Nota Cinta

Tuesday, February 5, 2019

Penyakit AIN (Mata Syaitan) wujud

Kuliah Bahrul Mazi Jilid 14 ms79 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, pada 5hb Februari 2019

Sahih At Tirmizi dari Omar b Salamah ra, sabda Nabi saw. Ahzab 33:33 (Ahlul Bait) Ya Allah, ampunkan dosa mereka iaitu Ali, Fatimah, Hasan dan Husin. Para isteriku pula tidak perlu bimbang kerana sentiasa dalam kebaikan.
Hasan At Tirmizi dari Ali Abi Talib ra sabda Nabi saw. Siapa tidak sayang cucuku Hassan dan Hussein serta kedua ibubapa mereka maka dia belum menyayangiku.
Sahih Bukhari dari Abi Baqrah ra sabda Nabi saw. cucuku Hassan ini Sayyid@Tuan, mudah-mudahan Hassan menjadi pendamai kepada 2 kelompok besar yang akan berperang.

Musnab IMAM Ahmad dari Abu Hazim, Hassan b Ali b Abi Talib 45tahun wafat diracun.

Hassan lagi Sahih At Tirmizi dari Ibnu Abbas. RASULLAH SAW doa Lindungilah cucuku Hassan dan Hussein selamat dari binatang bisa dan pandangan mata jahat. (Doa Nabi Ibrahim as kepada Nabi Ishak as dan Nabi Ismail as)

Habis Attaini ra sabda Nabi saw. Jangan percaya tahyul burung hantu atau perkara karut. Penyakit AIN itu wujud. 

No comments:

Post a Comment