Sahih Muslim dari Abu Ayub Al Ansari Ra, Rasulullah SAW tidak suka makan makanan yang mempunyai ramuan bawang kerana bau nya kurang menyenangkan.
Sahih Bukhari dari Ibnu Abbas Ra, menurut Saidina Omar Ali Khattab Ra. Pesan Rasulullah SAW, jangan memuja baginda Nabi Muhammad SAW seperti Nasrani memuja Nabi Isa as berlebihan sehingga lama-kelamaan mereka mengatakan Isa itu anak Tuhan.
BahrulMazi jilid 21 MS 164,
Sahih at Tirmizi, riwayat Hamzalah. Sabda Nabi SAW, sekiranya perhiasan syurga sebesar hujung kuku dihias di dunia maka seluruh permukaan bumi akan kelihatan indah. Gelang tangan ahli syurga sekiranya diperlihatkan di dunia akan memalapkan cahaya matahari termasuk bulan dan bintang.
Sahih Bukhari, Sabda Nabi saw, ahli syurga terakhir menerima keluasan syurga melebihi 10 kali ganda planet Bumi.
No comments:
Post a Comment