Ustaz Shamsuri - TN 2 Tafsir Surah An Nahl Ayat 92-94, Masjid
simpang empat 4.4.2016
Hasan Ibnu Majah
sabda Nabi s.a.w. Sesungguhnya , Allah bila menyayangi
seseorang atau satu kaum maka mereka akan diuji. Sesiapa yang redha ujian Allah
akan mendapat keredhaan Allah. Siapa yang memarahi ujian Allah maka akan
mendapat kemurkaan Allah.
Al-Baqarah 155, Kami
pasti menguji semua manusia samada ujian dalam bentuk takut, lapar, tiada wang,
ancaman jiwa mahupun nyawa serta tanaman tidak menjadi maka bergembiralah orang
yang sabar.
An Nahl 112, Allah
pernah mengurniakan limpahan rezeki tanaman menjadi dan rezeki aman tenteram
makmur kepada sebuah negeri tetapi penghuni negeri tersebut tidak bersyukur
malah kufur kepadaKu. Mereka dihukum dengan pakaian kelaparan dan ketakutan
akibat perbuatan mereka sendiri.
Sahih Bukhari sabda Nabi s.a.w. Kiamat tidak akan
terjadi melainkan apabila seseorang mengatakan kepada ahli kubur alangkah
baiknya aku jadi ahli kubur dari hidup dengan penuh tekanan duniawi.
Sahih Ibnu Majah, Anaz b Malek ra. Ketika perang Uhud, teriak Nabi s.a.w. "bagaimanakah Allah hendak beri pertolongan kepada kaum yang membiarkan Nabi mereka berlumuran darah." Nabi s.a.w. pada yang sama berdoa, "Ya Allah, jangan biarkan pembesar2 kafir Quraish dikalanganku yang mati kerana mereka adalah strategi dakwahku." Turun firman Allah, "wahai Rasul, kamu tiada kuasa dan Aku lebih mengetahui dan mereka ini adalah zalim."
Sahih Ibnu majah, Mala'ikat Jibril menunjukkan tanda kebesaran Allah apabila melihat Nabi.s.a.w. berdukacita akibat diusir dan dipukul penduduk Mekah. Jibril meminta Nabi s.a.w. memanggil sebatang pokok dihadapannya. Sebatang pokok datang berjalan berjumpa dihadapan baginda. Kemudian Jibril meminta Nabi s.a.w. menyuruh pokok tersebut kembali ke tempatnya. Pokok itu kembali berjalan ke tempat asalnya. Barulah baginda Rasulullah s.a.w. faham bahawa Allah sentiasa Maha Melihat keadaan baginda yang sedang dibuli umatnya.
Sahih Abu Daud, sabda Nabi s.a.w. Orang yang bahagia ialah yang tidak diuji dan apabila diuji dia sabar.
SURAH AN NAHL
16:91 Sempurnakan setiap janji dengan Allah.
16:92 Jangan sia-siakan janji dan jangan gunakan nama Allah sebagai sumpah janji kemudiannya mengkhianati janji.
16: 93 Sekiranya Allah mahu, seluruh manusia di dunia ini beragama Islam. Hidayah dan Kesesatan itu kehendak Allah menurut hukum peraturan IslamNya. Jangan khianat sumpah dengan nama Allah. Jangan halang atau melarang manusia ke jalan Islam kerana seksaan Allah amatlah keras lagi dasyat.
No comments:
Post a Comment