TIDAK BOLEH TOLAK SALAH SATU TERMASUK HUDUD DARI SEMUA AYAT DALAM KITAB AL-QURAN. TIDAK BOLEH TOKOK TAMBAH TIDAK BOLEH KURANG. KALAU DIBUAT IA SESAT (BID'AH). dari Sabda RasulullahSAW rujukan Sahih Al-Bukhari. Nota: Huruf Besar ialah nada ketegasan Ustaz Shamsuri dan penulis menyokong nada hujah tersebut.  


Imam Syafie

Muqaddimah Kuliah pengajian UstSmasuri kitab BahrulMadzi Jenis hadis jilid 1 part 1 tarikh 14Januari02 

Sahih Muttafakun Alaigh sabda Nabi saw, sabar yang sebenar ialah apabila baru ditimpa musibah
Firman Allah surah Al-Imran ayat 200 wahai orang beriman, mantapkan kesabaran sekiranya diuji. Baqarah 155 Kami uji manusia dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, kesakitan dan pelbagai ujian kerana Kami berikan khabar gembira pada mereka yang bersabar.

berjalan kaki di padang pasir 
BM1 jenis hadis 14/1/2002 & BM17 kiamat 16/1/02
IMAM SYAFI'E DIFITNAH 
Ulama besar Imam Syafie lahir setelah wafatnya imam Hanafi. Ketika berusia 9 tahun, beliau telah tamat hafaz Al-Quran. Ketika beliau berumur 10 tahun, telah tamat hafaz kitab Hadis-hadis sahih Muwattaq Imam Malek. Imam Syafie ketika berumur 15 tahun diberi mandat oleh kerajaan Madinah untuk menjadi mufti yang berkuasa mengeluarkan fatwa. Ujian Imam Syafi'e ialah dipenjarakan kerana dituduh Syiah oleh gavenor hasil hasutan sebahagian ahli agama yang iri hati dengan kejayaannya. Dari penjara Yaman ke Baghdad selama 2 bulan berjalan dirantai besi di padang pasir dalam keadaan berpuasa semata-mata untuk perbicaraan zaman pemerintahan khalifah Harun ArRashid, Kerajaan Bani Abbasiyah. Luka parah telah membeku pada tangan dan tapak kaki Imam AsSyafi'e yang dirantai. Ulama-ulama sebelumnya telah diperangkap dengan soalan-soalan yang tidak dapat dijawab sehingga mereka kesemuanya dipancung dituduh syi'ah. Imam Syafie menjawab soalan Khalifah Abbasiyah itu" Firman Allah Al-Hujurat ayat 6 Jika datang seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan perkara yang tidak diingini disebabkan kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. Oleh kerana aku berketurunan Rasulullah ini, aku kasih pada Rasul dan keluarga Rasul, aku redha dipanggil Syiah." Akhirnya dia satu-satunya mangsa yang terselamat.

Monday, January 7, 2002

BERIMAN itu SABAR Ujian Allah

Muqaddimah kuliah UsShamsuri bahrulmazi bab 15 Fitnah 7/1/02

ORANG BERIMAN ITU BERSIFAT SABAR
Sahih Muslim riwayat AbiYahya Suhaib bin FinanRA yang sanggup mati demi menjaga MuhammadSAW tetapi sayangnya dia tertinggal ketika penghijrahan NabiSAW dan ditangkap kafir Quraish.
Kemudian sabda RasulullahSAW, aku kagum dengan orang beriman kerana mereka sabar ditimpa bencana, mudarat dan kesusahan. 

PERIBADI LURUS RASULULLAH SAW KETIKA MENDERMA
Hadis Muttafakun'Alai riwayat AbiSaid-AlQudriRA sekumpulan Ansar Madinah berulang alik meminta derma sehingga habis kesemua duit NabiSAW. NabiSAW yang lurus bendul tidak langsung fikir orang menipunya terus menderma. Sabda NabiSAW kepada mereka. Sesiapa memelihara maruah tidak meminta derma, maka Allah memelihara maruahnya. Barangsiapa yang sentiasa rasa cukup, Allah memberi kaya padanya dan barangsiapa sabar diberi kesusahan. Allah anugerahkan lebih sabar padanya.