Nota Cinta

Thursday, October 15, 2015

Solat Sangat Penting dalam Islam

Syarah Masjid Bandar Darul Aman oleh Ustaz Shamsuri 15/10/2015

Sahih Muslim dari Ubaidillah dari A'isyah r anha. Rasulullah s.a.w. yang sedang uzur jatuh pengsan sebanyak 4 kali ketika perjalanan menuju ke Masjid Nabawi untuk mengimamkan solat Isyak. Baginda menghantar utusan meminta Abu Bakar mengimamkan solat tetapi di masjid, Abu Bakar menolak tawaran tersebut kepada Omar Al-Khattab kerana merasakan dirinya tidak layak. Omar menyatakan itu permintaan Rasulullah s.a.w. dan Omar sangat bersetuju Abu Bakar paling layak dikalangan para sahabat. Apabila Nabi Muhammad s.a.w. tiba di masjid Nabawi ketika solat Isyak tengah berlangsung, Nabi s.a.w. meminta Al-Abbas dan Ali b Abi Talib memapahnya ke sebelah Abu Bakar kerana baginda teringin untuk solat bersebelahan Abu Bakar As-Sidiq.

Sahih Bukhari dari Abdullah bin Mas'Ud ra. Para Nabi menanggung kesakitan 2 kali ganda berbanding manusia biasa begitu juga dengan hal pahala kebaikan. Setiap manusia yang sabar musibah akan digugurkan dosanya.

Doa Pagi dan Petang Allahumma inni as aluka ahwal wal afiyah fiddunia wal akhirah.
Ya Allah, aku memohon keampunan dan kesihatan pagi dan petang dunia akhirat.

Bahrulmazi baba 14 Perubatan 

HR At Turmuzi Sabda Nabi s.a.w.
1) Jaga kesihatan
2) Elak cari mudarat
3) Minum sesuatu yang boleh mengeluarkan kekotoran dalam badan

Wednesday, October 14, 2015

Adab Doa kerana doa cara Rasulullah s.a.w. itu ibadah

Ustaz Shamsuri BahrulMazi jilid 21 Doa dengan makna 
Ibadah Masjid Abdullah Fahim 14-10-15

Hasan Sahih Abu Daud dari anak kepada Saad Abi Waqaz r anhuma sabda Nabi s.a.w. Jangan melampau dalam berdoa.

Sahih Abu Daud dari Anaz b Malek ra. sabda Nabi s.a.w. doa antara habis azan dan sebelum iqamah tidak akan ditolak Allah.

Sahih Imam Muslim dari Abdullah bin Amru Al-Az ra sabda Nabi s.a..w. Siapa yang berselawat kepadaku sekali nescaya Allah berselawat ke atasnya sebanyak 10 kali. Doakan untukku apabila selepas azan kerana isi kandungan doa itu adalah menempah satu kediaman Al-Wasilah untukku di syurga dan sebagai ganti, aku akan berikan syafaat padanya di syurga.

Sahih AtTirmizi dari Jabir ra sabda Nabi s.a.w. Doa selepas azan itu adalah halal kepadanya syafaat Rasulullah s.a.w di hari kiamat. "Allahumma rabba hazihid da'watit-tammah. Wassolatil qa imah. A-ti Muhammadanil wasilata wal-fadhilah. Wab' ath-hul maqamal mahmudal lazi wa'ad-tah."

Sahih AnNasai, dari Saad Abi Waqaz ra sabda Nabi s.a.w. kepada yang berdoa sebelum takbir memulakan solat seperti ya Allah, kurniakan nikmat lebih baik daripada yang Engkau kurniakan kepada golongan solehin. "kamu akan dapat pahala seumpama mati syahid"

Sahih At Tirmizi dari An Nuqman bin Basyir ra sabda Nabi s.a.w. Doa itu ibadah. 

Mustajab doa 
  1. 4-5 pagi, 
  2. antara 2 kutbah jumaat, 
  3. selepas azan sebelum iqamah, 
  4. ketika sujud dalam solat (ingat dalam hati "ampunkan dosaku, murahkan rezkiku"
  5. bulan Ramadhan

adab doa, menghadap kiblat. 
Sahih Bukhari dari Salim b Abdillah b Omar b Alkhattab ra. Nabi s.a.w. menghadap arah kiblat kemudian berdoa sambil mengangkat tangan selepas melontar jamrah. Lontar jamrah ialah baca "bizmillahi Allahu Aqbar 7 kali untuk setiap lontaran sebanyak 7 kali"

Al-Isra' 110, Jangan solat suara terlalu kuat dan terlalu perlahan, ambil yang pertengahan. 

Monday, October 12, 2015

Manusia bila miskin kerap mengeluh bila kaya jadi kedekut KECUALi (AL-MAARIJ 70:19-35)



Jabir ra bertanya Rasulullah s.a.w. akan pembahagian harta warisan. Nabi s.a.w. diam menanti keputusan Allah.  Turun hukum fara’ih surah AnNisa ayat 11 lelaki 2 bahagian manakala perempuan 1 bahagian.
Sahih Bukhari dari Masruk ra dari Ibnu Mas’Ud ra sabda Nabi s.a.w. sekiranya ada ilmu, wajib dikongsikan tetapi sekiranya tidak tahu, katakan allahu alam@walla hu alam.

Ustaz Shamsuri – Tafsir Nurul Ihsan jilid 4 ms 221 Tafsir Surah Al-Maarij Ayat 70:19-35,Surau Taman Kerian 12.10.2015


70:19 Manusia dijadikan gelisah dan kedekut. 70:20 Bila miskin kerap mengeluh. 70:21 Bila kaya jadi kedekut.
70:22-23 KECUALI yang (1) Sentiasa memelihara solat
70:24-25 (2) Bersedekah bahagian hartanya kepada golongan miskin.
70:26 (3) Hati yang bergantung pada hari pembalasan.
70:27 (4) Mereka yang sentiasa cemas akan dasyatnya azab seksa Allah. 70:28 yang mana seksaan keras ini tidak terlepas bagi manusia berdosa. Sahih At Tirmizi sabda Nabi s.a.w. api dunia hanya 1/70 panas api neraka.
70:29 (5) Memelihara kemaluan dari berzina 70:30 melainkan persetubuhan halal. 70:31 Sesiapa yang menginginkan selain dari itu, mereka ini melampaui batas.
70:32 (6) Amanah dan tepati janji
70:33 (7) Saksi yang adil
70:34 (8) Mereka yang menjaga kualiti solat
70:35 Mereka yang menjaga 8 sifat ini bakal memperolehi syurga.







Monday, October 5, 2015

An Nahl 16:84-89 Quran Hadis panduan ke syurga



Kafir Quraisyh mencabar Nabi s.a.w. agar disegerakan azab. Allah datangkan kemarau  berjerebu sehingga mereka kebuluran. AdDhukan ayat 10 Bencana kemarau berjerebu akibat dosa manusia.

Sahih Muslim dari Huzaifah b asid alghifari ra. sabda Nabi s.a.w. Menjelang kiamat akan terjadi:

1)      Asap debu memenuhi bumi
2)      Keluarnya Dajal
3)      Binatang dabah merangkak keluar ke muka bumi
4)      Matahari terbit di sebelah Barat
5)      Nabi Isa as turun pada waktu Subuh dan akan menjadi imam solat.
6)      Gempa bumi seluruh pelusuk bumi
7)      Yang terakhir akan keluar api dari Yaman mengejar manusia hingga berkumpul di suatu tempat. 




Ustaz Shamsuri - TN 2 Tafsir Surah An Nahl Ayat 16:84-89,Masjid simpang empat 5.10.2015

Pengajian kitab Tafsir nurul ihsan ms313 AnNahl 84-89
16:84 Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra Sabda Nabi s.a.w. 2 malaikat Mukar dan Nakir berpakaian kebiru-biruan akan tanya manusia yang baru dikebumikan. Umat akhir zaman ditunjukkan wajah Nabi Muhammad s.a.w. Sekiranya muslim yang soleh akan lancar jawapanya’ dan diluaskan kuburnya 70 hasta serta terang di dalamnya manakala sekiranya tidak beriman maka bumi menghimpit sehingga bertemu tulang rusuk sehingga kiamat. Manusia tidak dibenarkan kembali ke dunia selepas mati.
85 Kafir diperlihatkan neraka dan terus masuk ke dalamnya.
86 Wahai Tuhan kami, itulah penyebab kami syirik dan dihumban ke neraka. Benda atau makhluk sembahan pula membalas, kami tidak menyuruh mereka menyembah kami sedangkan nafsu mereka yang menyebabkan mereka menjadi kafir sesat.
87 Kafir mengaku kesalahan dan bersedia menerima hukuman.   
88 Akhirnya, kafir diazab dengan gandaan seksa akibat kekafiran mereka.
89 Di akhirat, para nabi akan menjadi saksi umat masing-masing. Nabi Muhammad s.a.w. akan memilih umatnya dikalangan seluruh manusia. Quran Hadis merupakan panduan menuju ke syurga.

Tuesday, May 26, 2015

Ramadan berlalu pergi dengan sia-sia, zikir kuat bid'ah



Bisik mala’ikat Jibril as pada Nabi s.a.w. celakalah manusia apabila Ramadhan datang tetapi dosanya tidak diampun, celakalah manusia yang tidak berkhidmat pada ibubapanya dan celakalah manusia yang tidak berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. apabila mendengar nama tersebut.
Jawab Rasulullah s.a.w. amin, mudah-mudahan umat aku sentiasa berselawat ke atasku. 

HR Abu Hurairah ra. doa solat jenazah Nabi s.a.w. ya Allah, aku hamba Engkau. Jenazah ini bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, dia bersaksi bahawa Muhammad itu hamba engkau dan Rasul engkau. Aku tengok dia kelihatan baik tapi Engkau lebih mengetahui. Sekiranya dia benar-benar baik, tambahkanlah kebaikan dia ya Allah. Sekiranya Engkau nampak, sebaliknya, ampunilah dia. Janganlah halang kami akan pahalanya, janganlah fitnah kami setelah kematiannya. 

Ustaz Shamsuri – BM 2 Bab Membaca Tahiyat Awal Atau Akhir Dengan Bacaan Perlahan,Masjid Padang Temusu 26.5.2015


Al-Ahzab 41 Sebutlah zikrullah siang dan malam
Al-Araf 205 Sebut nama Tuhan engkau dalam hati dalam keadaan rendah diri dan takut pada Allah dengan jangan menyaringkan suara pagi dan petang.
Ahli sufi sejati dan Guru Sufi Ibnu Al-Humam mazhab Hanafi berpegang pendirian Imam Abu Hanifa yang menyatakan nas dalil pada ayat Quran di atas dengan menyatakan zikir dengan nada kuat itu adalah rekaan dan bid’ah.   
Zikir yang ada nas membenarkan suara sedikit kuat ialah Azan, Iqamah, Takbir Raya, Takbir Intiqalat@pemberitahu makmum yang imam pindah rukun dan talbiah haji umrah.
Hasan Gharib At Tirmizi dari Abdullah b Mas’Ud ra, tahiyat dibaca perlahan  
Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Wail b Hujir ra.  Tahiyat Nabi s.a.w. duduk melipat kaki kiri dan duduk di atasnya seperti duduk Iftirashi. Tangan kiri atas peha kiri.
Sahih Abu Daud dari Abu Humaid ra. Ketika Nabi s.a.w. duduk atas lipatan kaki kiri baginda, kaki kanan didirikan dan menghadap kiblat. Tangan kanan atas lutut kanan dengan genggaman kecuali jari telunjuk.

Monday, May 18, 2015

Al-Maidah 5:54-60



Ustaz Shamsuri - TN 1 Tafsir Surah Al Maidah Ayat 54-60,Masjid Taman Brown 18.5.2015

Sahih Bukhari dari Anaz b Malek ra. Nabi s.a.w. telah mengumumkan kesyahidan Zaid b Haritah, Jaafar b Abi Talib dan Ibnu Rawahah dalam secara langsung dalam perang Mut’ah.
Sahih Bukhari dari Ibnu Omar r anhuma yang merupakan salah seorang peserta perang Mut’ah. Kesan tikaman dan tetakan pada badan Jaafar tidak kurang dari 50 kali.
Sahih Muslim dari Abdullah bin Jaafar Abi Talib. Nabi s.a.w. kebiasaanya apabila balik dari musafir akan mengutamakan cucu-cucu baginda tetapi apabila yang sampai dahulu itu adalah anak Jaafar maka Rasulullah s.a.w. mengutamakan Abdullah b Jaafar mendahului cucu-cucunya.
Sahih Muslim dari Ibnu Omar ra. Rasulullah s.a.w. memarahi tentera yang merendahkan kepimpinan Usamah b Zaid. Demi Allah, siapa yang berkata buruk pada Usamah b Zaid, dia juga berkata buruk padaku kerana Usamah ini pilihanku.
Sahih Muslim dari Al-Miswar ra. sabda Nabi s.a.w. 3 kali. Sekiranya Ali b Abi Talib berkenan dengan anak bani Hisyam ini, maka ceraikan anak aku kerana Fatimah itu sebahagian dariku. Sakiti Fatimah sama seperti sakitiku. Aku tidak mengharamkan yang halal, lelaki muslim boleh berkahwin 4 tetapi demi Allah, aku tidak benarkan anak aku bermadukan keturunan musuh Allah.


Tafsir Quran kitab Nurul Ihsan jilid 1 ms 230. Surah Al-Ma’idah ayat 54

Sumber CNN, menjelang 2050 nisbah 6/10 muslim

Golongan murtad golongan pertama mengikut Nabi palsu Aswad Al-Ansi seorang bomoh yang hebat bercakap dihadapan orang ramai dalam majlis Bayan/penerangan, kedua ialah banu Hanifah pakar pembuatan senjata diketuai Musailamah Al-Kazzaf dan ketiga ialah puak Nabi palsu Tulaihah Al-Asadi yang berbadan kebal dan tidak lut senjata.


5:54 Sekiranya muslim murtad, Aku bawakan satu kaum baru yang mana mereka berlemah lembut dikalangan muslim, mereka kental dengan kejian, mereka sangat sayang padaKu dan Aku juga sayang pada mereka. Mereka kuat berjihad pada jalan Islam dan mengangkat martabat Islam ke peringkat tertinggi.  
5:55 Ayat ini turun berkisarkan ketua rahib yahudi yang memeluk Islam iaitu Abdullah Ubai bin Salam.
Ketika  Rasulullah s.a.w. bertanya akan ketua rahib mereka, para rahib Yahudi memuji Abdullah Ubai b Salam dengan setinggi-tinggi pujian tiba-tiba setelah Nabi s.a.w. memanggil Abdullah Ubai bin Salam untuk menzahirkan keislamannya dihadapan para rahib Yahudi. Para Rahib ini sekelip mata mengutuk  Abdullah Ubai bin Salam dengan seburuk-buruk cercaan lalu beredar dari rumah Rasulullah s.a.w.
Allah beritahu muslim yang baru memeluk Islam. Sesungguhnya Allah dan Rasul adalah sebaik-baik penolong dan rakan.  Maka jadilah orang yang masuk ke dalam golongan orang-orang yang beriman, solat, zakat dan istiqamah perintah Allah.
5:56 Janji Allah ialah golongan yang berpegang pada taat segala perintah Allahakan dijanjikan kemenangan.
5:57-58 Wahai mukminin, jangan terima kafir sebagai pemimpin kamu kerana mereka selalu mempermainkan Islam.
5:59 Nabi Muhammad s.a.w. mengiktirafkan semua nabi termasuk Musa dan Isa tetapi Yahudi menghina Islam kerana turut mengiktirafkan Nabi Isa as. Allah memerintahkan Nabi s.a.w. mengatakan Yahudi ini jahat kerana hanya terima sampai Musa as dan menolak selepas Musa. Allah menegaskan, menolak Islam itu adalah kafir.
5:60 Allah pernah murka dan melaknat golongan seperti ini dahulu iaitu bani Israel yang melanggar larangan menangkap ikan pada hari Sabtu dimana kanak-kanak dijadikan beruk dan yang tua menjadi babi sehingga mereka tidak dapat meninggalkan zuriat sampai mereka mati.