(51-52) Takutlah pada yang satu iaitu hanya Allah, Pencipta
seluruh alam meliputi langit dan bumi.
(53) Segala nikmat pada manusia semuanya dari Allah dan
apabila manusia ditimpa kesusahan, kepada Allah jua manusia meraung memohon
pertolongan. (54-55) Selepas kesusahan dihapuskan, manusia kembali kufur lalu
berterusan hanyut terus menantikan balasan
neraka di akhirat.
(56-57) Arab Jahiliah mengatakan Allah ada anak perempuan
sedangkan mereka menanam anak perempuan mereka hidup-hidup.
(58- 59) 2 suku arab Jahiliah iaitu Bani Tamim dan Bani Asad
kufur nikmat dengan tanam anak perempuan hidup-hidup kerana rasa malu. (60) Tidak
beriman itu memiliki sifat buruk dan hanya bagi Allah sifat tetpuji
No comments:
Post a Comment