Nota Cinta

Sunday, April 14, 2024

Mustajab DOA hari Jumaat

Hasan Lagi Sahih At Tirmizi riwayat Ibnu Mas'Ud ra dan Abi Hurairah ra, sabda Nabi saw. Di kalangan umatku terhad 70000 sahaja ke syurga tanpa hisab dan ia menjadi rahsia Allah SWT, 1 quota telah diberikan pada Uqasha ra sebentar tadi dan yang lain antara kamu semua sahabatku terpulang pada Allah SWT. Kebanyakan kesimpulan himpunan hadis, Mustajab Doa hari Jumaat menurut pandangan ulama bersandarkan hadis, Doa antara 2 kutbah. Waktu imam turun dari mimbar. Lepas Asar menghampiri Maghrib

Sunday, February 18, 2024

Sakaratul Maut Kematian

18 Februari 2024© : Al-Fadhil Dato' Ustaz Shamsuri Bin Haji Ahmad Masjid Al-Hakim, Pengkalan Renggam, Kg. Kandang, Melaka. Ahad : 18 Februari 2024© (08 Syaaban 1445H-Selepas Solat Subuh) Hasan Sahih Ibnu Majah dari Abi Hurairah ra, sabda Nabi s.a.w. Umur umatku lingkungan 60 ke 70, tidak ramai melepasinya. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (Al-Jumu'ah 62:8) Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!" (Qaaf 50:19 Sahih Muslim dari A'isyah r anha, kalam akhir kewafatan Nabi s.a.w. pada hari Isnin "pertemukanlahku dengan kekasihku/Allah S.W.T." Ketika itu, baginda melihat atap rumah dan menahan sakit sakaratul maut. Setiap Nabi dinampakkan syurga ketika sakaratul maut dan diberi pilihan samada meneruskan kehidupan atau teruskan wafat. Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun. (Al-Kahfi 18:49)

Wednesday, February 14, 2024

Tiada Pengampunan ke syurga buat manusia tidak berdamai

LIVE-140224 : Bahrul Mazi Jilid 21 (Siri 64) muka surat 161 (kitab jawi) Kuliah Maghrib Ustaz Dato Ustaz Shamsuri Haji Ahmad, Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra, Pintu syurga dibuka pada hari isnin dan hari khamis untuk pengampunan buat hamba Allah di neraka dengan syarat muslim dan tidak syirik Allah. Pintu ini ditutup buat mereka yang tidak berdamai. Hasan Sahih ibnu Majah, sabda Nabi saw. betapa ramai puasa dan qiamullail hanya mendapat lapar tanpa pahala. Hassan Abu Daud, baca 3 xQul sebagai pendinding diri dari keburukan Hasan Sahih At Tirmizi, "Bismillahilazi La Yadurru Maasmihi Shaiun Fil Ardi Wa La Fis Samaaie, Wahuwas Samiul Alim" amalan 3 kali pagi dan 3 kali petang akan dilindungi musibah Bahrul Mazi muka surat 161(kitab jawi) Sahih An'Nasa'i & Surah Al-maarij ayat 18, riwayat Abdillah b Mas'Ud ra, sabda Nabi saw. Ular gergasi membelit menelan manusia yang tidak bayar zakat.

Monday, January 15, 2024

Ular jelmaan Jinn (Surah Al-Jinn 72:8-12)

LIVE-150124 : Kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 4 - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang pada 15 Januari 2024. Sahih Muslim dari Abdillah b Abbas ra. Al-Jinn 72(8)Allah SWT beritahu Nabi Muhammad saw, melalui Ayat 1 surah Al-Jinn, sekumpulan jin beriman kepada kamu setelah mendengar bacaan solat berjemaah kamu. Hasan Sahih dari Tabi'in Al-Qamah b Qais dari Abdullah b Mas'Ud ra. Ketika rombongan para sahabat bertahan dalam lukisan bulatan tanah di satu tempat misteri, Rasulullah saw hilang secara tiba-tiba dalam kegelapan malam. Setelah hampir siang, kelibat Nabi saw muncul dari arah Gua Hiraq, sabda Nabi saw. aku telah berdakwah kepada masyarakat Jin. Para sahabat terkejut apabila diteliti kawasan yang dilalui mereka, seolah-olah telah berlaku kebakaran dasyat pada malam kehilangan baginda saw. Tafsir NURUL IHSAN jilid 4 ms 228 ayat 8 surah Al-Jinn. Sahih Muslim dari Abdillah b Abbas ra. Al-Jinn 72(8) Masyarakat Jin seringkali mencuri rahsia langit untuk dijadikan ilmu sihir di dunia. Menyedari hal tersebut, barisan pemanah mala'ikat mengawal pinggir langit dari diceroboh. Sahih Muslim, Allah tidak terima 40 hari solat hambaNya yang terlibat bomoh sihir. Al Jinn 72:9 Kini, bangsa jin tidak dapat mencuri dengar rahsia langit akibat panahan api tentera mala'ikat Al Jinn 72:10 Kawalan tersebut menyebabkan Berita bencana yang bakal berlaku di bumi sudah tidak dapat dicuri Al Jinn 72:11 Di kalangan jin, ada yang baik dan ada sebaliknya, Sahih Muslim dari Ibnu Abbas, ular itu jelmaan jin dan syaitan. Sahih Muslim dari Abi Said Al-Qudri, sekiranya ular memasuki rumah, maka disuruh keluar sebanyak 3 kali dan sekiranya tidak keluar maka selepas itu boleh dibunuh. Sahih Abu Daud dari Abbas Abd Mutallib, bersihkan ular dari telaga zam-zam itu. Al Jinn 72:12 Setiap makhluk ciptaan Allah akan dibalas dan tidak akan terlepas dari seksaNya.

Wednesday, January 10, 2024

Buat Jahat ke Neraka

100124 : Bahrul Mazi Jilid 21 (Siri 63) - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad, Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang - https://www.youtube.com/watch?v=koiwxzuuVxs Sahih Bukhari dari Jabir b Abdillah ra, Rasulullah saw bermimpi melihat Ummu Sulaim, melihat istana Omar Al-Khatab, dan bunyi tapak kaki bilal bin Rabah di syurga. Ghafir 46 Penghuni kubur akan diazab pagi dan petang, AT Taubah 101 Manusia jahat disiksa di dalam kubur dan di neraka. Ibrahim 27 Manusia Beriman akan teguh kalimahnya di dunia dan di akhirat. Hasan Sahih AtTirmizi, Abi MasUd ra, sabda Nabi s.a.w. Para syuhada di syurga memohon untuk kembali ke dunia sekali lagi bagi mendapatkan syahid