Nota Cinta

Monday, October 15, 2018

Peristiwa Mahsyar

Dato' Ust Shamsuri, Masjid Tmn Brown P.Pinang 151018 TN1

Sahih Muslim, Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw, Manusia bermula Nabi Adam as hingga manusia terakhir mati di dunia akan dibangkitkan di padang mahsyar tanpa pakaian, tidak berkhatan dan tiada kasut. Yang pertama mendapat pakaian ialah Nabi Ibrahim as.

Sahih Imam Ahmad ra dari Abu Bakar As Siddiq ra. sabda Nabi saw

gambar hiasan
Manusia yang sedang dalam ketakutan di mahsyar mencari penyelamat mereka bermula dengan berjumpa bapa segala manusia iaitu Nabi Adam as. Adam tidak dapat membantu dan baginda mencadangkan mencari Nuh as tetapi setelah berjumpa Nuh, Nuh mencadangkan Ibrahim dan Ibrahim mencadangkan Musa as. Musa pula mencadangkan Isa as kerana Isa mempunyai pelbagai kelebihan istimewa. Setelah manusia berjaya mencari Nabi Isa as, baginda mengakui baginda tidak dapat berbuat apa-apa lalu mencadangkan manusia berjumpa kepada penghulu segala manusia iaitu Nabi Muhammad saw. Allah mengizinkan Nabi saw sebagai pemberi syafaat kepada manusia. Rasulullah saw sujud syukur selama seminggu kerana terharu dianugerahkan oleh Allah SWT sebagai penyelamat manusia terutama umat baginda yang sedang kesusahan di mahsyar pada waktu itu.

Semasa di padang mahsyar, Rasulullah saw bersuara, Wahat Tuhanku, yang Kau asingkan ke kumpulan kiri itu umatku, Ya Allah, selamatkan mereka kerana Engkau Maha Bijaksana lagi Maha Perkasa. Jawab Allah, Wahai Muhammad, mereka murtad selepas kamu wafat.

Allah berfirman muslim yang tidak syirik akan KuMasukkan ke syurga walaupun pernah buat berbaki satu kebaikan.

Allah bertanya kepada muslim terakhir masuk syurga, kenapa meminta anak kamu menghancurkan tulang mayat kamu dan bakar sehingga menjadi debu. Jawabnya, aku sangat takut kepadaMu ya Allah. Allah berfirman, Lihatlah kerajaan Negara yang paling besar di dunia dahulu, akan Aku berikan kepadamu sebuah kerajaan yang 10 kali ganda lebih besar dari kerajaan tersebut. Muslim itu tertawa kerana menyangka Allah mempersendakan dirinya hakikatnya Allah Maha Kaya.

Nurul Ihsan jilid 1 ms 247 Kisah Allah Persoal RasulNya

5) Al Ma'idah 109-110
5:109 Pada hari Kiamat, seluruh para Nabi dihimpunkan dan dipersoal oleh Allah. Mereka yang masih ketakutan dan terkejut menjawab, kamu lebih Mengetahui ya Allah.
5:110 Wahai Nabi Isa bin Maryam as. Ingatlah nikmat pemberianKu kepadamu dan kepada ibu kamu. Kamu boleh bercakap ketika kamu baru dilahirkan. Kamu diajar kefahaman kitab Injil. Kami izinkan kamu meniup tanah yang kamu gumpal menjadi burung hidup yang berterbangan. Kami izinkan kamu menyembuhkan orang buta dan menghidupkan orang mati. Kami selamatkan kamu dari dibunuh Bani Israel, bahkan bani Israel tetap mengatakan semua mukjizat pemberianKu itu sihir.

No comments:

Post a Comment