Nota Cinta

Tuesday, August 27, 2013

AnNahl 24-28 Namrud memerangi malaikat

Surah AnNahl 24, Kafir Mekah menuduh Muhammad pecah-belah masyarakat sambil menyindir baginda pembawa cerita karut dongeng lagi kesesatan.
25) Sahih Muslim Jarir ra sabda Nabi saw. Ikutan baik mendapat gandaan pahala manakala ikutan tidak baik digandakan dosa. Seburuk-buruk dosa itu gandaan dosa yang dilakukannya menjadi ikutan.
26) Riwayat tidak sahih, Namrud kononnya cicit Nabi Ibrahim as yang membina bangunan pencakar langit selepas banjir besar. Bapanya ibnu Ham mati selepas sehari berkahwin dengan ibunya seorang rupawan. Tidak berapa lama kemudian, namrud dilahirkan. Namrud mahir ilmu menilik nasib tapak tangan dan pelbagai keupayaan memanipulasi supaya manusia mempercayainya. Kepandaian yang dianugerahkan pada Namrud akhirnya menyebabkan dia angkuh sombong zalim kejam dan mengaku sebagai tuhan. Setelah menjadi raja, Namrud mengarahkan dua orang berdiri di hadapannya, seorang dilepaskan tanda dia menghidupkan manusia dan seorang lagi dipancung tanda dia berkuasa mematikan manusia.

Keangkuhannya berada di kemuncak apabila cuba membakar Nabi Ibrahim as. Ibrahim diselamatkan Allah dan Allah memulakan tindakanNya ke atas Namrud. "Apabila manusia lupa peringatan Tuhan dengan memberikan seluruh kejayaan kemewahan, Kami bertindak memusnahkannya." Didatangkan ribut menumbangkan bangunannya dan seekor nyamuk masuk ke dalam telinganya sehingga Namrud jatuh sakit akhirnya mati begitu saja. Di akhirat, azab neraka menimpa yang menentang Allah.

27) Di akhirat, seksa neraka menimpa mereka yang menentang Allah.
28) Sahih Bukhari dari Abu Qatadah ra sabda Nabi saw kepada bangkai Badar Abu jahal dan pengikutnya. Tidakkah kamu semua dengar para malaikat caci hina kamu sambil rentap roh kamu kelaur dari jasad sebagai bukti kebenaran Islam.

Hanyut dunia dan Istidraj

Sahih Ibnu Majah, sentiasa kejar dunia menyebabkan rasa tidak cukup manakala tumpuan akhirat itu  dilimpahkan rezeki dunia.
Sahih Abu Daud dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw, berjihad dengan niat cari rezeki tiada pahala.
Riwayat Uqbah bin Amir ra sabda Nabi saw, Istidraj ialah dihanyutkan Allah dengan kesedapan duniawi dengan segala tindakan hawa nafsunya dijayakan Allah. Al-An'Aam 44, ketika manusia tengah lalai di puncak nikmat dunia, semakin langgar perintah Allah semakin terserlah kejayaannya. Serentak dengan itu, serta-merta Allah musnahkan segalanya dan ketika itu, manusia penuh penyesalan dan putus harapan.