011018 Dato' Ust Shamsuri, Masjid Simpang 4 Permatang Buluh P. PINANG. TAFSIR NURUL IHSAN JILID 2 ms328
Sahih At Tirmizi dari Anaz b Malek ra sabda Nabi saw. Matikanku dalam miskin dan bangkitkanku bersama golongan miskin kerana mereka masuk syurga 40tahun lebih awal dari golongan kaya harta.
Al-Is ra' 17: 9-15
17:9) Quran itu hidayah bagi Mukmin yang beramal soleh dan baginya dijanjikan syurga.
17:10) Bagi yang INGKAR disediakan neraka.
17:11) Manusia yang selalu berdoa kebaikan apabila diuji, mudah hilang sabar lalu berdoa agar memudaratkan.
17:12) Diciptakan siang malam, bulan bintang menjadi kalendar kehidupan.
17:13) Setiap manusia telah ditentukan takdirnya berpandukan atas usahanya.
17:14) Di akhirat, kitab amalan lengkap terperinci terbentang dimana tiada satu pun tidak terlepas dari catatan semasa hidup di dunia.
17:15) Hidayah itu menguntungkan diri agar dapat melepaskan diri dari neraka. Dosa tidak ditanggung oleh orang lain melainkan dirinya. Begitu juga gandaan dosa kesesatan orang lain yang terhasil dari fitnahnya akan ditanggung olehnya.
Diutus Rasul dan pewaris Nabi sebagai pemberi ingatan. Setelah INGKAR, barulah manusia diazab.

No comments:
Post a Comment