19-2-02 Us Shamsuri
Sahih Muslim Abu Hurairah ra sabda Nabi saw, demi Allah sekiranya semua manusia tidak buat dosa, Allah akan lenyapkan semua manusia di muka bumi dan adakan satu kaum yang buat dosa, yang kaum itu selepas buat dosa akan minta ampun pada Allah dan Allah akan ampunkan dosa mereka.
QS Ali Imran 3:135 Manusia apabila buat dosa menzalimi diri akan teringat dan akan minta ampun pada Allah, tiada kuasa lain boleh halang Allah ampunkan dosa mereka dengan syarat tidak mengulangi dosa yang mereka sedari.
Sahih Muslim Al-Arar Al-Muzzani ra sabda Nabi saw, hatiku diterangi cahaya kerana setiap hari, aku beristifar tidak kurang 100 kali.
Nurul Ihsan jilid 3 ms 12 surah Al-Mukminun yang diturunkan di Mekah
QS 23:78 Allah pemberi nikmat pendengaran dan penglihatan serta hati tetapi sedikit yang syukur.
79: Ambil ikhtibar akan kematian dan akan dihimpun di hari pembalasan.
80: Allah penentu tempoh siang malam.
81: Kenapa yang kafir tidak mahu berfikir? Manusia akhir sekali akan minta tolong pada satu kuasa tidak nampak di hari kesusahan dan kuasa itu hanya dari Allah
82-83: Seperti umat terdahulu, kafir menganggap hidup selepas mati ini kisah dongeng dahulu kala.
84-85: Fitrah naluri manusia mengaku bumi ini hak Allah tetapi kenapa masih tidak insaf?
86-87: Sekiranya mengaku langit itu milik Allah kenapa tidak takut dengan masih buat dosa?
88-89: Sekiranya sudah mengaku seluruhnya hak Allah kenapa masih BUAT LARANGANNya?
90-91: Bukan setakat ingkar malah menuduh Allah ada anak!
92: Allah Maha Mengetahui isi hati setiap manusia sebelum, sedang dan selepas.
93-95: Sekiranya Allah turunkan azab bencana alam, bila-bila masa saja Allah boleh lakukan!
96: Sekiranya ditohmah, pertahan diri dengan cara berhemah seperti diam kerana cukup hanya Kami yang mengetahui.
97-98: Mintalah berlindung dari bisikan syaitan dan dari gangguan syaitan dalam diri.
99-100: Mintalah mati dalam keadaan beriman dan jangan dalam keadaan hendak balik semula untuk beramal kerana roh simati terdinding dari kembali ke dunia sehingga hari kebangkitan.
No comments:
Post a Comment