Kuliah Maghrib Ustaz Dato' Hj Shamsuri Hj Ahmad, Masjid At-Taqwa, Tmn Brown, Tmn Tun Sardun, Gelugor, P. Pinang.
Sahih Muslim dari Abdullah b Amru b Al az ra sabda Nabi saw SYUKUR
Beruntung muslim yang syukur dan redha dengan kurniaan anugerah Islam dan rezeki yang cukup.
Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw KAYA ialah KAYA JIWA
Manusia kaya ialah bukan kaya harta tetapi kaya jiwanya
Riwayat Abu Daud dari Abu Said Al Qudri ra sabda Nabi saw SABAR UJIAN MISKIN
Alhamdulillah, Allah kurniakan kesabaran kepada kita untuk bersama berkumpul denganku wahai golongan miskin. Bergembiralah kerana kamu semua akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari golongan berharta.
Riwayat Amir bin Abdullah bin AzZubair bin Al-Awwam bin Khuwailid (Azzubair ra@Pengiring Nabi saw) sabda Nabi saw Membohongi hadis Rasulullah saw, siap tempat duduknya di neraka.
HIDANGAN MULIA HARI AHAD
Pengajian Kitab Tafsir Nurul Ehsan ms248 Jilid 1 Sambungan Pada Surah Al-Maidah, Ayat 111-115:
5:111) 12 Pengikut Nabi Isa as mengakui muslim dan beriman kepada Allah dan RasulNya.
5:112) 12 mereka meminta hidangan dari langit kepada Nabi Isa as. tetapi Isa menasihati mereka agar berhati-hati dengan permintaan sebegitu dan takutlah kepada Allah.
5:113) Mereka mengatakan yang mereka cuma mahu keberkatan rezeki makanan tersebut dan sekiranya benar, ia akan menambahkan keimanan mereka.
5:114) Nabi Isa as pun berdoa dan sekiranya diperkenankan Allah, baginda akan jadikan hari terima hidangan langit itu sebagai hari kemuliaan mereka.
5:115) Pada hari Ahad itu juga, Allah memperkenankan doa Nabi Isa as dengan syarat, siapa yang kufur akan diazab.
No comments:
Post a Comment