Nota Cinta

Wednesday, January 8, 2014

ADAM as EQUALITY IN ISLAM

Sahih Muslim Anaz b Malek ra sabda Nabi saw. Manusia berhenti mengejar dunia setelah dijemput ajal. 
Sahih Ibnu Majah Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Umur umatku 60-70. Sangat sedikit melepasi 70. 
Sahih Muslim Jabir ra sabda Nabi saw. Manusia dibangkitkan di akhirat berdasarkan saat akhir kematiannya. HR AtTirmizi Ibni Omar ra sabda Nabi saw. Mati di Madinah akan tentu dapat syafaatku. 

Bahrulmazi jilid 21 tafsir Al-Baqarah ayat 30 menurut Syeikh Idris Al-Marbawi (gabungan pelbagai riwayat) syarah oleh Dato' Shamsuri Hj Ahmad pada kuliah pengajian bertarikh 8-1-14

Mala'ikat Jibril diperintahkan Allah untuk mengutip tanah dari bumi tetapi bumi enggan bekerjasama memberikan tanah. Kini, Mikail pula diperintahkan oleh Allah dengan tujuan yang sama tetapi juga menerima nasib yang sama. Akhir sekali, Izrail diperintahkan Allah bagi memikul tugas tersebut dengan ucaptamanya pada bumi berbunyi, "hamba mesti laksanakan tugas dan berlindung dari murka Allah". Akhirnya bumi akur. Izrail menggauli tanah dengan pelbagai jenis 7 lapisan tanah liat yang diperam dengan campuran air masin, tawar dan busuk. Sebuku tanah liat Nabi Muhammad saw dan sebuku tanah liat Adam as dicampur untuk ditempa di pintu syurga selama 40 tahun. walla hu alam. 

Iblis ketika itu sebelum menjadi iblis meresap ke tubuh anatomi Adam untuk melihat-lihat struktur saraf dan rongga-rongga yang belum lagi ditiupkan roh. 

Roh dimasukkan secara dipaksa menerusi ubun-ubun kepala turun pada mata. Kemudian turun ke hidung lalu bersin dan turun ke lidah lalu ucapan kalimah, "Alhamdulirabbil alamin." Bila roh sampai ke lutut, tubuh manusia pertama cuba bangun tetapi tidak mampu buat kali pertama sebagai tanda manusia sememangnya bersifat terburu nafsu dan gopoh. 

7 pintu atas bermula 2 telinga, 2 mata, 2 lubang hidung dan 1 mulut.
2 pintu bawah iaitu Kubul dan Dubur untuk hampas makanan dan minuman. 
Dijadikan akal di otaknya untuk berfikir, hati untuk perasaan dan nafsu syahwat di pinggangnya. 
Dijadikan sifat marah di hatinya dan sifat gemar di paru-parunya. 
DIjadikan sifat tertawa, pura-pura dan sukacita pada wajahnya. 

Maha suci Allah memberi dengar dengan tulang, lihat dengan lemak, tutur dengan daging, tahu dengan darah, cacaknya syahwat dan pendinding syahwat itu ialah sifat malu. Tinggi Nabi Adam as atau manusia pertama ialah 60 hasta. 

No comments:

Post a Comment