15-1-02 Al-Qalam ayat 18, jangan dengar pengumpat pencela dan kerja-kerja merosakkan masyarakat@mengadu domba. Sahih Muttafakun Alai sabda Nabi saw, tidak akan masuk syurga pembawa berita bertujuan melaga-lagakan orang yang tidak bersalah.
Hanya Islam jalanKu yang lurus, maka jangan selain Islam "Quran Hadis" nescaya kamu ke lembah kesesatan- Allah
Nurul Ihsan ms112 Surah 23 Al-Mukminun
23:57-60 Orang beriman tidak buat laranganNya, mengamalkan Quran, tidak syirik dan menyerahkan lebihan rezeki dengan harapan diredhai Allah.
61 Mereka inilah mati dalam husnul hatimah dengan ungkapan wahai jiwa yang tenang.
62 Kitab amalan menulis setiap amal baik jahat walaupun sehalus debu.
63 4 perkara 57-60 itu merupakan beza antara kafir dan beriman.
64 Sekaranglah masa memahami Quran kerana di akhirat sudah tidak berguna.
65-68 Setelah di neraka barulah sedar. Dahulu, tidak mahu dengar ayatKu dan tidak beramal Quran.
69 Wahai kafir Quraisyh Mekah, benarkah kamu kenal benar Rasul kamu?
70 Atau kamu kata Rasul itu tidak benar? Sebenarnya dahulu lagi kamu telah kenal Muhammad itu al-amin yang terkenal dengan budi pekerti mulia.
71 Kalau nafsu melebihi Quran maka binasa langit dan bumi.
72 Padahal Rasul itu tidak mengenakan upah dan dakwahnya mengharapkan ganjaran akhirat.
73 Sesungguhnya Muhammad itu pembawa jalan lurus buat umat manusia.
74 Yang tidak beriman itu mendahului dunia dari akhirat.
75-76 Kami berikan rezeki mereka tidak bersyukur tetap dengan perangai tidak juga insaf.
77 Bila Kami turunkan azab kematian mereka setelah dikalahkan dalam perang Badar, barulah mereka sedar tetapi ketika itu sudah tiada guna.
No comments:
Post a Comment