Nota Cinta

Wednesday, February 6, 2002

Surah Ghafir / Taubat ialah kembali pada Islam

Muqaddimah Nurul Ihsan 6Feb2002
Sahih Bukhari Muslim AnNasa'e Ibnu Majah sabda Nabi saw. Firman Allah di hari kebangkitan padang mahsyar pada seorang lelaki umat terdahulu sebelum kedatangan Islam, "kenapa kamu memesan pada anak kamu supaya bakar mayat kamu kemudian hanyutkan debu ke laut." Jawab lelaki tersebut, "setelah bertaubat, aku banyak buat dosa, aku takut padaMu ya Allah." Allah mengampunkan dosa taubatnya.
Sahih Muslim Jundub ra sabda Nabi saw. Seorang lelaki benci seseorang sehingga berkata demi Allah, Allah tidak ampunkan dosa orang jahat ini. Firman Allah, siapa orang yang bercakap demikian? Adakah dia Tuhan atau Aku Tuhan? Aku sia-siakan amalan yang orang yang bercakap selain dari firmanKu.  

Huraian Ustaz, Sebarang tafsiran yang menyimpang Quran Hadis itu adalah tafsiran akal dan tafsiran akal ditolak Islam. Apapun mesti merujuk tafsiran Quran Hadis.  

Nurul Ihsan jilid 4 ms16 surah 40 Ghafir 69-85. 
40:69 Mereka yang tidak percaya Quran  
70 Mereka yang menolak bangkit selepas mati. 
71 Mereka ini akan dirantai besi 
72 Mereka kemudian direjam dalam leburan tembaga panas sebelum diheret ke neraka
73 Mereka disindir, dimanakah pertolongan yang kamu sembah ketika di dunia dahulu?
74 Mereka menipu, kami tidak sembah apa pun kecuali kamu wahai Allah. 
75 Ini balasan bagi yang seronok ingkar perintah Allah.
76 Neraka Jahanam sehabis buruk tempat seksaan.
77 Sabar dengan kerja dakwah kerana musuh Allah pasti diazab di akhirat. 
78 24 Rasul sebelum kamu wahai Muhammad juga melalui ujian yang sama. 
Nabi dibangkitkan seramai 8000 iaitu 4000 dari bani Israel dan 4000 selain bani Israel. Sahih Imam Ahmad dari Abi Zar sabda Nabi saw, nabi seramai 124,000 dan 315 Rasul pilihan. Akhirat itu janji Allah.
79-80 Kenderaan, pakaian dan makanan dari sumber ternakan ini semuanya milik Allah.
81 Jangan ingkar kerana terang-terangan bukti kekuasaan Allah akan hidup dan mati.
82-83 Lihatlah kesan tapak sejarah dimuka bumi yang dimusnahkan Allah seperti laut mati dan banyak lagi akibat ego dan kesombongan dengan perintah Allah.
84-85 Kami beriman dengan Allah tuhan yang esa dengan meninggalkan benda yang boleh menyebabkan syirik kerana apabila tiba azab, tiada guna lagi baru hendak beriman.




No comments:

Post a Comment