Dari himpunan kuliah pengajian UsShamsuri kisah Saidina Omar & bahrulmazi bab 1 jenis hadis 11Feb2002
RasulullahSAW berdoa supaya musuh seperti Abu Jahal atau Omar Al-Khattab mendapat petunjuk Allah supaya umat Islam tidak perlu solat secara sembunyi.
Ketika Omar Al-Khattab tiba di rumah adiknya yang tengah membaca Al-Quran surah Taha FIRMAN ALLAH, KAMI TIDAK TURUNKAN AL-QURAN UNTUK MENYUSAHKAN KAMU. TETAPI UNTUK PERINGATAN KEPADA MANUSIA TENTANG PENCIPTA DAN PEMILIK LANGIT DAN BUMI.
Hati Saidina Omar menjadi lembut kerana menyedari kuasa yang jauh lebih hebat melebihi sekalian makhluk dunia. Setelah masuk ke rumah adiknya serentak itu dia diberitahu berita gembira tentang hidayah yang didoakan RasulullahSAW. Omar kemudian berjumpa NabiSAW di AsSafa di Mekah untuk menzahirkan keislamannya. Tiba Omar di muka pintu rumah, para sahabat terdiam dan cemas seketika. Bingkas bangun menerpa mendahului NabiSAW ialah Saidina Hamzah yang bersedia menghunuskan pedangnya kerana Hamzah amat mengetahui siapa Omar.
Sabda NabiSAW duduk wahai bapa saudara kesayanganku kerana Allah telah menghantar Omar kepadaku. Kemudian Omar datang memeluk dan melutut RasulullahSAW sambil menangis menyebut "Islamkan aku ya Rasululullah, Islamkanlah aku" . Maka sekalian para sahabat yang lemah peringkat awal perkembangan Islam bertakbir "Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!" sambil bersorak kegembiraan dan tersenyum akan kehadiran hidayah Omar Al-Khattab.
Omar Al-Khattab kemudian mengajak semua umat Islam yang ada disitu menuju ke Ka'bah untuk memberitahu keislamannya pada seluruh penduduk kafir Quraisyh Mekah. Tidak berapa lama selepas itu, keluar dua saf menuju ke kompleks masjidil haram dimana saf pertama dipimpin Saidina Omar dan saf kedua dipimpin oleh Saidina Hamzah bagi membuktikan yang benar dari yang batil.
Saidina Omar kemudian berteriak gertak pada sekalian penduduk kafir Quraisyh "Sesiapa yang ingin melihat isterinya menjadi janda, anaknya menjadi yatim maka datanglah menghadapiku"
Peristiwa keislaman Omar dan Hamzah menggemparkan kafir Mekah kerana kekuatan Islam sudah bermula. OmarAl-Khattab berjaya menjadi Ibu dan Ayah kepada rakyatnya pada zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rashidin.
Omar Al-Khattab merupakan salah seorang 10 sahabat dijamin syurga tanpa dihisab dan pendapatnya disokong wahyu Allah disamping merupakan Ulama Besar yang hebat. Masalah rakyat masalah besar bagi dirinya, Al-Quran dan Sunnah Rasul melebihi urusan hidupnya.
No comments:
Post a Comment