Ustaz Shamsuri - BM 21 Bab Hukum Bercukur Semasa Didalam
Ihram ,Masjid Abdullah Fahim 9.3.2016
HR Abu Daud dari
Abdurrahman b Al-AhqNaz seorang tabi’e dari Said b Zaid ra sabda Nabi s.a.w. Ahli
syurga yang diredhai Allah bermula. 1) Rasulullah s.a.w.,2) Abu Bakar As Siddiq, 3) Omar Al-Khattab, 4) Osman
b Affan, 5) Ali b Abi Talib, 6)Talhah b Ubaidillah,7) Zubair b Al-Awwam, 8)Saad
bin Malek, 9)Abdur Rahman b Auf, dan 10)Said b Zaid.
Sahih Abu Daud dari
Said b Zaid ra. Amalan manusia walaupun sepanjang seribu tahun tidak mampu
menandingi amalan para sahabat Rasulullah s.a.w. dan kemuliaan debu pada wajah para
sahabat lebih mulia dari seluruh umat Muhammad yang selepas zaman para sahabat
di muka bumi ini.
Sahih Muslim dari
Jabir ra. Ahli perang Badar dan yang berbai’ah dalam perjanjian Hudaibiyah itu
ahli syurga. Firman Allah, 1400 Mukmin yang
terlibat perjanjian Hudaibiyah itu ikhlas bersama Rasulullah s.a.w.
HR AtTurmuzi dari
Abdurahman b Yaqmur ra sabda Nabi s.a.w. Wuquf di Arafah merupakan asas rukun
haji dan ia sangat penting.
No comments:
Post a Comment