Nota Cinta

Wednesday, May 26, 2010

Solat fardu wajib berdiri sekiranya mampu

Bahrulmazi jilid 3 26-5-2010 Sunan AtTirmizi dari Abi Mas'Ud ra duduk tahyat awal NabiSAW mengambil masa yang sekejap dan bacaannya pantas. Mazhab Syafie, disunatkan sujud sahwi apabila terlajak bacaan tahyat awal seperti tahyat akhir. Isyarat tangan memberitahu solat itu sunnah. Tahan menguap apabila solat dituntut syarak. Sahih Bukhari dari Imran Ibni Husain sabda NabiSAW orang yang sakit solat fardu hendaklah berdiri jika mampu, duduk apabila tidak mampu berdiri dan baring apabila tidak mampu berdiri dan duduk. Solat fardu mestilah berdiri apabila mampu kecuali solat sunat. Jatuh murtad apabila berniat dan membenarkan solat fardu duduk walaupun mampu berdiri. Murtadnya seperti membenarkan zina dan minum arak atau air daun ketum. Sah solat walaupun rakaat pertama berdiri dan sakit kemudian duduk rakaat seterusnya dan sekiranya mampu berdiri maka bangunlah berdiri kembali kerana sekiranya mampu berdiri selepas duduk rakaat sebelum maka rakaat seterusnya tidak boleh masih duduk. Apabila masih duduk walaupun mampu berdiri untuk rakaat seterusnya akan terbatal solatnya.

Doa Rasulullah SAW setiap malam selepas solat sunat.

Muqaddimah Bahrulmazi jilid 3 Ustaz Shamsuri 26-5-2010. Sahih Muslim dari Ibnu Abbas, Amalan doa Rasulullah SAW selepas setiap malam solat sunat. Ya Allah bagi Engkau segala pujian. Ya Allah Engkaulah Cahaya memenuhi langit dan bumi. Engkaulah menguasai segala isi kandungan langit dan bumi. Ya Allah Engkaulah Tuhan yang benar. Ya Allah segala janji Engkau dalam Al-Quran itu benar. Ya Allah segala kata-kata Engkau dalam Al-Quran itu benar. Ya Allah jumpa Engkau itu benar. Cerita syurga, neraka dan kiamat itu benar. Ya Allah ya Tuhanku, kepada Engkaulah aku tunduk, aku beriman, aku bertawakal dan aku kembali bila mati dan kerana Engkau aku bermusuh dengan musuh Islam iaitu musuh Engkau. Ya Allah perintah Engkau menghakimiku. Ya Allah ampunilah segala dosa aku yang lepas dan akan datang. Ya Allah ampunilah dosaku yang terang orang nampak dan Engkau nampak. Ya Allah Engkaulah Tuhanku dan Tiada Tuhan lain selain Engkau.

Tuesday, May 18, 2010

Nabi SAW Suka Bergurau sentiasa menyukakan hati orang sekelilingnya

Silaturahim Persahabatan Rasulullah SAW
Muqaddimah Bahrulmazi jilid 13 UstShamsuri 18-5-10. Sahih AtTirmizi dari Anaz bin Malek Radiallahu Anhu. Zahir pemuda perkampungan hulu arab badwi pernah menghadiahkan buah tangan kepada Nabi SAW dan Nabi SAW amat menghargai pemberian tersebut dengan memakainya sebagai tanda penghargaan. Nabi SAW menyukakan hati dan mengambil hati Zahir dengan memberitahu para sahabat yang Zahir pemuda kampungnya dan kampungnya juga kampung kita kerana kita semua sama di sisi Allah padahal Zahir berasal dari Badwi. Ketika satu hari Zahir datang lagi ke Madinah, Nabi SAW datang dari belakang memeluk pinggang Zahir. Zahir merasa tidak selesa dan meminta dilepaskan sambil bertanya siapa yang bergurau denganku ini. Apabila di alih belakang, alangkah terkejutnya yang bergurau dengannya itu ialah manusia mulia kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW. Zahir bersyukur dan membiarkan belakangnya dirapatkan ke dada Rasulullah SAW kerana baginya, ia merupakan penghormatan pengalaman manis dari Allah yang tidak dapat dilupakan sepanjang hidupnya. Kemudian Nabi SAW bergurau lagi di khalayak ramai para sahabat, “Siapa yang nak beli Zahir ni, Siapa yang nak beli Zahir ni? J” kata Zahir “Ya Rasulullah, demi Allah, saya ni barang tidak laku, tiada rupa dan tentu sekali tiada siapa yang nak berkawan.” Sabda Rasulullah SAW, “Demi Allah wahai Zahir, kamu mahal di sisi Allah”. 

Monday, May 17, 2010

Takdir ALLAH 999/1000 manusia masuk neraka

Tafsir dari Kitab Nurul Ihsan surah AnNisa116-123 Ust Shamsuri 17-05-10. AnNisa116 Allah tidak ampunkan dosa syirik(menduakan Allah) AnNisa117 Mereka yang sembah berhala itu kerja syaitan AnNisa118 Daripada 1000 orang hanya 1 terlepas ke syurga  AnNisa119 Syurga hanya tinggal angan-angan dikala diberi umur panjang kerana manusia leka perkara khurafat sehingga menjadi kufur dan murtad. AnNisa120 Manusia disesatkan dengan tipu daya iblis AnNisa121 Neraka tempat bagi muslim berdosa diazab dan tempat kafir selamanya. AnNisa122 Syurga bagi mereka yang taat dan janji Allah itu benar. AnNisa123 Tiada syurga bagi kafir dan muslim yang angan-angan sekiranya tidak beramal. Setiap dosa besar atau kecil pasti diazab seksa. 

Buat baik pada orang jahat & Azab mengumpat niat menghina

Gambar Hiasan
Muqaddimah Ust Shamsuri 17-05-10 & 19-07-10. Riwayat AtTirmizi dari Aisyah Radiallahu Anha(RA). Rasulullah SAW tidak pernah cakap tidak elok, buat jahat, menjerit, membalas balik malah mudah memaafkan orang yang menzalimi dirinya. Sabda NabiSAW Sekiranya tidak melayan orang jahat dengan baik maka dia akan lebih jahat dari jahatnya sekarang. Riwayat Abu Daud dari Anaz bin Malek Radiallahu Anhu(RA) sabda NabiSAW manusia yang mengumpat memandang hina dan menjatuhkan maruah diazab ditumbuhkan kuku tembaga tajam yang panjang untuk mencederakan muka dan badan mereka sendiri. SahihBukhari sabda NabiSAW Tiada pahala untuk mereka yang tidak menjaga perbuatannya walaupun tidak makan dan minum apabila menunaikan ibadat puasa. 

Tuesday, May 11, 2010

Layanan Rasulullah SAW kepada umatnya terlalu istimewa

gambar hiasan pemandangan mahluk ciptaan Allah

Muqaddimah pengajian kitab Bahrulmazi jilid 19 bab Alim Madinah syarah Ustaz Shamsuri 11-5-10. Riwayat Imam AtTirmizi dari Amru bin Al-Az radiallahu anhu sabda Nabi SAW kepada Amru Al-Az yang bertanya adakah dia sahabat baginda yang paling baik berbanding Abu Bakar, Omar dan Osman kerana merasakan dirinya dilayan Rasulullah SAW seolah-olah manusia paling baik disisi baginda. "Abu Bakar, Omar dan Osman tetap lebih baik dari kamu wahai Amru"

Alim Madinah IMAM MALIK mazhab maliki

Imam Madinah guru Masjid Nabawi 
Pengajian bahrulmazi jilid 19 bab Alim Madinah syarah ustaz Shamsuri 11-5-10. Sunan AtTirmizi dari Sufyan bin Uyainah seorang Alim Mekah. Yang dimaksudkan RasulullahSAW seorang alim Madinah selepas zaman sahabat dan zaman tabie'in itu merupakan Imam Malik iaitu guru di masjid Nabawi merangkap Imam kepada Mazhab Maliki kerana tiada orang yang lebih alim selepas zaman itu kecuali Imam Madinah atau Imam Malik bin Anaz. Imam Madinah pada zaman RasulullahSAW terdiri dari ramai para sahabat. Sufyan bin Uyainah merupakan perintis solat tarawih 20 rakaat diikuti Imam Malik selaku perintis 32 rakaat solat tarawih kerana menurut Imam Malik sekiranya Mekah melakukan 20 rakaat maka Madinah melakukan 32 rakaat disebabkan tiada ka'bah. Yang dimaksudkan Ibadah itu ialah beramal berdasarkan suruhan Allah bersandarkan Nas Al-Quran dan Hadis. 

Monday, May 10, 2010

“Allahhuma Salli ala Muhammad” Tiada Saidina

Rasulullah SAW tidak suka dipuji berlebihan

Muqaddmimah Nurul Ihsan 10-5-2010 Sahih AtTirmizi Omar Al-Khattab Radiallahu Anhu sabda Nabi SAW “Jangan kamu terlebih puji aku sepertimana Nasrani memuja Isa Alaihis Salam. Sesungguhnya aku hamba Allah biasa, hendaklah kamu berkata Nabi Muhammad itu hamba Allah. Nasrani dimulakan dengan terlebih pujian iaitu membesarkan dan memuliakan sehingga melarat menjadi sesat dengan mengatakan Isa itu anak Tuhan.” Tidak disuruh syarak berlebihan dalam melampaui beramal seperti generasi kemudian yang menyebut Allahumma Salli ala Saidina(tuan kami) Muhammad. Sekiranya sayang Nabi SAW maka pertahankan apa yang Nabi SAW minta kepada umatnya. 

Friday, May 7, 2010

AnNisa 116-123

17-5-10 Tafsir Nurul Ihsan jilid 1 ms192 Tafsir surah AnNisa 116-123 syarah ustaz Shamsuri
Ayat AnNisa 116 yang paling disukai Saidina Ali Karamullah huwaj ha kerana dosa syirik tidak akan diampuni Allah. Menduakan Allah selain dari Tuhan Allah ada tuhan lain. Syirik ialah iktikad selain dari Allah. Kafir musyrikin itu sembah yang betina.
117 Allah maksudkan yang suci bagi kafir mushrikin itu ialah berhala mereka yang rata-rata nama perempuan seperti  Al-Uzza, Al-manah dan banyak lagi.
118 Allah memerintahkan syaitan sujud dalam tafsiran merujuk respect  tanda hormat pada Adam.
119-120 Syaitan berjanji menyesatkan manusia agar ramai melakukan upacara jin, khurafat, kufur dan tinggalkan Islam. Berjayakah janji syaitan depan Allah ini? Berjaya. Halalkan haram dan haramkan halal ini kerja syaitan. Barangsiapa ambil syaitan jadi ikutan maka Allah beri amaran, “rugilah manusia yang termasuk perangkap syaitan kerana akan rugi dunia merana akhirat.”
121 Jayanya godaan syaitan sehingga manusia sombong menyebabkan mereka terjerumus menjadi kafir keluar dari Islam, maka kekafiran ini menyebabkan mereka kekal neraka jahanam buat selamanya.
122 Beruntung bagi yang soleh yang memerangi hasutan syaitan.

AnNisa123 Umat Islam mahupun ahli kitab angan-angan saja tiada guna. Mengaku saja Muhammad Rasul terakhir tapi tanpa amal juga tiada guna. Iman dan amal soleh itu yang utama dan dikehendaki.

Huraian ustaz mengenai tafsiran kitab Nurul Ihsan dari terjemahan surah AnNisa 116-120. BISIKAN CINTA SYAITAN PADA NAFSU KEHENDAK MANUSIA. "minumlah arak kerana ia panjang umur dan sedap, cuba dahulu." Akhirnya, ramai yang mengaku Islam nama Muhammad tapi minum arak. Mereka minum kononnya menjaga status dengan bangga penuh confident. Kata mereka, " I bukan penagih arak tegar. Sorry to tell U, I minum, I tak mau jadi hipokrit, I tak mau jadi munafik but I not that type of people. Jus occassion. U know-U know. Apa salah just one glass only. Lagipun arak is kalau tak mabuk still okay."

Tuesday, May 4, 2010

Dalil Sahih IMAM MAHDI

Meluruskan kembali jalan Islam
BM15 ustaz Shamsuri 4 Mei 2010. Hadis Hassan lagi Sahih At-Tirmizi dari Abdullah bin Mas'Ud RA sabda NabiSAW " Tidak akan jadi kiamat kecuali turun dari ahlul bait keturunanku dari titisan Hassan cucuku iaitu anak kepada Fatimah anakku yang namanya seperti namaku Muhammad bin Abdullah, Dia itulah Imam Mahdi. " Kedatangan Imam Mahdi dengan meluruskan kembali Jalan Islam. Turunnya ke dunia membawa spenuhnya syariat Islamiah Al-Quran dan Hadis RasulullahSAW sebagai panduan keseluruhan hidup muslim. Pemerintahannya selama 7-9 tahun sebelum diwafatkan Allah. Sahih AtTirmizi dari Abu Said Al-Kudri RA sabda NabiSAW "Akan muncul seorang yang mendapat petunjuk dari Allah SWT yang namanya sepertiku Muhammad bin Abdullah dan dia akan memerintah selama 5 atau 7 atau 9 tahun dan juga dia akan memimpin kamu ke jalan benar. Maka akan makmurlah dunia Islam dari kacau bilau." Kesinambungan pemerintahan Imam Mahdi akan diteruskan oleh Nabi Isa AlaihisSalam(AS).

Quran Qalamullah (Imam Ahmad bin Hambal) VS Quran Makhluk (Pemerintah Sesat)

"Ayat Al-Quran bukan makhluk" Imam Hambali
BM15 4-5-10 ustaz Shamsuri. Riwayat At Tirmizi dari TaubanRA sabda NabiSAW "aku takut akan berlaku nanti pemimpin sesat yang menyesatkan rakyat". Khalifah Al-Makmun yang memerintah ketika zaman Imam Ahmad bin Hambal memaksa seluruh rakyatnya termasuk semua ulama supaya mengakui ayat Al-Quran itu makhluk Allah. Disebabkan keengganan Ulama Muktabar Imam Ahmad bin Hambal memperakukan Quran itu makhluk maka Imam Ahmad bin Hambal dipenjara, disebat dan dipukul sehingga berlumuran darah mengalir ke kakinya. Seksaan berat ke atas Imam Ahmad bin Hambal diteruskan dengan dihentam di kepala supaya cepat mati sepanjang zaman pemerintahan khalifah Al-Makmun tetapi tidak juga mati. Akhirnya Imam Ahmad bin Hambal dilepaskan kerana khalifah Al-Makmun mati sakit tua dan digantikan dengan pemerintah baru. Ditakdirkan Allah, perotan penjara itu menjadi buta dan datang untuk mendengar kuliah Imam Ahmad bin Hambal. Apabila ditegur kenapa menghentam di kepala, perotan itu menjawab tujuannya supaya Imam Ahmad bin Hambal mati syahid dan tidak sempat merubah pendirian dengan mengaku Al-Quran itu makhluk. Kemudian Imam Ahmad bin Hambal mendoakan memulihkan penglihatan perotan sekiranya perotan itu berkata benar. Akhirnya dengan izin Allah, penglihatan perotannya ketika di penjara itu kembali pulih dari buta.