Nota Cinta

Monday, October 5, 2015

An Nahl 16:84-89 Quran Hadis panduan ke syurga



Kafir Quraisyh mencabar Nabi s.a.w. agar disegerakan azab. Allah datangkan kemarau  berjerebu sehingga mereka kebuluran. AdDhukan ayat 10 Bencana kemarau berjerebu akibat dosa manusia.

Sahih Muslim dari Huzaifah b asid alghifari ra. sabda Nabi s.a.w. Menjelang kiamat akan terjadi:

1)      Asap debu memenuhi bumi
2)      Keluarnya Dajal
3)      Binatang dabah merangkak keluar ke muka bumi
4)      Matahari terbit di sebelah Barat
5)      Nabi Isa as turun pada waktu Subuh dan akan menjadi imam solat.
6)      Gempa bumi seluruh pelusuk bumi
7)      Yang terakhir akan keluar api dari Yaman mengejar manusia hingga berkumpul di suatu tempat. 




Ustaz Shamsuri - TN 2 Tafsir Surah An Nahl Ayat 16:84-89,Masjid simpang empat 5.10.2015

Pengajian kitab Tafsir nurul ihsan ms313 AnNahl 84-89
16:84 Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra Sabda Nabi s.a.w. 2 malaikat Mukar dan Nakir berpakaian kebiru-biruan akan tanya manusia yang baru dikebumikan. Umat akhir zaman ditunjukkan wajah Nabi Muhammad s.a.w. Sekiranya muslim yang soleh akan lancar jawapanya’ dan diluaskan kuburnya 70 hasta serta terang di dalamnya manakala sekiranya tidak beriman maka bumi menghimpit sehingga bertemu tulang rusuk sehingga kiamat. Manusia tidak dibenarkan kembali ke dunia selepas mati.
85 Kafir diperlihatkan neraka dan terus masuk ke dalamnya.
86 Wahai Tuhan kami, itulah penyebab kami syirik dan dihumban ke neraka. Benda atau makhluk sembahan pula membalas, kami tidak menyuruh mereka menyembah kami sedangkan nafsu mereka yang menyebabkan mereka menjadi kafir sesat.
87 Kafir mengaku kesalahan dan bersedia menerima hukuman.   
88 Akhirnya, kafir diazab dengan gandaan seksa akibat kekafiran mereka.
89 Di akhirat, para nabi akan menjadi saksi umat masing-masing. Nabi Muhammad s.a.w. akan memilih umatnya dikalangan seluruh manusia. Quran Hadis merupakan panduan menuju ke syurga.

No comments:

Post a Comment