|
Juadah pelbagai warna |
BM17 sifat-sifat kiamat part 1 UsShamsuri 5/02/02
Hadis (laporan sunnah RasulullahSAW) Hassan (boleh diamal) lagi Sahih (tepat) AtTirmizi riwayat Amirul Mukminin Saidina Ali bin Abi Talib RA Karamullah Huwajha (perawi adil yang menandakan apa-apa darinya adalah sahih) sabda NabiSAW pada para sahabat: "Adakala fakir itu mengundang kekafiran tetapi kamu tidak dituntut mengejar mahligai besar, pakaian harian siang malam dan juadah pelbagai warna kerana sudah tentu kamu tidak dapat memberi masa didikan Islam, mengajar membaca disamping memahamkan isi kandungan Al-Quran dan Hadis pada anak-anak kamu semenjak kecil dan kamu disibukkan dengan urusan dunia dari memperbanyakkan ibadah sunat malam. Hidup kamu yang sekarang sederhana ini adalah yang terbaik." SEBARANG CAKAP BERSANDARKAN AL-QURAN DAN HADIS SAHIH MAKA SAMIQ'NA WA'ATOQ'NA- DENGAR & FAHAM. Mudah-mudahan tuan-tuan jangan pilih guru, kalau ada ilmu agama pergilah dengar. Sekiranya tuan-tuan dah dengar cerita macam-macam tentang saya, Tuan-tuan rasa nak bakar kitab, tak selesa, meluat menyampah, bakar keset. jangan datang kerana saya ikhlas kerana Allah, saya tetap halalkan ilmu saya ini. Saya tak suka bawak datang benda karut. Tuan-tuan bolehlah tarik diri dari kuliah saya. Ikhlas kerana Allah. Pertimbangkan berdasarkan neraca agama kerana Allah. Sekiranya saya ada salah silap dari saya, maafkanlah saya. Saya memaafkan tuan-tuan.
nota: mana-mana huruf besar blog NotaCinta ini ialah nada ketegasan oleh ustaz Shamsuri dan penulis bersetuju dengan hujah ketegasan tersebut.
No comments:
Post a Comment