Pengajian syarahan Dato' Shamsuri 18/2/02 tafsir kitab Nurul Ihsan AlBaqarah 101-103.Allah berfirman yahudi menolak Muhammad sedangkan taurat membuktikan kemunculan Nabi Muhammad SAW. Tafsir Ibnu Kasir dari Ibnu AbbasRA- Kitab catatan Nabi Allah Sulaiman telah diubahsuai disertakan mentera sihir oleh Iblis dan Syaitan sehingga berjaya mempengaruhi sebilangan manusia yang kebanyakan terdiri dari yahudi. Kenyataan Nabi Muhammad SAW tentang Nabi Sulaiman AS dieksploitasi yahudi mengatakan Muhammad itu juga penyihir seperti Sulaiman. Allah berfirman musuh nyata itu bukan Sulaiman sebaliknya Iblis dan golongan kufar. Allah menghantar malaikat Harut Marut membawa ilmu sihir sebagai ujian manusia untuk mengawal diri dari kekufuran.
Riwayat tafsir Ibnu Kasir dari Aisyah Radiallahu Anha berkata setelah RasulullahSAW wafat, seorang wanita yang diabaikan suami memberitahuku dia dibawa seorang perempuan tua menaiki 2 ekor anjing hitam berjumpa 2 lelaki sedang bergayut kaki tergantung seperti kelawar pada sebatang pokok. 2 lelaki tersebut mengajar sihir pada wanita yang diabaikan suami itu tetapi melarang amalan sihir kerana ia menjadikan kufur. Golongan yahudi adalah kaum kufur apabila mengamal ajaran sihir oleh Harut dan Marut. Allah berfirman barangsiapa mengamal sihir wajib bagi mereka itu neraka.
Sebelum disumpah menjadi Iblis, Azazil merupakan guru segala ilmu dan berjanji menyesatkan generasi Adam. Allah berfirman matlamat sihir bertujuan memecah-belah manusia dan sesiapa belajar sihir akan mudarat dunia akhirat. Allah berfirman, apa saja masalah yang datang itu tidak akan berlaku tanpa kehendak dan keizinan Aku maka mengadulah padaKu. Sahih Muslim- istana iblis di tengah laut dan perceraian suami isteri adalah fokus utama iblis. Sabda NabiSAW Barangsiapa mengamal baca Qursi penuh keyakinan waktu pagi maka dia dipelihara dari niat jahat manusia, gangguan iblis syaitan dan sihir bermula pagi hingga petang kemudian apabila dibaca Qursi pada sebelah malamnya maka dia terpelihara sehingga pagi.
Firman Allah 103 "Manusia sekiranya bijak, tidak akan dekati sihir kerana Quran dan hadis kekasihKu itu Iman"
No comments:
Post a Comment