Nota Cinta

Tuesday, May 20, 2014

Jangan menentang keputusan hadis

20-5-14 Masjid Bandar Darul Aman syarah Ustaz Shamsuri

JANGAN MENENTANG KEPUTUSAN HADIS RASULULLAH S.A.W. 

gambar sekadar hiasan
Sahih Bukhari Ketika pertelingkahan perebutan air antara Zubair dan seorang sahabat Ansar, Rasulullah s.a.w. meminta  Zubair gunakan air kemudian berikan pada sahabat Ansar ini.”Sahabat Ansar menegur Turun firman Allah AnNisa 65 memihak pada kekasihNya, sesiapa memilih melawan keputusan hakim Nabi s.a.w. termasuk keputusan dalam hadis baginda, maka orang itu tidak beriman.
“Wahai Muhammad, adakah sebab dia sepupu kamu, kamu lebihkan dia?” Rasulullah s.a.w tiba-tiba murka meminta Zubair jangan menyerahkan terus air tersebut.
Sahih Muslim, Abdillah b Mas’Ud r anhu. Seorang sahabat tidak puas hati dengan pembahagian harta rampasan perang lalu menegur Rasulullah s.a.w., “ini tidak adil!” Nabi s.a.w. dengan wajah murka kemudian membalas, “siapa lebih adil dari Allah dan RasulNya?”

Bahrulmazi Ms25 Pemarah itu tabiat Manusia.

TAHAN MARAH
gambar hiasan 

Sahih At Tirmizi sabda Nabi s.a.w. Jangan mendatangkan penyebab marah dan sekiranya marah maka tahan kemarahan itu.
Hadis Hasan Sunan Abu Daud 4251 Ibnul Mussayyip r anhu. Ketika Abu Bakar bangun untuk mempertahankan diri akibat 4 kali dimaki dengan tuduhan palsu oleh seorang muslim, Rasulullah s.a.w. menjauhkan diri kemudian bersabda. “Allah hantar mala’ikat menafikan tuduhan tersebut ketika kamu mendiamkan diri, tetapi setelah kamu bangun untuk menjawab, syaitan datang kepadamu.    

Bukhari Muslim sabda Nabi s.a.w. Orang yang kuat bukan yang kuat bertumbuk tetapi yang menundukkan kemarahannya 

No comments:

Post a Comment