Bisik mala’ikat Jibril as pada Nabi
s.a.w. celakalah manusia apabila Ramadhan datang tetapi dosanya tidak
diampun, celakalah manusia yang tidak berkhidmat pada ibubapanya dan celakalah
manusia yang tidak berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. apabila mendengar
nama tersebut.
Jawab Rasulullah
s.a.w. amin, mudah-mudahan umat aku sentiasa berselawat ke atasku.
HR Abu
Hurairah ra. doa solat jenazah Nabi s.a.w. ya
Allah, aku hamba Engkau. Jenazah ini bersaksi bahawa tiada Tuhan
melainkan Engkau, dia bersaksi bahawa Muhammad itu hamba engkau dan Rasul
engkau. Aku tengok dia kelihatan baik tapi Engkau lebih mengetahui. Sekiranya
dia benar-benar baik, tambahkanlah kebaikan dia ya Allah. Sekiranya Engkau nampak,
sebaliknya, ampunilah dia. Janganlah halang kami akan pahalanya, janganlah
fitnah kami setelah kematiannya.
Ustaz Shamsuri – BM 2
Bab Membaca Tahiyat Awal Atau Akhir Dengan Bacaan Perlahan,Masjid Padang Temusu
26.5.2015
Al-Ahzab
41 Sebutlah zikrullah siang dan malam
Al-Araf
205 Sebut nama Tuhan engkau dalam hati dalam keadaan rendah diri dan takut pada
Allah dengan jangan menyaringkan suara pagi dan petang.
Ahli sufi sejati dan Guru Sufi Ibnu Al-Humam
mazhab Hanafi berpegang pendirian Imam Abu Hanifa yang menyatakan nas dalil pada
ayat Quran di atas dengan menyatakan zikir dengan nada kuat itu adalah rekaan dan
bid’ah.
Zikir yang ada nas membenarkan
suara sedikit kuat ialah Azan, Iqamah, Takbir Raya, Takbir Intiqalat@pemberitahu
makmum yang imam pindah rukun dan talbiah haji umrah.
Hasan
Gharib At Tirmizi dari Abdullah b Mas’Ud ra, tahiyat dibaca perlahan
Hasan
lagi Sahih AtTirmizi dari Wail b Hujir ra. Tahiyat Nabi s.a.w. duduk melipat kaki
kiri dan duduk di atasnya seperti duduk Iftirashi. Tangan kiri atas peha kiri.
Sahih
Abu Daud dari Abu Humaid ra. Ketika Nabi
s.a.w. duduk atas lipatan kaki kiri baginda, kaki kanan didirikan dan menghadap
kiblat. Tangan kanan atas lutut kanan dengan genggaman kecuali jari telunjuk.
No comments:
Post a Comment