Nota Cinta

Wednesday, February 14, 2018

Maha Suci Allah

Ustaz Shamsuri - BM 21 ms 96 Bab Maha Suci Allah Dari Cacat Cela, Masjid Abdullah Fahim 14.2.2018
Syirik kafi/tersembunyi/tanpa sedar, Sahih ibnu Majah sabda Nabi saw. Pejuang syahid, ustaz dan dermawan dibawa mengadap Allah di akhirat dimana setiap seorang mengatakan melakukan niat kerana Allah. Firman Allah SWT, Kamu bohong, wahai malaikat, campakkannya ke neraka kerana yang dilakukan tersebut ada sampingan iaitu dengan niat untuk menunjuk.
Hadis Qudsi, Allah berfirman, Aku tidak berikan pahala kepada niat keranaKu bercampur kerana lain. Pergi minta pahala kepada mereka yang kamu tunjuk itu bukan denganKu.
Sahih Abu Daud, tertanya Abu Dzar, siapa 3 golongan teruk sangat ni,  Jawab Nabi saw. Golongan Sombong, Golongan Ungkit seperti ceritakan bantuannya kepada orang lain dan Golongan bohong meniaga.
Sahih At Tirmizi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Allah Maha Suci. Maha Suci Allah dari sebarang kebinasaan, kekurangan, aib dan benda busuk. Allah tidak terima amalan melainkan dari sumber halal. Firman Allah, makanlah benda halal dan beramal soleh.

Tuesday, February 6, 2018

Sunnah Manisan

Ustaz Shamsuri - BM 12 Bab Nabi Suka Makan Manisan Dan Madu,Masjid Sultanah Bahiyah 6.2.2018
Sahih At Tirmizi dari Abi Said Al Qudri ra sabda Nabi saw kepada pemuda yang ulang alik 3 kali asyik bertanyakan kenapa perut abangnya tetap sakit walaupun telah diberi madu. "Allah tidak menipu (An Nahlu 69), perut abang kamu yang menipu." Pemuda tersebut kembali berusaha memberi madu dan akhirnya abangnya sembuh.
Sahih Bukhari dari Saad Abi Waqas ra, sabda Nabi saw. Sarapan jumlah ganjil 7 buah kurma ajwah/Madinah akan membentengi diri dari racun dan sihir.
Sahih At Tirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Dalam Cendawan ada cecair yang menyembuhkan penyakit mata dan kurma ajwah adalah buah dari syurga yang merupakan penawar racun.
Hadis gharib At Tirmizi dari Abdillah Al Mizzani ra. sabda Nabi saw lebihkan kuah bila masak lauk agar dapat dirasai bersama walaupun kehabisan lauk.
Sahih At Tirmizi A'syah r anha sabda Nabi saw lebihkan makanan untuk kejiranan.

Monday, February 5, 2018

Israk Mikraj, "aku malu dengan Allah" JUMPA ALLAH 10 KALI

5/2/2018, Masjid Simpang Empat syarah Ustaz Shamsuri.

Sahih Bukhari dari Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Lawatilah Masjidil Haram Mekah, Masjidil Aqsa BaitulMaqdiz dan Masjid Nabawi Madinah. 

Sahih Ibnu Majah dari Abdillah b Amru Al Az ra sabda Nabi s.a.w. Setelah Nabi Sulaiman as bin Nabi Daud as bina BaitulMaqdiz, baginda berdoa kepada Allah meminta kuasa ketuhanan, kerajaan terkuat dan dihapu
skan dosa bagi siapa yang solat di Masjidil Aqsa. 

Surah Saba ayat 14 Kami wafatkan Nabi Sulaiman as dalam keadaan tegap bertakhta di kerusi singgahsana baginda sehinggalah anai-anai selesai memamah tongkatnya menyebabkan jenazah baginda tersungkur. Alangkah terkejutnya para jin sambil mengeluh "sekiranya kami tahu Sulaiman telah lama wafat, kami tidak akan bekerja di istana ini."

Pengajian tafsir Nurul Ihsan jilid 2 Surah Al-Isra 111 ayat Makiah 8 ayat Madaniah
1) Kami tunjuk keajaiban Israk Mikraj merupakan tanda kekuasaan dan kebesaran Allah. 


Sahih Bukhari Muslim, sabda Nabi s.a.w. Dari Mekah ke Baitulmaqdis, Nabi Muhammad s.a.w. menaiki Buraq@kecil dari anak kuda dan besar sedikit dari keldai dengan kelajuan sekali langkah sejauh mata memandang. Setelah mengimamkan para Nabi dan para mala'ikat dalam solat berjemaah di Masjid Buraq Baitulmaqdiz, baginda dihidangkan arak dan susu tetapi Nabi s.a.w. memilih susu untuk minum. Mala'ikat Jibril memberitahu yang baginda memilih fitrah. Setiap pintu-pintu langit, mala'ikat Jibril dan Rasulullah s.a.w. akan ditahan oleh para mala'ikat yang bertanyakan akan identiti mereka. Jibril membawa Nabi s.a.w. berjumpa para Rasul, dimulai (Langit Pertama) Nabi Adam as, (Langit Ke-2) Nabi Yahya as dan Isa as, (Langit ke-3) Nabi Yusof as, (Langit ke-4) Nabi Idris as, (Langit ke-5) Nabi Harun as, (Langit ke-6) Nabi Musa as dan (Langit ke-7) Nabi Ibrahim as yang ketika itu bersandar di Baitul Makmur@seumpama Baitullah di muka bumi.  Semua baginda Rasul mengucapkan selamat datang Nabi yang soleh sambil berdoa kepada Nabi Muhammad s.a.w. Daun-daun pohon di Sidratul Muntaha berskala telinga gajah. Keindahan Sidratul Muntaha dengan persekitaran alam semulajadinya termasuk pohon-pohon dan daun-daun sentiasa berubah warna-warni dengan keindahan melepasi kemampuan gambaran manusia. 

Ketika Rasulullah s.a.w. kembali dari Sidratul Muntaha, di Langit ke-6, Nabi Musa as bertanyakan akan urusan tujuan Rasulullah s.a.w. Sabda Nabi s.a.w. "Allah sudah memfardukan solat 50 waktu kepada umatku". Musa menasihati agar dikurangkan waktu tersebut kerana umatnya bani Israel sendiri tidak mampu menunaikan 3 waktu dengan setiapnya 2 rakaat. Setelah berulang-alik 10 kali berjumpa Allah dan Musa, akhirnya Allah memutuskan menjadi 5 waktu. Firman Allah, lagi satu wahai Muhammad, sekiranya umat kamu berniat buat baik maka bonus 1 pahala akan Kami Anugerahkan. Di langit ke-6, Musa masih menyarakankan agar 5 waktu itu diringankan menjadi 1 waktu. Balas Rasulullah s.a.w. "cukuplah, aku malu dengan Allah."

Riwayat Hakim dari Ibnu Abbas r anhuma. Sabda Rasulullah Nabi Muhammad s.a.w. aku berjumpa Allah dengan mata kepalaku sendiri sebanyak 10 kali.