Sahih Bukhari dari A'isyah r anha sabda Nabi saw SEKSAAN KUBUR
Seksaan kubur berlarutan sehingga hari kiamat dan jeritan kesakitan manusia yang berdosa sentiasa didengari oleh binatang maka mintalah berlindung dari seksaan kubur.
Hasan Ibnu Majah dari Haniq ra sabda Nabi saw Kubur rumah pertama alam akhirat, dan KISAH DALAM KUBUR INI AMAT MENGERIKAN
Sahih Muslim dari Al-Barraq b Aziq ra sabda Nabi saw
Hanya muslim beriman boleh menjawab soalan kubur "Allah Tuhanku, Nabi Muhammad saw Rasulku"
Hasan At Tirmizi sabda Nabi saw Surah Al-Mulk yang dihafal akan menjadi peguambela di dalam kubur
Kuliah Tafsir surah 5@ Al-Maidah Nurul Ihsan Jilid 1 ms 250 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang, pada 18hb Mac 2019.
5) Al-Maidah
5:116) Wahai Isa anak Mariam, adakah kamu semasa di dunia menyuruh jutaan manusia mengatakan kamu anak Tuhan dan ibu kamu isteri Tuhan. Nabi Isa as menafikan perkara tersebut "Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui, seumur hidupku, aku tidak pernah sama sekali mengatakan kepada mereka yang aku dan ibuku sebagai Tuhan"
5:117) Aku hanya menjalankan tugas yang Engkau perintahkan kepadaku Ya Allah iaitu sembahlah Allah, tuhanku dan tuhan mereka.
5:118) Engkau lebih berhak Ya Allah untuk samada seksa atau mengampunkan mereka kerana Engkau ya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
5:119) Inilah hari pembalasan dan yang beriman membenarkan Isa as itu hamba Allah akan beroleh syurga kemenangan.
5:120) Allah pemilik segalanya di dalam langit dan bumi dan Allah Tuhan Maha Berkuasa memberi nikmat kepada yang benar dan memberi azab pada yang berdosa.
5:120) Allah pemilik segalanya di dalam langit dan bumi dan Allah Tuhan Maha Berkuasa memberi nikmat kepada yang benar dan memberi azab pada yang berdosa.
No comments:
Post a Comment