Nota Cinta

Tuesday, March 4, 2014

Sibuk tajwid, lupa suruhan Quran

Muqaddimah
Sahih Al-Muwattaq Imam Malek, Abdullah b Mas’Ud ra. Umat akhir zaman sibuk memelihara tajwid, taranum dan huruf Quran.Dalam masa yang sama mensia-siakan suruhan dalam Quran. Banyak persoalan di dalam kepala, amat sedikit yang betul-betul alim yang dapat menjawab persoalan tersebut.  Zaman itu, kutbah panjang berjela manakala solatnya pendek sekali. Berbeza pada zaman kami, para sahabat. Kutbah ringkas tetapi melekat di kepala. Orang pada zaman itu mendahului nafsu dari amalan.

Sahih Imam Ahmad, Abdillah b Amru b Al-Az ra sabda Nabi saw. Akhir zaman, Allah mematikan orang-orang baik dan yang tinggal hanya yang tidak amanah. Ummah akan berbeza pendapat dan sering bertelagah. Mereka longgar pegangan Hadisku tidak tahu mana benar mana batil.

Sahih Abu Daud sabda Nabi saw. Akhir zaman, tinggalkan kenyataan yang dirasakan ada sesuatu tidak kena dengan Quran hadis dan jangan terima bukan hak kita.

Bahrulmadzi jilid 16 Masjid Sultanah Bahiyah 4-3-14
Hasan Sahih At Tirmizi Abi Baqrah ra. Seorang sahabat melaporkan mimpi sebuah penimbang gergasi turun dari langit dihadapan Rasulullah s.a.w dan ramai para sahabat. Timbangan iman Nabi saw lebih berat berbanding Abu Bakar As-Siddiq, timbangan Abu Bakar melebihi berbanding Omar dan Omar melebihi Osman sebelum tiba-tiba timbangan tersebut kembali ke langit.

Hadis status Grahib At Tirmizi. A’isyah ra, sabda Nabi s.a.w pada Khadijah r ha bahawa baginda pernah bermimpi allahyarham Waraqah b Nawfal berpakain putih. Sabda Nabi saw. Mimpi allahyarham berpakaian putih tandanya ahli syurga.

No comments:

Post a Comment