Syarah Masjid Bandar Darul Aman oleh Ustaz Shamsuri 15/10/2015
Sahih Muslim dari Ubaidillah dari A'isyah r anha. Rasulullah s.a.w. yang sedang uzur jatuh pengsan sebanyak 4 kali ketika perjalanan menuju ke Masjid Nabawi untuk mengimamkan solat Isyak. Baginda menghantar utusan meminta Abu Bakar mengimamkan solat tetapi di masjid, Abu Bakar menolak tawaran tersebut kepada Omar Al-Khattab kerana merasakan dirinya tidak layak. Omar menyatakan itu permintaan Rasulullah s.a.w. dan Omar sangat bersetuju Abu Bakar paling layak dikalangan para sahabat. Apabila Nabi Muhammad s.a.w. tiba di masjid Nabawi ketika solat Isyak tengah berlangsung, Nabi s.a.w. meminta Al-Abbas dan Ali b Abi Talib memapahnya ke sebelah Abu Bakar kerana baginda teringin untuk solat bersebelahan Abu Bakar As-Sidiq.
Sahih Bukhari dari Abdullah bin Mas'Ud ra. Para Nabi menanggung kesakitan 2 kali ganda berbanding manusia biasa begitu juga dengan hal pahala kebaikan. Setiap manusia yang sabar musibah akan digugurkan dosanya.
Doa Pagi dan Petang Allahumma inni as aluka ahwal wal afiyah fiddunia wal akhirah.
Ya Allah, aku memohon keampunan dan kesihatan pagi dan petang dunia akhirat.
Bahrulmazi baba 14 Perubatan
HR At Turmuzi Sabda Nabi s.a.w.
1) Jaga kesihatan
2) Elak cari mudarat
3) Minum sesuatu yang boleh mengeluarkan kekotoran dalam badan.
No comments:
Post a Comment