Nota Cinta

Monday, March 21, 2016

HARAM MENGKAFIRKAN dan DALIL KRISTIAN SESAT (HARAM MELAMPAU@EXTREME)

Ustaz Shamsuri - TN 1 Tafsir Surah Al Maidah Ayat 73-77, Masjid Taman Brown 21.3.2016

Sahih Bukhari, Abdullah b Mas'Ud. Nabi s.a.w. Sekiranya miskin tapi hendak kahwin, jadikanlah sehelai kain sebagai mas kahwin atau nikah. Al-Ma'idah 87 Janganlah mengharamkan yang halal. Jangan melampau batas agama. 

Sahih Muslim Jundab ra, sabda Nabi s.a.w. Seorang lelaki berkata" Demi Allah, Allah tak ampunkan dosa dia." sedangkan Allah pula berkata, "siapakah dia ni yang begitu sombong takabur malah bersumpah dengan nama Aku dengan mengatakan Aku tak ampunkan dosa orang itu padahal Aku telah mengampunkan dosa orang yang dikatanya. Aku akan sia-siakan amalan orang yang berkata demikian"

Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra, sabda Nabi s.a.w. Allah sentiasa hendak memustajabkan doanya selagi mana doanya tidak berbentuk dosa. Allah tidak akan memenuhi doa mereka yang putus asa dan hilang keyakinan kepada Allah. 


NURUL EHSAN JILID 1 MS236

Al-Ma'idah 5:73 Mengatakan tuhan ada 3 itu kafir kerana Allah itu Maha Esa dan kesudahan kafir di neraka.
5:74 Tetapi sekiranya mereka sedar kesalahan mereka dan bertaubat maka Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. 
5:75 Maryam iaitu ibu kandung Nabi Isa itu adalah manusia biasa yang makan minum dan bukan isteri Tuan atau ibu Tuhan sedangkan Allah itu tidak makan dan tidak minum. 
Surah Maryam 30, Nabi Isa a.s. berkata "aku hamba Allah bukan anak Tuhan atau Tuhan, pembawa kitab Injil dan Allah lantik aku jadi Nabi." Maryam 36, Nabi Isa berkata" Allah itu Tuhan aku dan Tuhan kamu semua maka sembahlah Dia bukan aku, jangan sembah aku, inilah jalan yang lurus. 
5:76 Fahamilah wahai Muhammad, Nasrani itu jelas sesat dan berikanlah dalil kebenaran kepada mereka agar mereka sedar akan kesesatan yang sedang mereka lalui. 
5:77 Oleh kerana melampau dalam agama seperti terlalu mengagungkan Nabi Isa a.s. seperti mengatakan baginda anak tuhan atau terlalu membenci Nabi Isa a.s. sehingga mengatakan baginda anak zina maka mereka jelas golongan sesat samada terkemudian atau yang akan datang. 
HARAM MELAMPAU DALAM ISLAM Dari Ibnu Abbas sabda Nabi s.a.w. ketika mengambil batu-batu bersaiz kecil kerikil ketika melakukan ibadah melontar umrah. "Jangan melampau dalam agama seperti contoh ambil batu yang lebih besar atau lain-lain dari yang aku beritahu ini. Binasalah orang-orang yang melampau atau lebih limit atau extremis dalam agama@memberatkan dirinya dalam agama/menyusahkan diri mereka dengan agama" Jahil dalam ilmu agama disamping terlampau bersemangat dalam agama boleh merosakkan akidah. 

No comments:

Post a Comment