Nota Cinta

Tuesday, April 22, 2014

Syahid hidup disisi Allah.

220414 BM2 Masjid Padang Temusu Sg Petani.

SYAHID HIDUP DISISI ALLAH

Sabda Nabi s.a.w. Allah menghidupkan bapa Jabir yang syahid dan Allah memerintahkan Abdullah bapa Jabir untuk minta apa saja. Abdullah meminta untuk hidup dan berjuang hingga syahid sekali lagi. Allah berfirman, mana-mana manusia yang telah dimatikan tidak akan kembali ke dunia lagi. 169 Ali Imran: “Jangan sangka orang syahid itu mati, mereka hidup disisi Tuhan mereka bahkan mereka dilayani diberi rezki pada mereka.”  
sekadar hiasan
HUDUD TUJUAN KEINSAFAN BUKAN UNTUK SEMATA-MATA HUKUMAN

Sahih Muslim Abi Umamah AL-Bahili r anhu.  Seorang sahabat mengadu pada Rasulullah s.a.w. untuk menjalankan hukuman ke atas pengakuan dosanya. Nabi s.a.w tidak melayannya dan sabda Nabi s.a.w. Wuduk dan solat yang sempurna kamu tadi telah menghapuskan dosa.

BERJEMAAH ISYA' DAN BERJEMAAH SUBUH

Sahih Muslim AbdurRahman b Abi Amrah r a. Setelah selesai berjemaah maghrib. Osman duduk seorang diri di penjuru masjid. Osman b Affan pernah bangkit sedekah 100 ekor unta untuk Islam setelah pengumuman infak harta oleh Rasulullah s.a.w. Petang Khamis 16 Zulhijjah 35 Hijrah Osman dibunuh oleh kumpulan pemberontak muslim, jenazah dikebumikan hari Jumaat . Menurut Osman sabda Nabi s.a.w. Berjemaah Isya’ seolah-olah solat sepanjang separuh malam tidak tidur dan sekiranya berjemaah Subuh seolah-olah solat sepanjang malam tidak tidur.

TEGAH PAKAIAN KUNING, DAN RUKUK SUJUD BACA QURAN SERTA HARAM PAKAI CINCIN EMAS DAN SUTERA BAGI LELAKI. 

Bahrulmadzi jilid 2 ms 166 Tegah baca Quran dalam rukuk dan sujud.
HR At Turmuzi dari Ali ibni Talib r anhu, Nabi saw tegah lelaki memakai kain campuran sutera, pakaian warna kuning ketika solat, cincin emas & baca Quran ketika rukuk dan sujud. TEGAH samada Haram/Makruh. Haram dibuat sengaja.  Sahih Muslim sabda Nabi s.a.w. haram lelaki memakai emas.
Hasan Sahih At Turmuzi dari Abi Mas’Ud al-Ansari sabda nabi s.a.w. Tidak sempurna solat apabila sujud dan rukuknya tidak menyamai solat Rasulullah s.a.w

Mazhab Sya’fie rukuk tidak 90 darjah maka batal solat. Mesti berdiri iqtidal walaupun 2 saat apabila mampu berdiri solat sebelum duduk di kerusi. Jangan terus duduk di kerusi kerana solat tidak sah kecuali sakit. (WARNING UNTUK SOLAT FARDU SAHAJA)

No comments:

Post a Comment