Nota Cinta

Tuesday, January 5, 2016

Jangan Makan Minum Tangan Kiri

Ustaz Shamsuri - BM 12 Tegahan Makan & Minum Dengan Tangan Kiri, Masjid Sultanah Bahiyah 5.1.2016

Sahih Bukhari dari Abi jamrah ra dari Ibnu Abbs ra sabda Nabi s,a,w, demam panas adalah hembusan neraka jahanam dan boleh disejukkan dengan air zam-zam.
HR AtTirmizi dari A’isyah r anha sabda Nabi s.a.w . Air zam-zam boleh dibawa keluar dari tanah haram. Dari Ibnu Abbas ra sabda Nabi s.a.w. air zam-zam yang diniatkan semasa diminum akan mendapat keberkatan makbul apa saja yang diniatkan semasa meminumnya.


Hasan lagi Sahih AtTurmuzi dari Ibnu Omar r anhuma, Nabi sa.w. sabda. Jangan makan minum dengan tangan kiri kerana syaitan melakukan demikian. Imam Ghazali Ihya Ulumudin, makan tangan kanan itu beradab.
Sahih Muslim sabda Nabi s.a.w. jangan menyuap makanan dan minuman dengan tangan kiri. Seorang lelaki yang enggan mendengar teguran Nabi s.a.w. telah dikeraskan tangannya oleh Allah s.w.t.
HR AtTurmuzi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Jilat jari selepas makan kerana ada barakah pada saki baki makanan.

No comments:

Post a Comment