Nota Cinta

Tuesday, March 22, 2016

SALAM AKHIR SOLAT NABI S.A.W.

Ustaz Shamsuri - BM 2 Bab Bagi Salam Selepas Solat ,Masjid Padang Temusu 22.3.2016

Sahih Abu Daud sabda Nabi s.a.w. Amalan mula-mula diteliti ialah SOLAT dan kecacatan amalan fardu akan dibantu oleh amalan sunat.
Hasan Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Golongan muflis ialah yang amalan pahalanya diberi kepada mangsa hasil dosa mulut dan perbuatannya semasa di dunia manakala dosa si mangsa diletak kepadanya.

Bahrulmazi jilid 2 ms203 bab bagi salam selepas solat

HR AtTurmuzi ra. Abdullah b Mas'Ud ra. Salam akhir solat Nabi s.a.w. Mengucapkan Assalamualaikum warahmatullah sambil memalingkan muka ke kanan dan, Mengucapkan Assalamualaikum warahmatullah sambil memalingkan muka ke kiri.
Sahih Muslim sunat 2 salam (2 kali lebih AFDAL@Imam AsSyafi'e)

Hasan Sahih AtTurmuzi dari Abi Hurairah ra. Nabi s.a.w. segerakan salam
dan tahyat akhir.

No comments:

Post a Comment