Nota Cinta

Thursday, March 28, 2019

RANKING NEGARA ISLAM, Jahat bila Muslim hina Muslim

280319 Dato' Ustaz Shamsuri, Masjid Jamik Seberang Jaya P. PINANG.

Sahih Ibnu Majah sabda Nabi saw, Kebanyakan umur Umat Muhammad meninggal dunia antara 60 hingga 70 tahun.
Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Apabila sakaratul maut, mata manusia tumpu pada satu tempat, dada berombak, jari jemari tegang dan kulit menggigil. Siapa suka jumpa Allah maka Allah suka berjumpa denganNya. Sebaliknya siapa yang tidak suka kembali kepada Allah, maka Allah tidak suka berjumpa denganNya.
Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Hidup di dunia ini jangan hasad dengki, jangan fitnah, jangan benci-membenci, jangan memaling muka, jangan jatuhkan maruahnya, jangan hina, takut kepada Allah HENDAKLAH di hati. Cukup di anggap jahat apabila Muslim menghina sesama Muslim.

Sahih At Tirmizi dari Ibnu Mas'Ud ra sabda Nabi saw. Allah akan bertanya di padang mahsyar, umur yang diberikan ke mana diberi PERHATIAN? Ke manakah harta kamu dibelanjakan? Apa yang diamalkan dari ilmu Quran Hadis yang dipelajari?
Prof Hussein AsGari dari Univ of George Washington mengkaji RANKING NEGARA AMALKAN ISLAM (Quran Hadis) 1 New Zealand 2 Luxemberg 3 Ireland 4 Iceland 5 Findland 6 Denmark 7 Canada 38 Malaysia 48 Quwait 64 Bahrain 131 Saudi Arabia Mekah
Riwayat Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Allah suruh Jibril suka kepada hambaNya yang disukaiNya, kemudian seluruh penduduk langit menyukai manusia yang disukai Allah setelah disuruh Jibril. Begitu juga manusia yang tidak disukai Allah, akan tidak disukai Jibril dan penduduk langit termasuk tidak disukai penduduk dunia.

Monday, March 18, 2019

KUBUR Rumah Pertama & Nabi Isa hamba ALLAH

Sahih Muslim dari Abdullah b Mas Ud ra sabda Nabi saw TIADA KETURUNAN YANG DISUMPAH Allah tiadakan keturunan umat terdahulu yang disumpah menjadi kera dan babi

Sahih Bukhari dari A'isyah r anha sabda Nabi saw SEKSAAN KUBUR
Seksaan kubur berlarutan sehingga hari kiamat dan jeritan kesakitan manusia yang berdosa sentiasa didengari oleh binatang maka mintalah berlindung dari seksaan kubur. 

Hasan Ibnu Majah dari Haniq ra sabda Nabi saw Kubur rumah pertama alam akhirat, dan KISAH DALAM KUBUR INI AMAT MENGERIKAN

Sahih Muslim dari Al-Barraq b Aziq ra sabda Nabi saw 
Hanya muslim beriman boleh menjawab soalan kubur "Allah Tuhanku, Nabi Muhammad saw Rasulku" 

Hasan At Tirmizi sabda Nabi saw Surah Al-Mulk yang dihafal akan menjadi peguambela di dalam kubur

Kuliah Tafsir surah 5@ Al-Maidah Nurul Ihsan Jilid 1 ms 250 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang, pada 18hb Mac 2019.

5) Al-Maidah

5:116) Wahai Isa anak Mariam, adakah kamu semasa di dunia menyuruh jutaan manusia mengatakan kamu anak Tuhan dan ibu kamu isteri Tuhan. Nabi Isa as menafikan perkara tersebut "Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui, seumur hidupku, aku tidak pernah sama sekali mengatakan kepada mereka yang aku dan ibuku sebagai Tuhan"

5:117) Aku hanya menjalankan tugas yang Engkau perintahkan kepadaku Ya Allah iaitu sembahlah Allah, tuhanku dan tuhan mereka.
5:118) Engkau lebih berhak Ya Allah untuk samada seksa atau mengampunkan mereka kerana Engkau ya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
5:119) Inilah hari pembalasan dan yang beriman membenarkan Isa as itu hamba Allah akan beroleh syurga kemenangan.
5:120) Allah pemilik segalanya di dalam langit dan bumi dan Allah Tuhan Maha Berkuasa memberi nikmat kepada yang benar dan memberi azab pada yang berdosa.

Wednesday, March 13, 2019

Sayang Allah & Rasul

Kuliah Maghrib 13 Mac 2019 Ustaz Dato' Hj Shamsuri Hj Ahmad - Masjid Abdullah Fahim, Kpl Batas, Sbrg Perai Utara, P. Pinang
Sahih AnNasa'i dari Abu hurairah ra sabda Nabi saw, Nabi Sulaiman as memutuskan untuk memotong dua dan membahagikan seorang anak kepada dua ibu yang menuntut. Seorang setuju dan seorang lagi membantah kerana tidak sanggup bayi itu dipotong dua malah sanggup menyerahkan kepada ibu yang setuju anak itu dipotong. Nabi Sulaiman as menyerahkan anak itu kepada ibu yang membantah dengan alasan, ada sayang dalam hati ibu yang membantah.

Sahih Muslim dari Al-Aqra b Habis ra sabda Nabi saw, Jika kita tidak sayang dan hormat orang maka orang tidak akan sayang dan hormat pada kita.

Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, setiap para Nabi menggunakan habis doa mustajab mereka tetapi aku menyimpannya untuk MEMBERI syafaat kepada umatku di akhirat dengan syarat tidak syirik Allah.

Syarahan kitab Bahrulmazi jilid 21 ms108  Rukun Iman, Quran Hadis Dengar & Taat
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, hafal 99 nama Allah@Asma Ul-Husna akan dicalonkan ke syurga.

Tuesday, March 5, 2019

QURSI 3 QUL (TEPIS AIN), HUTANG

05032019 Dato' Ust Shamsuri
Sahih Abu Daud dari Jabir ra. Rasulullah saw tidak solat jenazah berhutang. Sabda Nabi saw. Sekiranya Islam memerintah, aku bertanggungjawab lebih dari diri rakyatku bawah pemerintahanku. Hutangnya yang terpaksa untuk menyara keluarga dan dirinya adalah tanggungan ku.
Hasan Abu Daud dari Abu said Al Qudri ra. Sabda Nabi saw kepada Abu Umamah ra.
Doa redakan sedih hutang pagi dan petang. "YA Allah, aku Berlindung dari gundah gulana, sedih, malas, penakut, kedekut dan belenggu hutang."
Al Baqarah 261 SEDEKAH ibarat 1 benih keluar 7 tangkai yang setiapnya 100 buah.
Sahih Muslim dari sabda Nabi saw. Hutang PUASA dengan Allah WAJIB dibayar.
Sahih Bukhari dari Ibnu Abbas sabda Nabi saw. Anak WAJIB bayar hutang ibubapa yang meninggal dunia tidak sempat menunaikan haji.

Bahrulmazi jilid 14 ms 82
Sahih An Nasa'i dan Sahih Ibnu Hibban sabda Nabi saw. Amalan baca QURSI selepas solat fardu akan dimasukkan ke syurga selepas mati.
Sahih At Tirmizi. Abu Ayub Al Ansari ra berjaya menangkap Jin yang berjaya melepaskan diri sebanyak 3 kali setelah mencuri di kebun kurmanya. Sabda Nabi saw. Ayat QURSI yang diberi tahu sebagai pendiding itu benar.
Sahih Bukhari dari A'isyah r anha. Rasulullah saw amal  baca 3 QUL dan tiup pada 2 tapak tangan dan menyapu dari muka, tangan hingga ke tubuh sebelum tidur.

Monday, February 18, 2019

Hindangan Mulia hari Ahad

Kuliah Maghrib Ustaz Dato' Hj Shamsuri Hj Ahmad, Masjid At-Taqwa, Tmn Brown, Tmn Tun Sardun, Gelugor, P. Pinang.
Sahih Muslim dari Abdullah b Amru b Al az ra sabda Nabi saw SYUKUR
Beruntung muslim yang syukur dan redha dengan kurniaan anugerah Islam dan rezeki yang cukup.
Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw KAYA ialah KAYA JIWA
Manusia kaya ialah bukan kaya harta tetapi kaya jiwanya
Riwayat Abu Daud dari Abu Said Al Qudri ra sabda Nabi saw SABAR UJIAN MISKIN
Alhamdulillah, Allah kurniakan kesabaran kepada kita untuk bersama berkumpul denganku wahai golongan miskin. Bergembiralah kerana kamu semua akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari golongan berharta.
Riwayat Amir bin Abdullah bin AzZubair bin Al-Awwam bin Khuwailid (Azzubair ra@Pengiring Nabi saw) sabda Nabi saw Membohongi hadis Rasulullah saw, siap tempat duduknya di neraka.


HIDANGAN MULIA HARI AHAD
Pengajian Kitab Tafsir Nurul Ehsan ms248 Jilid 1 Sambungan Pada Surah Al-Maidah, Ayat 111-115:
5:111) 12 Pengikut Nabi Isa as mengakui muslim dan beriman kepada Allah dan RasulNya.
5:112) 12 mereka meminta hidangan dari langit kepada Nabi Isa as. tetapi Isa menasihati mereka agar berhati-hati dengan permintaan sebegitu dan takutlah kepada Allah.
5:113) Mereka mengatakan yang mereka cuma mahu keberkatan rezeki makanan tersebut dan sekiranya benar, ia akan menambahkan keimanan mereka.
5:114) Nabi Isa as pun berdoa dan sekiranya diperkenankan Allah, baginda akan jadikan hari terima hidangan langit itu sebagai hari kemuliaan mereka.
5:115) Pada hari Ahad itu juga, Allah memperkenankan doa Nabi Isa as dengan syarat, siapa yang kufur akan diazab.

Wednesday, February 13, 2019

QURAN(Dengar & Taat) Ujian buat Manusia

Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 13 Februari 2019

MUKADDIMAH 

Hasan AtTirmizi dari Annaz b Malek ra sabda Nabi saw. Besar kecil pahala itu bergantung pada ujian samada dalam bentuk sakit atau nikmat. Redha ujian akan diredhai Allah manakala yang marah-marah akan dimurkai Allah.

Al-Ankabut 1-3 Alif Lam Mim, Ujian bermula sejak zaman Nabi Adam as sehingga para Nabi seterusnya dan Kami kenal siapa beriman dan siapa yang tidak jujur dengan ujian yang Kami berikan.

An-Nahl 112 Allah telah berikan kedamaian, ketenteraman dan kemewahan rezeki kepada sebuah negeri pada mulanya tetapi penduduk negeri tersebut kufur nikmat maka Kami turunkan kelaparan dan ketakutan akibat perbuatan mereka sendiri. 

Sahih Bukhari, Manusia yang terlalu stress apabila melalui kawasan perkuburan akan tiba-tiba bersuara, alangkah baiknya kedudukanku bersama dengan mereka di tanah perkuburan ini.

Sahih Ibnu Majah dari Anaz b Malek ra, Setelah Rasulullah saw diuji dengan kehilangan isterinya Khadijah, kehilangan bapa saudaranya yang tidak sempat memeluk Islam serta dihalau dari Mekah, baginda bersedih pilu. Mala'ikat Jibril datang kepada baginda sambil meminta baginda memerintahkan sebatang pokok datang dan pergi menghadap baginda. Dengan kekuasaan Allah, pokok tersebut menurut perintah Rasulullah saw. Sabda Nabi saw. "cukuplah bagiku adanya Allah"

Sahih Abu Daud dari Al-Miqdad b Al-Aswad ra sabda Nabi saw. Orang yang bahagia ialah terhindar dari fitnah ujian dan juga yang bersyukur dengan ujian.
KITAB BAHRUL MAZI 21 MUKA SURAT 106

Lintasan hati setiap manusia akan dikira dosa pahalanya. (Al-Baqarah 284)
Riwayat At Tirmizi dari Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw. "Ayat Quran, Dengar & Taat."
Sabda Rasulullah saw tersebut membuatkan teguhnya iman para sahabat tanpa mempersoal kalam Allah.

Sahih Bukhari dari Abdullah b Mas'Ud ra yang membacakan An Nisa sehingga ( ayat 41 Setiap para Nabi dan Rasul ada umat masing-masing tetapi ada satu umat ini, Allah bertanya - Bagaimana nasib keadaan satu umat yang tiada Nabi dan Rasul yang mengakui umat tersebut, Wahai Muhammad, kamu akan dipanggil untuk bersama menjadi saksi umat ini... ), Rasulullah saw menangis


Tuesday, February 5, 2019

Penyakit AIN (Mata Syaitan) wujud

Kuliah Bahrul Mazi Jilid 14 ms79 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, pada 5hb Februari 2019

Sahih At Tirmizi dari Omar b Salamah ra, sabda Nabi saw. Ahzab 33:33 (Ahlul Bait) Ya Allah, ampunkan dosa mereka iaitu Ali, Fatimah, Hasan dan Husin. Para isteriku pula tidak perlu bimbang kerana sentiasa dalam kebaikan.
Hasan At Tirmizi dari Ali Abi Talib ra sabda Nabi saw. Siapa tidak sayang cucuku Hassan dan Hussein serta kedua ibubapa mereka maka dia belum menyayangiku.
Sahih Bukhari dari Abi Baqrah ra sabda Nabi saw. cucuku Hassan ini Sayyid@Tuan, mudah-mudahan Hassan menjadi pendamai kepada 2 kelompok besar yang akan berperang.

Musnab IMAM Ahmad dari Abu Hazim, Hassan b Ali b Abi Talib 45tahun wafat diracun.

Hassan lagi Sahih At Tirmizi dari Ibnu Abbas. RASULLAH SAW doa Lindungilah cucuku Hassan dan Hussein selamat dari binatang bisa dan pandangan mata jahat. (Doa Nabi Ibrahim as kepada Nabi Ishak as dan Nabi Ismail as)

Habis Attaini ra sabda Nabi saw. Jangan percaya tahyul burung hantu atau perkara karut. Penyakit AIN itu wujud. 

Monday, February 4, 2019

Dunia vs Akhirat

Sahih AtTirmizi dari Kais b Abi Haziq ra dari Mustauriq ra sabda Nabi saw Bandingan antara dunia dengan akhirat ialah setitis air dengan lautan
Sahih Ibnu Majah dari Mustauriq ra sabda Nabi saw. Dunia lebih hina dari bangkai anak kambing ini jika dibandingkan dengan akhirat
Sahih At Tirmizi sabda Nabi saw. Sekiranya dunia berharga di sisi Allah, manusia kafir tidak dibenarkan minum air dunia.

Sahih Bukhari dari A'isyah r anha. Nabi saw memilih akhirat dengan membaca surah AnNisa ayat 69 iaitu untuk bersama para Nabi, para kebenaran Allah, para syuhada dan para solehin menjelang kewafatan baginda.

Sahih Ibnu Majah dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw.Akan datang zaman di mana pemimpin manusia yang amanah dituduh pengkhianat dan pemimpin yang khianat pula dimuliakan.

Kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 2 muka Surat 330 Surah Al-Isra' ayat 16 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh, pada 4hb Februari 2019

17 Al-Isra' 17:16 Golongan kaya sepatutnya taat kepada Allah kerana jika tidak, negeri tersebut akan dibinasakan oleh Allah.
17:17 Telah terbukti sejarah hitam bermula zaman Nuh as dan cukup hanya Allah saja Maha Mengetahui akan dosa-dosa yang telah dilakukan oleh seluruh umat manusia di dunia.
17:18 Manusia yang mahukan balasan dunia dengan segera akan Kami segerakan berikan kemewahan duniawi kepadanya tetapi di akhirat, neraka jahanam tempatnya.
17:19 Muslim yang ikhlas beramal akan Kami anugerahkan ganjaran pahala.
17:20 Tiada siapa yang mampu menghalang pemberian Allah kepada muslim atau kafir.
17:21 Lihat manusia yang dikurniakan rezeki duniawi, ada yang Kami lebihkan dan ada yang Kami tahan, sekiranya serba kekurangan di dunia maka bersabarlah kerana ganjaran akhirat itu adalah SEGALANYA.

Monday, October 15, 2018

Peristiwa Mahsyar

Dato' Ust Shamsuri, Masjid Tmn Brown P.Pinang 151018 TN1

Sahih Muslim, Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw, Manusia bermula Nabi Adam as hingga manusia terakhir mati di dunia akan dibangkitkan di padang mahsyar tanpa pakaian, tidak berkhatan dan tiada kasut. Yang pertama mendapat pakaian ialah Nabi Ibrahim as.

Sahih Imam Ahmad ra dari Abu Bakar As Siddiq ra. sabda Nabi saw

gambar hiasan
Manusia yang sedang dalam ketakutan di mahsyar mencari penyelamat mereka bermula dengan berjumpa bapa segala manusia iaitu Nabi Adam as. Adam tidak dapat membantu dan baginda mencadangkan mencari Nuh as tetapi setelah berjumpa Nuh, Nuh mencadangkan Ibrahim dan Ibrahim mencadangkan Musa as. Musa pula mencadangkan Isa as kerana Isa mempunyai pelbagai kelebihan istimewa. Setelah manusia berjaya mencari Nabi Isa as, baginda mengakui baginda tidak dapat berbuat apa-apa lalu mencadangkan manusia berjumpa kepada penghulu segala manusia iaitu Nabi Muhammad saw. Allah mengizinkan Nabi saw sebagai pemberi syafaat kepada manusia. Rasulullah saw sujud syukur selama seminggu kerana terharu dianugerahkan oleh Allah SWT sebagai penyelamat manusia terutama umat baginda yang sedang kesusahan di mahsyar pada waktu itu.

Semasa di padang mahsyar, Rasulullah saw bersuara, Wahat Tuhanku, yang Kau asingkan ke kumpulan kiri itu umatku, Ya Allah, selamatkan mereka kerana Engkau Maha Bijaksana lagi Maha Perkasa. Jawab Allah, Wahai Muhammad, mereka murtad selepas kamu wafat.

Allah berfirman muslim yang tidak syirik akan KuMasukkan ke syurga walaupun pernah buat berbaki satu kebaikan.

Allah bertanya kepada muslim terakhir masuk syurga, kenapa meminta anak kamu menghancurkan tulang mayat kamu dan bakar sehingga menjadi debu. Jawabnya, aku sangat takut kepadaMu ya Allah. Allah berfirman, Lihatlah kerajaan Negara yang paling besar di dunia dahulu, akan Aku berikan kepadamu sebuah kerajaan yang 10 kali ganda lebih besar dari kerajaan tersebut. Muslim itu tertawa kerana menyangka Allah mempersendakan dirinya hakikatnya Allah Maha Kaya.

Nurul Ihsan jilid 1 ms 247 Kisah Allah Persoal RasulNya

5) Al Ma'idah 109-110
5:109 Pada hari Kiamat, seluruh para Nabi dihimpunkan dan dipersoal oleh Allah. Mereka yang masih ketakutan dan terkejut menjawab, kamu lebih Mengetahui ya Allah.
5:110 Wahai Nabi Isa bin Maryam as. Ingatlah nikmat pemberianKu kepadamu dan kepada ibu kamu. Kamu boleh bercakap ketika kamu baru dilahirkan. Kamu diajar kefahaman kitab Injil. Kami izinkan kamu meniup tanah yang kamu gumpal menjadi burung hidup yang berterbangan. Kami izinkan kamu menyembuhkan orang buta dan menghidupkan orang mati. Kami selamatkan kamu dari dibunuh Bani Israel, bahkan bani Israel tetap mengatakan semua mukjizat pemberianKu itu sihir.

Tuesday, October 2, 2018

Kewajipan Berselawat

021018 Ust Shamsuri, Masjid Sultanah Bahyah, Alor Setar, Kedah. Bahrulmazi jilid 14 ms 78 Ruqyah AIN
Sahih An Nasa'i dari Musa b Talhah. Selawat, Allahumma Salli ala Muhammad, wa ala Ali Muhammad.
Sahih An Ansa'i dari Anaz b Malek ra, sabda Nabi saw. Allah akan berselawat ke atas nya 10x ganda kepada siapa yang berselawat ke atasku, 10 dosanya dihapuskan dan di angkat darjatnya 10x ganda.
Sahih At Tirmizi, sabda Nabi saw. manusia bakhil ialah dengar namaku tetapi tidak berselawat ke atasku.

Monday, October 1, 2018

(Al-Isra'@17:9-15) Dosa Berganda Media Sosial

011018 Dato' Ust Shamsuri, Masjid Simpang 4 Permatang Buluh P. PINANG. TAFSIR NURUL IHSAN JILID 2 ms328
Sahih At Tirmizi dari Anaz b Malek ra sabda Nabi saw. Matikanku dalam miskin dan bangkitkanku bersama golongan miskin kerana mereka masuk syurga 40tahun lebih awal dari golongan kaya harta.
Al-Is ra' 17: 9-15
17:9)   Quran itu hidayah bagi Mukmin yang beramal soleh dan baginya dijanjikan syurga.
17:10) Bagi yang INGKAR disediakan neraka.
17:11) Manusia yang selalu berdoa kebaikan apabila diuji, mudah hilang sabar lalu berdoa agar memudaratkan.
17:12) Diciptakan siang malam, bulan bintang menjadi kalendar kehidupan.
17:13) Setiap manusia telah ditentukan takdirnya berpandukan atas usahanya.
17:14)
Di akhirat, kitab amalan lengkap terperinci terbentang dimana tiada satu pun tidak terlepas dari catatan semasa hidup di dunia.
17:15)
Hidayah itu menguntungkan diri agar dapat melepaskan diri dari neraka. Dosa tidak ditanggung oleh orang lain melainkan dirinya. Begitu juga gandaan dosa kesesatan orang lain yang terhasil dari fitnahnya akan ditanggung olehnya.
Diutus Rasul dan pewaris Nabi sebagai pemberi ingatan. Setelah INGKAR, barulah manusia diazab.
gambar hiasan

Friday, September 14, 2018

Wuquf ARAFAH itu HAJI, AlFalaq AnNas(RUQYAH SIHIR)

gambar sekadar hiasan
140918 Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Sahih Muslim dari Tariq b Syihaq ra sabda Nabi saw. Al-Ma'idah ayat 3, Islam lengkap pada hari ini. Haji ialah Arafah dan bumi Arafah ialah tempat manusia mengenal dirinya sebagai Hamba Allah.
Sahih Muslim dari A'isyah r anha sabda Nabi saw. Hari Arafah adalah hari paling ramai banduan neraka dibebaskan. Jemaah haji akan dimakbulkan doa di bumi Arafah.
Sahih Bukhari dari Ibnu Abbas r anhuma sabda Nabi saw. Tenang bila beribadah

Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 14 ms77

Hasan Gharib At Tirmizi dari Anas b Malek ra & Abi Said AlQurdi ra.
Nabi saw mengamalkan AlFalaq dan AnNas sebagai ruqyah
Sahih Bukhari dari A'isyah r anha Labit berbangsa Yahudi telah mengenakan sihir kepada Rasulullah saw menggunakan rendaman rambut dalam air telaga menurut dialog 2 mala'ikat melalui mimpi baginda. Rasulullah saw yang sedang kesakitan disihir dibawa para sahabat pergi ke telaga dan baginda nampak air telaganya bewarna merah kelihatan seperti kepala syaitan. Sabda Nabi saw. Cukuplah Allah telah memberi kesihatan kembali kepadaku, aku tidak suka membalas dendam.

Tuesday, April 3, 2018

Denda Ramadhan dan Hadis pemimpin

3/4/18 Masjid Sultanah Bahiyah BM12 Bahagian daging kesukaan Nabi s.a.w. 

Sahih Bukhari dari Abu Hurairah r.a. sabda Nabi s.a.w. 

Denda hubungan seks siang hari bulan Ramadhan mengikut kemampuan ialah 
1) Merdekakan hamba atau
2) Puasa 2 bulan setiap hari tanpa tertinggal atau
3) Beri makan kepada 60 orang miskin atau
4) Bagi makan kepada keluarga kamu. 

Rasulullah s.a.w. membayar hutang rakyatnya yang mati meninggalkan hutang demi kelaparan dan kelangsungan hidup. 

Sahih Musim
Sabda Nabi s.a.w. kepada Abd Rahman b Samurah ra. Jangan meminta jawatan kerana ia risiko kemudaratan kecuali didesak kerana ia akan dibantu Allah. Pemimpin yang mati menipu rakyatnya akan diharamkan syurga ke atasnya

Pengajian kitab Bahrulmazi jilid 12 ms 229.
Hasan lagi Sahih At Tirmizi dari A'isyah r anha,
Nabi saw suka makanan bahagian lengan kambing. Sabda Nabi saw, cuka juga sejenis lauk.
Hasan Gharib dari A'isyah r anha, Nabi saw makan termbikai dan kurma masak.

Monday, April 2, 2018

Pembunuhan Nabi Zakaria as

2/4/2018, Masjid Simpang Empat syarah Ustaz Shamsuri.

gambar hiasan
Sahih Bukhari dari Anaz b Malek ra. Abu Jahal menuntut kebenaran Quran agar diturunkan azab ke atasnya. Allah menangguhkan azab kerana dikalangan mereka ada Rasulullah s.a.w. dan selagi ada manusia yang beristigfar kepadaNya. 

Akibat kesombongan, Qarun, harta dan keluarganya ditelan bumi. Firaun, penasihatnya Haman dan tenteranya ditenggelami laut. 

Pengajian tafsir Nurul Ihsan jilid 2 ms 326 Surah Al-Isra ayat 5
  1. Sebagai pembalasan atas kesalahan Bani Israel membunuh Nabi Zakaria as dan cubaan membunuh Nabi Yahaya as, Kami hantar bala tentera pimpinan Jalut ke Baitulmaqdis. 
  1. Setelah itu, Kami utuskan pasukan tentera raja Talut dan Nabi Daud as bagi membebaskan kembali Baitulmaqdis dari kekejaman Jalut. Kami berikan bani Israel kekayaan harta benda dan dikembangkan komuniti mereka. 
NABI ZAKARIA AS DAN ANAKNYA NABI YAHYA AS DIBUNUH
Riwayat Wahab b Munabbih - Tafsir Ibnu Katsir, (status hadis-Marfu' / hadis yang diangkat disandarkan kepada nabi Muhammad saw) Ketika sekumpulan Bani Israil mengejar untuk membunuh Nabi Zakaria as, baginda Zakaria berlari menuju ke sebuah pokok yang besar dan tiba-tiba pokok tersebut terbuka dan baginda masuk ke dalamnya lalu pokok tersebut menutup kembali. Bani Israil mengetahui yang Nabi Zakaria bersembunyi di dalam pokok tersebut lalu menggergajinya hingga terbelah dua. Apabila gergaji mengenai badan baginda Nabi Zakaria as, baginda merintih kesakitan..."Allah SWT tidak tahan mendengar rintihan Nabi kesayanganNya lalu berfirman, " Wahai Zakaria, sekiranya kamu terus merintih begini, Aku akan ambil tindakan terbalikkan bumi tempat umat kamu ini. Baginda Zakaria as merayu "ya Allah, janganlah Kamu apa-apakan umatku. Akhirnya Nabi Zakaria as wafat sehingga badannya terputus dua. 

Wednesday, March 14, 2018

Rekod Amalan Akhirat

14-3-2018 Masjid Abdullah Fahim syarah Ust Shamsuri

Sahih Bukhari dari Usamah b Zaid r anhuma sabda Nabi s.a.w., fitnah berlaku di dalam rumah.
Riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah r a, sabda Nabi s.a.w. yang jahat tetap ke neraka. 

Riwayat Buraidah ra sada Nabi s.a.w. Pahala taubat Maiz ra yang mahukan dirinya direjam sampai mati akibat dosa zina itu boleh dibahagikan kepada seluruh penduduk Madinah. 

Sabda Nabi s.a.w. Hudud itu hukuman Allah wajib dilaksanakan walaupun penzina terlalu uzur

Bahrulmazi bab 21 Allah Mengetahui baik dan jahat

Kahfi 49. Di akhirat, catatan rekod amalan dibentangkan dengan terperinci walaupun sekecil perkara. 
Wajib makan makanan halal dan dari sumber yang halal.

Salman Al Farisi ra sabda Nabi s.a.w. jangan melampau hal Islam.