Nota Cinta

Monday, April 2, 2018

Pembunuhan Nabi Zakaria as

2/4/2018, Masjid Simpang Empat syarah Ustaz Shamsuri.

gambar hiasan
Sahih Bukhari dari Anaz b Malek ra. Abu Jahal menuntut kebenaran Quran agar diturunkan azab ke atasnya. Allah menangguhkan azab kerana dikalangan mereka ada Rasulullah s.a.w. dan selagi ada manusia yang beristigfar kepadaNya. 

Akibat kesombongan, Qarun, harta dan keluarganya ditelan bumi. Firaun, penasihatnya Haman dan tenteranya ditenggelami laut. 

Pengajian tafsir Nurul Ihsan jilid 2 ms 326 Surah Al-Isra ayat 5
  1. Sebagai pembalasan atas kesalahan Bani Israel membunuh Nabi Zakaria as dan cubaan membunuh Nabi Yahaya as, Kami hantar bala tentera pimpinan Jalut ke Baitulmaqdis. 
  1. Setelah itu, Kami utuskan pasukan tentera raja Talut dan Nabi Daud as bagi membebaskan kembali Baitulmaqdis dari kekejaman Jalut. Kami berikan bani Israel kekayaan harta benda dan dikembangkan komuniti mereka. 
NABI ZAKARIA AS DAN ANAKNYA NABI YAHYA AS DIBUNUH
Riwayat Wahab b Munabbih - Tafsir Ibnu Katsir, (status hadis-Marfu' / hadis yang diangkat disandarkan kepada nabi Muhammad saw) Ketika sekumpulan Bani Israil mengejar untuk membunuh Nabi Zakaria as, baginda Zakaria berlari menuju ke sebuah pokok yang besar dan tiba-tiba pokok tersebut terbuka dan baginda masuk ke dalamnya lalu pokok tersebut menutup kembali. Bani Israil mengetahui yang Nabi Zakaria bersembunyi di dalam pokok tersebut lalu menggergajinya hingga terbelah dua. Apabila gergaji mengenai badan baginda Nabi Zakaria as, baginda merintih kesakitan..."Allah SWT tidak tahan mendengar rintihan Nabi kesayanganNya lalu berfirman, " Wahai Zakaria, sekiranya kamu terus merintih begini, Aku akan ambil tindakan terbalikkan bumi tempat umat kamu ini. Baginda Zakaria as merayu "ya Allah, janganlah Kamu apa-apakan umatku. Akhirnya Nabi Zakaria as wafat sehingga badannya terputus dua. 

No comments:

Post a Comment