Ustaz Shamsuri - BM 21 Bab Hukum Bercukur Di Dalam Ihram Atau
Umrah ,Masjid Abdullah Fahim 13.1.2016
Sahih Bukhari dari
Thouz ra dari Ibnu Abbas r anhuma. Akibat perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah
s.a.w. menyuruh para sahabat dan baginda sendiri mengubah niat haji kepada niat
umrah dengan membayar dam terkandas buat haji, diikuti sembelihan seekor
kambing dengan niat dam kerana terkandas dan diikuti potong rambut serta
bertahalul.
Firman Allah, Sakit mudarat di kepala ketika
ihram haji umrah, maka cukurlah dan bayar fidyah. Terjemahannya Sahih AtTurmuzi,
Kaap b Ujrah tafsir dari Rasulullah s.a.w. Puasa 3 hari atau sedekah 6 cupak makanan pada orang miskin atau
sembelihan dan sedekah seekor kambing biri-biri. Semua denda fidyah ini kena
dilakukan semasa di tanah haram.
No comments:
Post a Comment