Nota Cinta

Monday, March 17, 2014

Adam sedekah umur pada Daud (muq) Al-Ma'idah 21-26

Muqaddimah
Sahih At Tirmizi Imam Al-Albari sabda Nabi s.a.w. Sebelum Hawa dijadikan, Allah menunjukkan pada Nabi Adam as umat yang terkemudian iaitu anak cucu Adam. Belakang badan Nabi Adam as disapu lantas luruh jiwa-jiwa manusia yang bakal lahir ke dunia sehingga hari kiamat. Di khalayak ramai manusia, Adam tertumpu pada sepasang mata paling bercahaya dan ditanya pada Allah, siapakah manusia yang matanya paling bercahaya itu. Allah berfirman, dia ialah Daud as dan umurnya sehingga 60 tahun. Adam meminta Allah menerima sedekah 40 tahun umur baginda pada Daud as. 

Apabila sampai ajal Adam as, mala'ikat maut datang pada Adam as. Tiba-tiba Adam bertanya mala'ikat maut, bukankah umurku berbaki 40 tahun lagi? Disebabkan Nabi Adam as mengingkari janji tersebut, manusia hari ini atau anak cucu adam akan ada yang berperangai sebegitu. 

Sahih Muslim Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Hukum takdir basi kepada makanan diturunkan oleh kerana sikap bani Israel terdahulu. Kerana Hawa khianati Adam as dengan mengingkari memakan buah pohon larangan, maka hari ini isteri khianati suami. 

Pengajian kitab Nurul Ihsan surah Al-Ma'idah ayat 21-26 jilid 1 syarah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad bertempat di Masjid Al-Taqwa Taman Brown P.Pinang bertarikh 17-3-14

ms216 Kronologi Musa masuk Baitulmaqdiz (Quran & Sahih Muslim) 
gambar hiasan

Bani Israel mengatakan mereka adalah anak kesayangan Allah dan hanya bangsa mereka kekasih Allah, maka pembunuhan bangsa lain selain mereka adalah biasa. Nama Nabi Musa as disebut 136 kali dalam Quran sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. hanya disebut 5 kali saja. 
Musa dilahirkan ditengah kegemilangan amalan sihir pada zamannya. Setelah Nabi Musa as menampar seorang tukang masak dari kaum kibti bangsa Fir'Aun. Musa melarikan diri dan kemudian ditakdirkan berkahwin dengan anak Nabi Syu'aib as di Madyan. Setelah Musa menghadapi ramai penyihir Fir'Aun, akhirnya Musa berundur. 
Allah menurunkan bala ujian dengan seluruh kemudahan air termasuk minuman di kampung Mesir bertukar menjadi darah, serangan belalang pemusnah tanaman dan seluruh kampung dipenuhi katak. Allah menarik kembali bencana setelah didoa oleh Musa as bagi setiap ujian. 

Akibat keingkaran pengikut Musa untuk tidak menyerang kaum bangsa gagah kaum Ad di Baitulmaqdiz, Musa dan pengikutnya 600'000 orang disesatkan di padang pasir Sinai selama 40 tahun. Allah menjanjikan kemenangan pada bani Israel tetapi mereka tetap enggan berperang. Mala'ikat maut datang menyeru maut kepada Musa dalam bentuk manusia tetapi ditampar oleh Nabi Musa as. Musa tidak menyedari itu adalah mala'ikat maut. Mala'ikat maut kembali melaporkan pada Allah dan malaikat maut diperintah kembali oleh Allah supaya bertanyakan pada Musa berapa lama lagi baginda Musa mahu hidup. Akhirnya, Musa wafat dan kubur Musa tidak jauh dari Baitulmaqdiz. Kuburnya di kawasan tanah kemerah-merahan sempadan Jericho tepi jalan utama menuju ke Juruselem. SAHIH AT TIRMIZI menurut sabda Rasululllah s.a.w

3 Nabi yang Allah tahan matahari akibat doa mereka---Nabi Yusyaq, Musa dan Nabi Muhammad s.a.w. 

No comments:

Post a Comment