Muqaddimah Sahih Imam Ahmad, Anaz b Malek ra. NABI S.A.W pernah BERGURAU cuit pinggang Zahid ra sambil bersabda “siapa nak beli hamba ini” Jawab Zahir,
“saya tiada harga lagi tidak laku ya Rasulullah saw.” Balas Nabi saw.”Tidak,
kamu mahal disisi Allah.”
Sahih An Nasa’e sabda Nabi saw. Allah berfirman, Aku
TAKDIRkan seorang hambaKu sebagai pengembala kambing miskin tetapi dia tetap
jaga solat dan taat segala perintahKu, Aku jamin Aku hapuskan segala
dosa-dosanya dan dia bakal masuk ke syurgaKu.
Julaibib ra tidak disukai masyarakat kerana rupanya tidak
kacak. Selepas peperangan, seluruh jenazah dilaporkan pada Rasulullah saw
kecuali Julaibib. Sabda Nabi saw, carikan jenazah Julaibib yang tertimbus oleh
mayat musuh kerana beliau berjaya bunuh 6 orang musuh.
AN-NAHL 16:43-50 Pengajian
kitab Tafsir Nurul Ihsan jilid 2 Masjid Simpang 4, 3-3-14
Huraian: Rasul dilantik dikalangan manusia bukan mala’ikat
dan mesti lelaki bukan perempuan. Para ingkar Nabi saw/Hadis Nabi saw berkata,”
kenapa nabi dipilih dikalangan manusia? Kenapa nabi tidak dipilih dikalangan
malaikat. Allah berfirman “sekiranya nabi dikalangan malaikat, mereka akan persoal”
“bagaimana kami nak ikut sedangkan malaikat tidak makan tidak tidur tidak ke
tandas.” Kesimpulannya mereka memilih untuk ingkar.
Golongan antihadis sesat berkata Quran dah lengkap kenapa
perlu hadis tetapi firman Allah “Quran lengkap dari segi umum manakala petunjuk
hadis itu penerangan bagi Quran sebagai tatacara muslim. Puak AntiHadis pertikai
“Kenapa syirikkan Allah dengan 2 kalimah syahadah? Cukup sekadar la ila ha
illallah. Hakikatnya, memuliakan Nabi saw itu arahan Allah kerana malaikat dan
Allah sepanjang masa berselawat memuliakan Nabi Muhammad saw.
45) Banggakah manusia mengingkari Allah dengan merasakan tiada
tindakan dikenakan ke atas mereka sedangkan Qarun terkaya dunia, Kami
tenggelamkannya ditelan bumi.
46) Allah boleh binasakan secara bencana mengejut dan tiada
siapa dapat halang.
47) Atau secara wabak sedikit demi sedikit menunjukkan Allah
Maha Mengasihani memberi kesempatan agar bertaubat.
48) Tidakkah manusia melihat bukti bayang yang sentiasa
sujud pada Allah atas kehendak Allah.
49-50) Terdapat makhluk langit dan bumi termasuk mala’ikat sujud
takut pada Allah.
No comments:
Post a Comment