Nota Cinta

Monday, May 12, 2014

Al-Qalam, Nun 1-16 Muhammad Makhluk Terbaik

12-5-14 Muqaddimah Ustaz Shamsuri di Masjid Tmn Kerian, P.Buntar Perak.

Surah Qaf 50:18 , Sabda Nabi s.a.w. Mala'ikat rakib & atib sentiasa bertukar shif Subuh & Asar dan mereka seperti biasa sentiasa ditanya Allah apabila sampai ke langit sebagai formaliti makhluk ciptaanNya sedangkan tanpa bertanya mala'ikat, Allah Maha Mengetahui segalanya. Firman Allah "Bagaimana keadaan hambaKu sepeninggalan kamu?" jawab mala'ikat, hambaMu sedang solat sekiranya solat sekiranya tidak, maka sebaliknya.  

Sahih Muslim, Abi Hurairah r anhu sabda Nabi s.a.w. Setiap Isnin & Khamis, dibuka pintu syurga, Allah mengampunkan hamba-hambaNya yang tidak syirik Allah kecuali yang bergaduh bermasam muka sesama muslim melainkan setelah mereka berdamai. 

Sahih Muslim Abdullah b Amru b Al-Az ketika Nabi s.a.w. baca surah ayat doa Nabi Ibrahim as, wahai Tuhanku, tokong berhala ini telah menjadi punca kesesatan manusia, siapa ikut aku maka dia golonganku. Nabi Isa as pula berdoa, Ya Allah, sekiranya Engkau hendak azab pada penyembah-penyembah berhala ini, ianya hak Engkau, tetapi sekiranya Engkau mengampunkan mereka, Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Selepas itu baginda berdoa sambil menangis, Umatku, umatku. Firman Allah, wahai Jibril sampaikan pada Muhammad, umatnya akan masuk syurga terdahulu berbanding umat-umat lain. 

Pengajian kitab Tafsir Nurul Ehsan jilid 4 ms210 Surah Nun Makiah 52 ayat. Al-Qalam 68

68: 1 Nun, dengan kehendak Allah, demi qalam yang menyurat pada Luh Mahfuz oleh mala'ikat Hafazah mahupun mala'ikat Rakib dan Atib. 
68:2 Wahai Muhammad, mereka mengatakan kamu gila tetapi disisiKu, kamu tidak gila. 
68:3-4 Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. makhluk ciptaan terbaik dengan akhlak yang sangat terpuji. 
68:5-7 Kesusahan manusia di Padang Mahsyar nanti akan membuktikan siapa benar siapa salah.
68:8 Tetapkan iman dan jangan terpengaruh
68:9 Jangan tolak ansur dengan saling bertukar sembah dengan agama lain. 
68:10-12 Jangan bergaul dengan yang suka bersumpah, pengumpat, pemfitnah, menegah buat kebaikan, menzalimi orang lain, kasar, kering hati, suka buat dosa, langgar hukum Allah
68:13 Jauhi dari mereka yang sangat jahat kejam ini seperti Al-Walid dan Abu Jahal. 
68:14 Hartawan Al-Walid Al-Mughirah tersebut tidak bersyukur dengan kurniaan anak ramai malah menentangKu, menentang Islam dan menentang RasulKu. 
68:15 Mereka mengatakan Quran itu cerita dongeng
68:16 Akhirnya mereka mati dibinasakan dalam perang Badar sehingga belahan pedang pada hidung mereka. 



No comments:

Post a Comment