Nota Cinta

Wednesday, October 9, 2019

Adab Ziarah KUBUR

https://www.youtube.com/watch?v=7SJB0Mv50Ik  Kuliah Maghrib Ustaz Dato' Hj Shamsuri Hj AhmadMasjid Abdullah Fahim, Kpl Batas, Sbrg Perai Utara, P. Pinang Sahih Abu Daud, Buraidah b AlHasit ra, sabda Nabi saw. Ziarahlah kubur kerana ia mengingatkan kepada kematian. A'isyah r anha, sabda Nabi saw. Beri salam dan doa keampunan agar dikasihani allahyarham yang telah meninggal dunia apabila lalu di kawasan perkuburan kerana insya'Allah giliran kami akan menyusul. Sahih At Tirmizi dari Nuqman b Bashir ra, sabda Nabi saw. Surah Ghafir ayat 60 Mintalah doa kepadaKu dan akanKu perkenankan. Yang tidak mahu berdoa kepada Tuhan itu sombong dan dimasukkan ke neraka jahanam.
Surah Fathir 13-14 Yang meminta selain dariKu@ALLAH, doa itu tidak berguna malah ia perbuatan syirik. Di akhirat, mereka yang kamu meminta doa itu akan menafikan doa kamu. 

Bahrulmazi jilid 21, ms112 Minta Tuhan tidak membebankan tanggungan yang tiada kuasa kita menanggungnya.

Sabda Nabi saw, firman ALLAH
Wa'fu'anna. Wa'firlana, Warhamna
Wahai Tuhan kami, Maafkanlah kami, Hapuskanlah segala dosa kami, Ampunilah kami tutup dosa kami dan janganlah diketahui orang, kasihanilah kami, lepaskan kami dari azabMu ya ALLAH.. (sahih atTirmizi, Ibnu Abbas ra)

Monday, October 7, 2019

Langit Bumi dan isinya Bertasbih!

https://www.youtube.com/watch?v=znQEXwQSwUQ Live kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 2 oleh Ustaz Shamsuri Haji Ahmad bertempat di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Sahih Bukhari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, mukjizat paling istimewa ialah Al-Quran 
Sahih Bukhari Anaz b Malek ra, Setelah didesak penduduk Mekah bagi membuktikan kerasulan nabi Muhammad saw. Nabi saw mengacungkan jarinya ke bulan dan dengan izin Allah, bulan dibelah dua

Tafsir Nurul Ihsan jilid 2 ms355 ayat 42 surah 17) Al-Isra'

17:42 Sekiranya ada perantara antara Tuhan dengan hambaNya, maka akan ada perebutan kuasa
17:43 Maha Suci Allah, tidak sama dengan mana-mana makhluk ciptaaNya
17:44 Seluruh langit bumi dan isinya@segala makhluk lain bertasbih mensucikan syirik dari tuduhan tersebut, Allah Maha Penyabar lagi Maha Pengampun  
17:45 Apabila Quran dibaca, manusia yang berhati hasad dengki akan digelapkan hatinya
17:46 Hati dan telinga mereka tidak akan memahami Al-Quran, menunjukkan mereka tidak akan menerima hidayah dan mereka akan gelisah dan berpaling apabila mendengar sebutan ALLAH