Nota Cinta

Wednesday, May 14, 2014

Ibnu Zubair Al-Awwam anak Pengiring Rasulullah saw

Ibnu Zubair Al-Awwam (Tokoh Besar Islam)

14-5-14 Sahih Bukhari Ibn Zubair Al-Awwam merupakan Tokoh Besar Islam anak kepada Pengiring Rasulullah saw iaitu salah seorang dari 10 sahabat Utama dijamin syurga. Beliau ditahmid oleh bapa angkatnya NabiMuhammadSAW selepas dilahirkan. Ketika usianya 7 tahun, beliau telah berbai’ah kepada RasulullahSAW. Apabila memegang jawatan gabenor Mekah, beliau ingin melunaskan cita-cita RasulullahSAW yang tidak kesampaian selepas kewafatan Baginda iaitu menjadikan ka’bah seperti asal yang dibina oleh Nabi IbrahimAS. Berita meruntuhkan ka’bah menimbulkan kemarahan Hajjaj selaku gabenor Iraq ketika itu. Sepasukan tentera Islam Iraq pimpinan Hajjaj kemudiannya menawan tentera Islam Mekah pimpinan Ibn Zubair. Ibn Zubair kemudian dipancung, disula,  disalib dan dicampakkan ke perkuburan yahudi. Ka'bah seperti impian RasulullahSAW yang dalam proses pembinaan baru tersebut kemudian diroboh. Hajjaj kemudian membina semula bentuk yang asal dan kekal sehingga hari ini.
BM21 ms28 syarah Ustaz Shamsuri 
SOLAT SUNAT BOLEH MANA_MANA KIBLAT
Hasan Sahih At Tirmizi, Said b Jubair bertanya Ibnu Omar ra, Nabi s.a.w. mengadap mana-mana kiblat untuk solat sunat atas sebab tertentu. Ibnu Omar kemudian membaca dalil firman Allah, Al-Baqarah 115, milik Allah timur & barat. Firman Allah baru dalam Quran, Solatlah menghadap kiblat Baitullah Masjidil Haram.

Imam Syamsudin Muhammad b Ahmad @Khatib AshSyarbini, masuk menetap di Masjidil Haram dari 1 Ramadhan sehingga selepas Aidilfitri untuk solat malam Ramadhan . 

No comments:

Post a Comment