Ustaz Shamsuri - BahrulMazi jilid 12 Bab Mengutip Makanan Yang Terjatuh,Masjid Sultanah Bahiyah 1.3.2016
Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. KEJUJURAN
YANG DIREDHAI ALLAH. Seorang pembeli tanah terjumpa emas di dalam kawasan
tanah yang baru dibeli lalu menyerahkan kepada bekas tuan tanah. Tuan asal
bekas pemilik tanah enggan menerima emas tersebut kerana khuatir akan rezeki
yang tidak berkat. Selepas mereka berdua berjumpa hakim, hakim memutuskan agar
anak bekas tuan tanah dan pembeli tanah itu dikahwinkan dengan syarat emas
tersebut dijadikan belanja serta mas kahwin.
Sahih muslim dari Hisyam
b Urwah. Seorang wanita menuduh salah seorang sahabat dijamin syurga iaitu Said
b Zaid ra mencuri tanahnya. Ketika di muka pengadilan, Said bersumpah sekiranya
beliau tidak bersalah maka penuduh tersebut akan buta matanya. Selang beberapa
minggu, wanita penuduh tersebut menjadi buta. Menurut Saiz b Zaid ra sabda Nabi
s.a.w. Allah akan perintahkan tujuh
lapis bumi himpit sesiapa yang mengambil tanah bukan miliknya secara zalim.
Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Menjelang kiamat akan
berlaku peperangan dua kelompok Islam yang besar dan pembunuhan berleluasa.
Anaz b Malek ra, Nabi s.a.w. makan dengan 3 jari dan akan
menjilat ibu jari, telunjuk dan jari tengah. Baginda akan mengutip rezeki yang terjatuh
kerana tidak memberi peluang kepada syaitan untuk mengambil rezeki manusia.
Sahih Abu Daud dari Ibnu
Omar sabda Nabi s.a.w. Dilarang makan
minum binatang yang makanan utamanya najis.
Hasan Sahih
Gharib At Tirmizi sabda Nabi s.a.w. lagi. Habiskan makanan sehingga tiada
saki –baki kerana ada barakahnya.
Imam Syafi’e, boleh
dimakan sekiranya hilang bau najis pada ayam, ikan atau binatang halal yang
kadang-kadang makan najis dikuarantin. Sepakat
jumhur ulama, syaitan juga makan sepertimana manusia makan.
No comments:
Post a Comment