Ibadah Masjid Abdullah Fahim 14-10-15
Hasan Sahih Abu Daud dari anak kepada Saad Abi Waqaz r anhuma sabda Nabi s.a.w. Jangan melampau dalam berdoa.
Sahih Abu Daud dari Anaz b Malek ra. sabda Nabi s.a.w. doa antara habis azan dan sebelum iqamah tidak akan ditolak Allah.
Sahih Imam Muslim dari Abdullah bin Amru Al-Az ra sabda Nabi s.a..w. Siapa yang berselawat kepadaku sekali nescaya Allah berselawat ke atasnya sebanyak 10 kali. Doakan untukku apabila selepas azan kerana isi kandungan doa itu adalah menempah satu kediaman Al-Wasilah untukku di syurga dan sebagai ganti, aku akan berikan syafaat padanya di syurga.
Sahih AtTirmizi dari Jabir ra sabda Nabi s.a.w. Doa selepas azan itu adalah halal kepadanya syafaat Rasulullah s.a.w di hari kiamat. "Allahumma rabba hazihid da'watit-tammah. Wassolatil qa imah. A-ti Muhammadanil wasilata wal-fadhilah. Wab' ath-hul maqamal mahmudal lazi wa'ad-tah."
Sahih AnNasai, dari Saad Abi Waqaz ra sabda Nabi s.a.w. kepada yang berdoa sebelum takbir memulakan solat seperti ya Allah, kurniakan nikmat lebih baik daripada yang Engkau kurniakan kepada golongan solehin. "kamu akan dapat pahala seumpama mati syahid"
Sahih At Tirmizi dari An Nuqman bin Basyir ra sabda Nabi s.a.w. Doa itu ibadah.
Mustajab doa
- 4-5 pagi,
- antara 2 kutbah jumaat,
- selepas azan sebelum iqamah,
- ketika sujud dalam solat (ingat dalam hati "ampunkan dosaku, murahkan rezkiku"
- bulan Ramadhan
adab doa, menghadap kiblat.
Sahih Bukhari dari Salim b Abdillah b Omar b Alkhattab ra. Nabi s.a.w. menghadap arah kiblat kemudian berdoa sambil mengangkat tangan selepas melontar jamrah. Lontar jamrah ialah baca "bizmillahi Allahu Aqbar 7 kali untuk setiap lontaran sebanyak 7 kali"
Al-Isra' 110, Jangan solat suara terlalu kuat dan terlalu perlahan, ambil yang pertengahan.
No comments:
Post a Comment