Nota Cinta

Monday, April 4, 2016

Kenapa UJIAN, An-Nahl 91-93

Ustaz Shamsuri - TN 2 Tafsir Surah An Nahl Ayat 92-94, Masjid simpang empat 4.4.2016

Hasan Ibnu Majah  sabda Nabi s.a.w. Sesungguhnya , Allah bila menyayangi seseorang atau satu kaum maka mereka akan diuji. Sesiapa yang redha ujian Allah akan mendapat keredhaan Allah. Siapa yang memarahi ujian Allah maka akan mendapat kemurkaan Allah.

Al-Baqarah 155, Kami pasti menguji semua manusia samada ujian dalam bentuk takut, lapar, tiada wang, ancaman jiwa mahupun nyawa serta tanaman tidak menjadi maka bergembiralah orang yang sabar.
An Nahl 112, Allah pernah mengurniakan limpahan rezeki tanaman menjadi dan rezeki aman tenteram makmur kepada sebuah negeri tetapi penghuni negeri tersebut tidak bersyukur malah kufur kepadaKu. Mereka dihukum dengan pakaian kelaparan dan ketakutan akibat perbuatan mereka sendiri.
Sahih Bukhari sabda Nabi s.a.w. Kiamat tidak akan terjadi melainkan apabila seseorang mengatakan kepada ahli kubur alangkah baiknya aku jadi ahli kubur dari hidup dengan penuh tekanan  duniawi.


Sahih Ibnu Majah, Anaz b Malek ra. Ketika perang Uhud, teriak Nabi s.a.w. "bagaimanakah Allah hendak beri pertolongan kepada kaum yang membiarkan Nabi mereka berlumuran darah." Nabi s.a.w. pada yang sama berdoa, "Ya Allah, jangan biarkan pembesar2 kafir Quraish dikalanganku yang mati kerana mereka adalah strategi dakwahku." Turun firman Allah, "wahai Rasul, kamu tiada kuasa dan Aku lebih mengetahui dan mereka ini adalah zalim."

Sahih Ibnu majah, Mala'ikat Jibril menunjukkan tanda kebesaran Allah apabila melihat Nabi.s.a.w. berdukacita akibat diusir dan dipukul penduduk Mekah. Jibril meminta Nabi s.a.w. memanggil sebatang pokok dihadapannya. Sebatang pokok datang berjalan berjumpa dihadapan baginda. Kemudian Jibril meminta Nabi s.a.w. menyuruh pokok tersebut kembali ke tempatnya. Pokok itu kembali berjalan ke tempat asalnya. Barulah baginda Rasulullah s.a.w. faham bahawa Allah sentiasa Maha Melihat keadaan baginda yang sedang dibuli umatnya. 

Sahih Abu Daud, sabda Nabi s.a.w. Orang yang bahagia ialah yang tidak diuji dan apabila diuji dia sabar. 

SURAH AN NAHL 

16:91 Sempurnakan setiap janji dengan Allah. 
16:92 Jangan sia-siakan janji dan jangan gunakan nama Allah sebagai sumpah janji kemudiannya mengkhianati janji. 
16: 93 Sekiranya Allah mahu, seluruh manusia di dunia ini beragama Islam. Hidayah dan Kesesatan itu kehendak Allah menurut hukum peraturan IslamNya. Jangan khianat sumpah dengan nama Allah. Jangan halang atau melarang manusia ke jalan Islam kerana seksaan Allah amatlah keras lagi dasyat

Tuesday, March 22, 2016

SALAM AKHIR SOLAT NABI S.A.W.

Ustaz Shamsuri - BM 2 Bab Bagi Salam Selepas Solat ,Masjid Padang Temusu 22.3.2016

Sahih Abu Daud sabda Nabi s.a.w. Amalan mula-mula diteliti ialah SOLAT dan kecacatan amalan fardu akan dibantu oleh amalan sunat.
Hasan Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Golongan muflis ialah yang amalan pahalanya diberi kepada mangsa hasil dosa mulut dan perbuatannya semasa di dunia manakala dosa si mangsa diletak kepadanya.

Bahrulmazi jilid 2 ms203 bab bagi salam selepas solat

HR AtTurmuzi ra. Abdullah b Mas'Ud ra. Salam akhir solat Nabi s.a.w. Mengucapkan Assalamualaikum warahmatullah sambil memalingkan muka ke kanan dan, Mengucapkan Assalamualaikum warahmatullah sambil memalingkan muka ke kiri.
Sahih Muslim sunat 2 salam (2 kali lebih AFDAL@Imam AsSyafi'e)

Hasan Sahih AtTurmuzi dari Abi Hurairah ra. Nabi s.a.w. segerakan salam
dan tahyat akhir.

Monday, March 21, 2016

HARAM MENGKAFIRKAN dan DALIL KRISTIAN SESAT (HARAM MELAMPAU@EXTREME)

Ustaz Shamsuri - TN 1 Tafsir Surah Al Maidah Ayat 73-77, Masjid Taman Brown 21.3.2016

Sahih Bukhari, Abdullah b Mas'Ud. Nabi s.a.w. Sekiranya miskin tapi hendak kahwin, jadikanlah sehelai kain sebagai mas kahwin atau nikah. Al-Ma'idah 87 Janganlah mengharamkan yang halal. Jangan melampau batas agama. 

Sahih Muslim Jundab ra, sabda Nabi s.a.w. Seorang lelaki berkata" Demi Allah, Allah tak ampunkan dosa dia." sedangkan Allah pula berkata, "siapakah dia ni yang begitu sombong takabur malah bersumpah dengan nama Aku dengan mengatakan Aku tak ampunkan dosa orang itu padahal Aku telah mengampunkan dosa orang yang dikatanya. Aku akan sia-siakan amalan orang yang berkata demikian"

Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra, sabda Nabi s.a.w. Allah sentiasa hendak memustajabkan doanya selagi mana doanya tidak berbentuk dosa. Allah tidak akan memenuhi doa mereka yang putus asa dan hilang keyakinan kepada Allah. 


NURUL EHSAN JILID 1 MS236

Al-Ma'idah 5:73 Mengatakan tuhan ada 3 itu kafir kerana Allah itu Maha Esa dan kesudahan kafir di neraka.
5:74 Tetapi sekiranya mereka sedar kesalahan mereka dan bertaubat maka Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. 
5:75 Maryam iaitu ibu kandung Nabi Isa itu adalah manusia biasa yang makan minum dan bukan isteri Tuan atau ibu Tuhan sedangkan Allah itu tidak makan dan tidak minum. 
Surah Maryam 30, Nabi Isa a.s. berkata "aku hamba Allah bukan anak Tuhan atau Tuhan, pembawa kitab Injil dan Allah lantik aku jadi Nabi." Maryam 36, Nabi Isa berkata" Allah itu Tuhan aku dan Tuhan kamu semua maka sembahlah Dia bukan aku, jangan sembah aku, inilah jalan yang lurus. 
5:76 Fahamilah wahai Muhammad, Nasrani itu jelas sesat dan berikanlah dalil kebenaran kepada mereka agar mereka sedar akan kesesatan yang sedang mereka lalui. 
5:77 Oleh kerana melampau dalam agama seperti terlalu mengagungkan Nabi Isa a.s. seperti mengatakan baginda anak tuhan atau terlalu membenci Nabi Isa a.s. sehingga mengatakan baginda anak zina maka mereka jelas golongan sesat samada terkemudian atau yang akan datang. 
HARAM MELAMPAU DALAM ISLAM Dari Ibnu Abbas sabda Nabi s.a.w. ketika mengambil batu-batu bersaiz kecil kerikil ketika melakukan ibadah melontar umrah. "Jangan melampau dalam agama seperti contoh ambil batu yang lebih besar atau lain-lain dari yang aku beritahu ini. Binasalah orang-orang yang melampau atau lebih limit atau extremis dalam agama@memberatkan dirinya dalam agama/menyusahkan diri mereka dengan agama" Jahil dalam ilmu agama disamping terlampau bersemangat dalam agama boleh merosakkan akidah. 

Wednesday, March 9, 2016

Cukur Dalam Ihram 2

Ustaz Shamsuri - BM 21 Bab Hukum Bercukur Semasa Didalam Ihram ,Masjid Abdullah Fahim 9.3.2016

HR Abu Daud dari Abdurrahman b Al-AhqNaz seorang tabi’e dari Said b Zaid ra sabda Nabi s.a.w. Ahli syurga yang diredhai Allah bermula. 1) Rasulullah s.a.w.,2)  Abu Bakar As Siddiq, 3) Omar Al-Khattab, 4) Osman b Affan, 5) Ali b Abi Talib, 6)Talhah b Ubaidillah,7) Zubair b Al-Awwam, 8)Saad bin Malek, 9)Abdur Rahman b Auf, dan 10)Said b Zaid.

Sahih Abu Daud dari Said b Zaid ra. Amalan manusia walaupun sepanjang seribu tahun tidak mampu menandingi amalan para sahabat Rasulullah s.a.w. dan kemuliaan debu pada wajah para sahabat lebih mulia dari seluruh umat Muhammad yang selepas zaman para sahabat di muka bumi ini.

Sahih Muslim dari Jabir ra. Ahli perang Badar dan yang berbai’ah dalam perjanjian Hudaibiyah itu ahli syurga.  Firman Allah, 1400 Mukmin yang terlibat perjanjian Hudaibiyah itu ikhlas bersama Rasulullah s.a.w.

HR AtTurmuzi dari Abdurahman b Yaqmur ra sabda Nabi s.a.w. Wuquf di Arafah merupakan asas rukun haji dan ia sangat penting.

Monday, March 7, 2016

ABDI DIRI(EHSAN) An Nahl 16:89-91 "Rest In Peace"

Ustaz Shamsuri - TN 2 Tafsir Surah An Nahl Ayat 89-91,Masjid simpang empat 7.3.2016
Sahih Imam Ahmad, A’isyah r anha sabda Nabi s.a.w. Sekiranya beriman dengan Allah maka wajib beriman dengan Rasulullah s.a.w. dan juga wajib bertanggungjawab jaga isteri. Sahih Imam Ahmad sabda Nabi s.a.w pada jenazah Osman b Mas’Ud r anhu. berehatlah dengan tenang. (hanya untuk orang Islam dan haram untuk orang selain Islam)

16:89 Sahih Bukhari Jibril datang ke majlis ilmu dikhalayak ramai para sahabat dengan merupakan diri sebagai pemuda tampan berjanggut ringkas, berserban dan berjubah putih serta rambutnya yang basah disikat kemas seperti selepas mandi. Kemudian jibril bertanya Nabi s.a.w. “iman itu apa, ihsan itu apa” jawab Nabi s.a.w. selepas memberitahu rukun iman. IHSAN itu Abdi diri kepada Allah sepertimana Nampak Allah atau sedang dilihat Allah. Setelah jibril berlalu pergi, Nabi s.a.w. menerangkan” itulah mala’ikat Jibril dan dia datang untuk mengajar agama kamu.”
16:90 Utamakan sedekah bermula saudara terdekat. DItegah zina. Jauhi kufur atau maksiat kepada Allah. Jangan berlaku zalim dan bersikaplah adil.
16:91 Jangan mungkiri janji taat perintah Allah kerana Allah Maha Mengetahui.

Tuesday, March 1, 2016

Kutip Makanan terjatuh

Ustaz Shamsuri - BahrulMazi jilid 12 Bab Mengutip Makanan Yang Terjatuh,Masjid Sultanah Bahiyah 1.3.2016

Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w.  KEJUJURAN YANG DIREDHAI ALLAH. Seorang pembeli tanah terjumpa emas di dalam kawasan tanah yang baru dibeli lalu menyerahkan kepada bekas tuan tanah. Tuan asal bekas pemilik tanah enggan menerima emas tersebut kerana khuatir akan rezeki yang tidak berkat. Selepas mereka berdua berjumpa hakim, hakim memutuskan agar anak bekas tuan tanah dan pembeli tanah itu dikahwinkan dengan syarat emas tersebut dijadikan belanja serta mas kahwin.

Sahih muslim dari Hisyam b Urwah. Seorang wanita menuduh salah seorang sahabat dijamin syurga iaitu Said b Zaid ra mencuri tanahnya. Ketika di muka pengadilan, Said bersumpah sekiranya beliau tidak bersalah maka penuduh tersebut akan buta matanya. Selang beberapa minggu, wanita penuduh tersebut menjadi buta. Menurut Saiz b Zaid ra sabda Nabi s.a.w. Allah akan perintahkan tujuh lapis bumi himpit sesiapa yang mengambil tanah bukan miliknya secara zalim.

Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Menjelang kiamat akan berlaku peperangan dua kelompok Islam yang besar dan pembunuhan berleluasa.

Anaz b Malek ra, Nabi s.a.w. makan dengan 3 jari dan akan menjilat ibu jari, telunjuk dan jari tengah. Baginda akan mengutip rezeki yang terjatuh kerana tidak memberi peluang kepada syaitan untuk mengambil rezeki manusia.

Sahih Abu Daud dari Ibnu Omar sabda Nabi s.a.w.  Dilarang makan minum binatang yang makanan utamanya najis. 
Hasan Sahih Gharib At Tirmizi sabda Nabi s.a.w. lagi. Habiskan makanan sehingga tiada saki –baki kerana ada barakahnya.

Imam Syafi’e, boleh dimakan sekiranya hilang bau najis pada ayam, ikan atau binatang halal yang kadang-kadang makan najis dikuarantin. Sepakat jumhur ulama, syaitan juga makan sepertimana manusia makan.  

Wednesday, January 13, 2016

Cukur dalam Ihram

Ustaz Shamsuri - BM 21 Bab Hukum Bercukur Di Dalam Ihram Atau Umrah ,Masjid Abdullah Fahim 13.1.2016

Sahih Bukhari dari Thouz ra dari Ibnu Abbas r anhuma. Akibat perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah s.a.w. menyuruh para sahabat dan baginda sendiri mengubah niat haji kepada niat umrah dengan membayar dam terkandas buat haji, diikuti sembelihan seekor kambing dengan niat dam kerana terkandas dan diikuti potong rambut serta bertahalul.  


Firman Allah, Sakit mudarat di kepala ketika ihram haji umrah, maka cukurlah dan bayar fidyah. Terjemahannya Sahih AtTurmuzi, Kaap b Ujrah tafsir dari Rasulullah s.a.w. Puasa 3 hari atau  sedekah 6 cupak makanan pada orang miskin atau sembelihan dan sedekah seekor kambing biri-biri. Semua denda fidyah ini kena dilakukan semasa di tanah haram. 

Tuesday, January 5, 2016

Jangan Makan Minum Tangan Kiri

Ustaz Shamsuri - BM 12 Tegahan Makan & Minum Dengan Tangan Kiri, Masjid Sultanah Bahiyah 5.1.2016

Sahih Bukhari dari Abi jamrah ra dari Ibnu Abbs ra sabda Nabi s,a,w, demam panas adalah hembusan neraka jahanam dan boleh disejukkan dengan air zam-zam.
HR AtTirmizi dari A’isyah r anha sabda Nabi s.a.w . Air zam-zam boleh dibawa keluar dari tanah haram. Dari Ibnu Abbas ra sabda Nabi s.a.w. air zam-zam yang diniatkan semasa diminum akan mendapat keberkatan makbul apa saja yang diniatkan semasa meminumnya.


Hasan lagi Sahih AtTurmuzi dari Ibnu Omar r anhuma, Nabi sa.w. sabda. Jangan makan minum dengan tangan kiri kerana syaitan melakukan demikian. Imam Ghazali Ihya Ulumudin, makan tangan kanan itu beradab.
Sahih Muslim sabda Nabi s.a.w. jangan menyuap makanan dan minuman dengan tangan kiri. Seorang lelaki yang enggan mendengar teguran Nabi s.a.w. telah dikeraskan tangannya oleh Allah s.w.t.
HR AtTurmuzi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Jilat jari selepas makan kerana ada barakah pada saki baki makanan.

Thursday, October 15, 2015

Solat Sangat Penting dalam Islam

Syarah Masjid Bandar Darul Aman oleh Ustaz Shamsuri 15/10/2015

Sahih Muslim dari Ubaidillah dari A'isyah r anha. Rasulullah s.a.w. yang sedang uzur jatuh pengsan sebanyak 4 kali ketika perjalanan menuju ke Masjid Nabawi untuk mengimamkan solat Isyak. Baginda menghantar utusan meminta Abu Bakar mengimamkan solat tetapi di masjid, Abu Bakar menolak tawaran tersebut kepada Omar Al-Khattab kerana merasakan dirinya tidak layak. Omar menyatakan itu permintaan Rasulullah s.a.w. dan Omar sangat bersetuju Abu Bakar paling layak dikalangan para sahabat. Apabila Nabi Muhammad s.a.w. tiba di masjid Nabawi ketika solat Isyak tengah berlangsung, Nabi s.a.w. meminta Al-Abbas dan Ali b Abi Talib memapahnya ke sebelah Abu Bakar kerana baginda teringin untuk solat bersebelahan Abu Bakar As-Sidiq.

Sahih Bukhari dari Abdullah bin Mas'Ud ra. Para Nabi menanggung kesakitan 2 kali ganda berbanding manusia biasa begitu juga dengan hal pahala kebaikan. Setiap manusia yang sabar musibah akan digugurkan dosanya.

Doa Pagi dan Petang Allahumma inni as aluka ahwal wal afiyah fiddunia wal akhirah.
Ya Allah, aku memohon keampunan dan kesihatan pagi dan petang dunia akhirat.

Bahrulmazi baba 14 Perubatan 

HR At Turmuzi Sabda Nabi s.a.w.
1) Jaga kesihatan
2) Elak cari mudarat
3) Minum sesuatu yang boleh mengeluarkan kekotoran dalam badan

Wednesday, October 14, 2015

Adab Doa kerana doa cara Rasulullah s.a.w. itu ibadah

Ustaz Shamsuri BahrulMazi jilid 21 Doa dengan makna 
Ibadah Masjid Abdullah Fahim 14-10-15

Hasan Sahih Abu Daud dari anak kepada Saad Abi Waqaz r anhuma sabda Nabi s.a.w. Jangan melampau dalam berdoa.

Sahih Abu Daud dari Anaz b Malek ra. sabda Nabi s.a.w. doa antara habis azan dan sebelum iqamah tidak akan ditolak Allah.

Sahih Imam Muslim dari Abdullah bin Amru Al-Az ra sabda Nabi s.a..w. Siapa yang berselawat kepadaku sekali nescaya Allah berselawat ke atasnya sebanyak 10 kali. Doakan untukku apabila selepas azan kerana isi kandungan doa itu adalah menempah satu kediaman Al-Wasilah untukku di syurga dan sebagai ganti, aku akan berikan syafaat padanya di syurga.

Sahih AtTirmizi dari Jabir ra sabda Nabi s.a.w. Doa selepas azan itu adalah halal kepadanya syafaat Rasulullah s.a.w di hari kiamat. "Allahumma rabba hazihid da'watit-tammah. Wassolatil qa imah. A-ti Muhammadanil wasilata wal-fadhilah. Wab' ath-hul maqamal mahmudal lazi wa'ad-tah."

Sahih AnNasai, dari Saad Abi Waqaz ra sabda Nabi s.a.w. kepada yang berdoa sebelum takbir memulakan solat seperti ya Allah, kurniakan nikmat lebih baik daripada yang Engkau kurniakan kepada golongan solehin. "kamu akan dapat pahala seumpama mati syahid"

Sahih At Tirmizi dari An Nuqman bin Basyir ra sabda Nabi s.a.w. Doa itu ibadah. 

Mustajab doa 
  1. 4-5 pagi, 
  2. antara 2 kutbah jumaat, 
  3. selepas azan sebelum iqamah, 
  4. ketika sujud dalam solat (ingat dalam hati "ampunkan dosaku, murahkan rezkiku"
  5. bulan Ramadhan

adab doa, menghadap kiblat. 
Sahih Bukhari dari Salim b Abdillah b Omar b Alkhattab ra. Nabi s.a.w. menghadap arah kiblat kemudian berdoa sambil mengangkat tangan selepas melontar jamrah. Lontar jamrah ialah baca "bizmillahi Allahu Aqbar 7 kali untuk setiap lontaran sebanyak 7 kali"

Al-Isra' 110, Jangan solat suara terlalu kuat dan terlalu perlahan, ambil yang pertengahan. 

Monday, October 12, 2015

Manusia bila miskin kerap mengeluh bila kaya jadi kedekut KECUALi (AL-MAARIJ 70:19-35)



Jabir ra bertanya Rasulullah s.a.w. akan pembahagian harta warisan. Nabi s.a.w. diam menanti keputusan Allah.  Turun hukum fara’ih surah AnNisa ayat 11 lelaki 2 bahagian manakala perempuan 1 bahagian.
Sahih Bukhari dari Masruk ra dari Ibnu Mas’Ud ra sabda Nabi s.a.w. sekiranya ada ilmu, wajib dikongsikan tetapi sekiranya tidak tahu, katakan allahu alam@walla hu alam.

Ustaz Shamsuri – Tafsir Nurul Ihsan jilid 4 ms 221 Tafsir Surah Al-Maarij Ayat 70:19-35,Surau Taman Kerian 12.10.2015


70:19 Manusia dijadikan gelisah dan kedekut. 70:20 Bila miskin kerap mengeluh. 70:21 Bila kaya jadi kedekut.
70:22-23 KECUALI yang (1) Sentiasa memelihara solat
70:24-25 (2) Bersedekah bahagian hartanya kepada golongan miskin.
70:26 (3) Hati yang bergantung pada hari pembalasan.
70:27 (4) Mereka yang sentiasa cemas akan dasyatnya azab seksa Allah. 70:28 yang mana seksaan keras ini tidak terlepas bagi manusia berdosa. Sahih At Tirmizi sabda Nabi s.a.w. api dunia hanya 1/70 panas api neraka.
70:29 (5) Memelihara kemaluan dari berzina 70:30 melainkan persetubuhan halal. 70:31 Sesiapa yang menginginkan selain dari itu, mereka ini melampaui batas.
70:32 (6) Amanah dan tepati janji
70:33 (7) Saksi yang adil
70:34 (8) Mereka yang menjaga kualiti solat
70:35 Mereka yang menjaga 8 sifat ini bakal memperolehi syurga.







Monday, October 5, 2015

An Nahl 16:84-89 Quran Hadis panduan ke syurga



Kafir Quraisyh mencabar Nabi s.a.w. agar disegerakan azab. Allah datangkan kemarau  berjerebu sehingga mereka kebuluran. AdDhukan ayat 10 Bencana kemarau berjerebu akibat dosa manusia.

Sahih Muslim dari Huzaifah b asid alghifari ra. sabda Nabi s.a.w. Menjelang kiamat akan terjadi:

1)      Asap debu memenuhi bumi
2)      Keluarnya Dajal
3)      Binatang dabah merangkak keluar ke muka bumi
4)      Matahari terbit di sebelah Barat
5)      Nabi Isa as turun pada waktu Subuh dan akan menjadi imam solat.
6)      Gempa bumi seluruh pelusuk bumi
7)      Yang terakhir akan keluar api dari Yaman mengejar manusia hingga berkumpul di suatu tempat. 




Ustaz Shamsuri - TN 2 Tafsir Surah An Nahl Ayat 16:84-89,Masjid simpang empat 5.10.2015

Pengajian kitab Tafsir nurul ihsan ms313 AnNahl 84-89
16:84 Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra Sabda Nabi s.a.w. 2 malaikat Mukar dan Nakir berpakaian kebiru-biruan akan tanya manusia yang baru dikebumikan. Umat akhir zaman ditunjukkan wajah Nabi Muhammad s.a.w. Sekiranya muslim yang soleh akan lancar jawapanya’ dan diluaskan kuburnya 70 hasta serta terang di dalamnya manakala sekiranya tidak beriman maka bumi menghimpit sehingga bertemu tulang rusuk sehingga kiamat. Manusia tidak dibenarkan kembali ke dunia selepas mati.
85 Kafir diperlihatkan neraka dan terus masuk ke dalamnya.
86 Wahai Tuhan kami, itulah penyebab kami syirik dan dihumban ke neraka. Benda atau makhluk sembahan pula membalas, kami tidak menyuruh mereka menyembah kami sedangkan nafsu mereka yang menyebabkan mereka menjadi kafir sesat.
87 Kafir mengaku kesalahan dan bersedia menerima hukuman.   
88 Akhirnya, kafir diazab dengan gandaan seksa akibat kekafiran mereka.
89 Di akhirat, para nabi akan menjadi saksi umat masing-masing. Nabi Muhammad s.a.w. akan memilih umatnya dikalangan seluruh manusia. Quran Hadis merupakan panduan menuju ke syurga.

Tuesday, May 26, 2015

Ramadan berlalu pergi dengan sia-sia, zikir kuat bid'ah



Bisik mala’ikat Jibril as pada Nabi s.a.w. celakalah manusia apabila Ramadhan datang tetapi dosanya tidak diampun, celakalah manusia yang tidak berkhidmat pada ibubapanya dan celakalah manusia yang tidak berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. apabila mendengar nama tersebut.
Jawab Rasulullah s.a.w. amin, mudah-mudahan umat aku sentiasa berselawat ke atasku. 

HR Abu Hurairah ra. doa solat jenazah Nabi s.a.w. ya Allah, aku hamba Engkau. Jenazah ini bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, dia bersaksi bahawa Muhammad itu hamba engkau dan Rasul engkau. Aku tengok dia kelihatan baik tapi Engkau lebih mengetahui. Sekiranya dia benar-benar baik, tambahkanlah kebaikan dia ya Allah. Sekiranya Engkau nampak, sebaliknya, ampunilah dia. Janganlah halang kami akan pahalanya, janganlah fitnah kami setelah kematiannya. 

Ustaz Shamsuri – BM 2 Bab Membaca Tahiyat Awal Atau Akhir Dengan Bacaan Perlahan,Masjid Padang Temusu 26.5.2015


Al-Ahzab 41 Sebutlah zikrullah siang dan malam
Al-Araf 205 Sebut nama Tuhan engkau dalam hati dalam keadaan rendah diri dan takut pada Allah dengan jangan menyaringkan suara pagi dan petang.
Ahli sufi sejati dan Guru Sufi Ibnu Al-Humam mazhab Hanafi berpegang pendirian Imam Abu Hanifa yang menyatakan nas dalil pada ayat Quran di atas dengan menyatakan zikir dengan nada kuat itu adalah rekaan dan bid’ah.   
Zikir yang ada nas membenarkan suara sedikit kuat ialah Azan, Iqamah, Takbir Raya, Takbir Intiqalat@pemberitahu makmum yang imam pindah rukun dan talbiah haji umrah.
Hasan Gharib At Tirmizi dari Abdullah b Mas’Ud ra, tahiyat dibaca perlahan  
Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Wail b Hujir ra.  Tahiyat Nabi s.a.w. duduk melipat kaki kiri dan duduk di atasnya seperti duduk Iftirashi. Tangan kiri atas peha kiri.
Sahih Abu Daud dari Abu Humaid ra. Ketika Nabi s.a.w. duduk atas lipatan kaki kiri baginda, kaki kanan didirikan dan menghadap kiblat. Tangan kanan atas lutut kanan dengan genggaman kecuali jari telunjuk.