Kuliah Maghrib 13 Mac 2019 Ustaz Dato' Hj Shamsuri Hj Ahmad - Masjid Abdullah Fahim, Kpl Batas, Sbrg Perai Utara, P. Pinang
Sahih AnNasa'i dari Abu hurairah ra sabda Nabi saw, Nabi Sulaiman as memutuskan untuk memotong dua dan membahagikan seorang anak kepada dua ibu yang menuntut. Seorang setuju dan seorang lagi membantah kerana tidak sanggup bayi itu dipotong dua malah sanggup menyerahkan kepada ibu yang setuju anak itu dipotong. Nabi Sulaiman as menyerahkan anak itu kepada ibu yang membantah dengan alasan, ada sayang dalam hati ibu yang membantah.
Sahih Muslim dari Al-Aqra b Habis ra sabda Nabi saw, Jika kita tidak sayang dan hormat orang maka orang tidak akan sayang dan hormat pada kita.
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, setiap para Nabi menggunakan habis doa mustajab mereka tetapi aku menyimpannya untuk MEMBERI syafaat kepada umatku di akhirat dengan syarat tidak syirik Allah.
Syarahan kitab Bahrulmazi jilid 21 ms108 Rukun Iman, Quran Hadis Dengar & Taat
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, hafal 99 nama Allah@Asma Ul-Husna akan dicalonkan ke syurga.
No comments:
Post a Comment