Sahih AtTirmizi dari Kais b Abi Haziq ra dari Mustauriq ra sabda Nabi saw Bandingan antara dunia dengan akhirat ialah setitis air dengan lautan
Sahih Ibnu Majah dari Mustauriq ra sabda Nabi saw. Dunia lebih hina dari bangkai anak kambing ini jika dibandingkan dengan akhirat
Sahih At Tirmizi sabda Nabi saw. Sekiranya dunia berharga di sisi Allah, manusia kafir tidak dibenarkan minum air dunia.
Sahih Bukhari dari A'isyah r anha. Nabi saw memilih akhirat dengan membaca surah AnNisa ayat 69 iaitu untuk bersama para Nabi, para kebenaran Allah, para syuhada dan para solehin menjelang kewafatan baginda.
Sahih Ibnu Majah dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw.Akan datang zaman di mana pemimpin manusia yang amanah dituduh pengkhianat dan pemimpin yang khianat pula dimuliakan.
Kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 2 muka Surat 330 Surah Al-Isra' ayat 16 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh, pada 4hb Februari 2019
17 Al-Isra'
17:16 Golongan kaya sepatutnya taat kepada Allah kerana jika tidak, negeri tersebut akan dibinasakan oleh Allah.
17:17 Telah terbukti sejarah hitam bermula zaman Nuh as dan cukup hanya Allah saja Maha Mengetahui akan dosa-dosa yang telah dilakukan oleh seluruh umat manusia di dunia.
17:18 Manusia yang mahukan balasan dunia dengan segera akan Kami segerakan berikan kemewahan duniawi kepadanya tetapi di akhirat, neraka jahanam tempatnya.
17:19 Muslim yang ikhlas beramal akan Kami anugerahkan ganjaran pahala.
17:20 Tiada siapa yang mampu menghalang pemberian Allah kepada muslim atau kafir.
17:21 Lihat manusia yang dikurniakan rezeki duniawi, ada yang Kami lebihkan dan ada yang Kami tahan, sekiranya serba kekurangan di dunia maka bersabarlah kerana ganjaran akhirat itu adalah SEGALANYA.
No comments:
Post a Comment